Monday, May 15, 2017
Sejak dua menjak ni ramai pula yang PM Mia bertanyakan tentang masalah kencing manis ketika hamil. Selalunya ibu hamil ni dapat tahu mereka ada kencing manis ni berdasarkan rutin check up mereka di klinik kesihatan.

Bila kali pertama disahkan ada masalah kencing manis atau dipanggil Gestational Diabetes Mellitus (GDM) sewaktu hamil, mesti ramai yang terkejut dan risau kan. Sebab kita semua dah sedia maklum bahaya kencing manis ketika hamil ni memberi banyak kesan buruk kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Anak dalam kandungan juga akan dapat tempiasnya kerana gula tersebut boleh disalurkan kepada bayi melalui plasenta. Jadi, sekiranya masalah kencing manis ni kita dapat tahu dengan lebih awal, kita boleh mengawal tahap kencing manis tersebut.

Maklumat lebih terperinci mengenai komplikasi kencing manis ketika hamil, GDM, Mia dah huraikan dalam post yang lalu DISINI

Kita hanya boleh mengawal kencing manis ini untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini. Untuk mengawal kencing manis ketika hamil ini kita perlu mengawal kandungan gula dalam darah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Jadi, Mia rasa terpanggil untuk berkongsi cara pemakanan yang kita boleh amalkan supaya kita dapat kawal masalah kencing manis ini dan tidak menjadi risiko kepada kita dan bayi dalam kandungan. 

cara kawal kencing manis ketika hamil, cara mudah kawal kencing manis, kencing manis ketika hamil

8 Cara Mudah Untuk Mengawal Masalah Kencing Manis Ketika Hamil

Antara perkara baik yang boleh diamalkan untuk mengawal kandungan gula dalam darah adalah:

Cara #1
Makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi mesti memilih makanan yang seimbang. Tidak mengambil makanan yang diproses, makanan segera ataupun jajan. Makan dalam kuantiti yang sedikit boleh membuatkan kita berasa kurang lapar. Sekiranya mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus akan menyebabkan kadar gula dalam darah lebih tinggi kerana makanan akan diproses dan ditukarkan kepada glukosa

Cara #2
Mengambil makanan yang mengandungi nutrisi yang penting termasuklah
a) kalsium (susu dan hasil tenusu)
b) zat besi (daging merah)
c) asid folik (sayuran berdaun hijau)
d) sedikit minyak yang sihat (minyak bunga kanola, minyak zaiton)

Cara #3
Mengambil makanan yang tinggi serat. Contohnya mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah setiap hari.

Cara #4
Mengambil pemanis seperti aspartame dan stevia dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi, seperti yang kita tahu bahan pemanis tiruan adalah tidak baik untuk kesihatan. Jadi, adalah lebih baik kita menukarkan kepada gula yang lebih organik dan semulajadi.

Cara #5
Banyakkan meminum air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari. Sesetengah daripada kita tidak suka untuk minum air masak dalam kuantiti yang banyak, jadi boleh masukkan hirisan limau nipis atau lemon ke dalam air masak supaya untuk menghilangkan rasa tidak sedap air masak tersebut

Cara #6
Tukarkan jus buah kepada jus sayur. Ini kerana kandungan gula dalam jus buah lebih tinggi berbanding jus sayur, dan dalam jus sayur kebanyakkannya mengandungi serat

Cara #7
Elakkan pengambilan gula ringkas iaitu gula pasir yang banyak terkandung di dalam air berkarbonat, air menggunakan cordial dan jus buah-buahan

Cara #8
Menghadkan pengambilan kafein kurang daripada 200mg setiap hari. Minuman berkafein seperti kopi mengandungi kadar gula yang tinggi walaupun kita mengambil kopi tanpa gula. Kerana kebanyakkan kopi akan dipanggang dengan gula sewaktu memprosesnya.

Berikut adalah 8 cara yang boleh diamalkan setiap hari untuk mengelakkan daripada kadar gula dalam darah meningkat. Secara tak langsung dengan mengambil pemakanan yang sihat akan menambahkan nilai kualiti hidup kita dan dapat mengelakkan daripada risiko penyakit lain. Adalah lebih baik mencegah daripada mengubati.

Akan tetapi Mia nak share lagi satu cara yang mudah untuk mengawal kencing manis ketika hamil. Iaitu dengan mengamalkan makanan tambahan supaya dapat memenuhi lompong-lompong nutrisi dalam badan kita. Dengan pengambilan suplemen yang betul juga dapat mengawal kadar gula dalam darah ibu. 

Boleh baca testimoni ibu hamil yang mengalami masalah kencing manis semasa hamil telah berjaya mengawal kadar gula dalam darahnya. 


Bagaimana suplemen ini boleh membantu ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis
Didalam set vitamin ibu hamil ini, terdapat 6 produk yang sesuai diambil untuk ibu hamil, dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza. Kita kenali dulu fungsi setiap vitamin ini.

kawal kencing manis semasa hamil


1. VITA-LEA

  • Mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan. 
  • Membekalkan zinc yg mampu membantu penghasilan lebih banyak insulin. 
  • Juga mengandungi 19 multivitamin dan multimineral yg sgt baik utk ibu dan perkembangan bayi.

2. B-COMPLEX

  • Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga. 
  • Menyokong dalam proses metabolisma gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. 
  • Juga membekalkan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik yg penting utk perkembangan saraf bayi. 

3. VITAMIN C

  • Memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah

4. OSTEMATRIX

  • Membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin. 
  • Ostematrix juga mengandungi 100% keperluan harian kalsium dan boleh digunakan untuk menggantikan susu yang anda ambil sepanjang kehamilan yang sangat tinggi gula.

5. ESP


  • Sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit diabetes kerana ia akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.
6. Omega Guard

  • Kandungan leptin yang terdapat dalam omega-3 dapat membantu mengawal selera makan dengan memberi isyarat kepada otak bahawa perut kita sudah kenyang. 
  • Omega-3 yang terdapat didalam Omega Guard mampu untuk mengubah komposisi pada membran sel dan menjadikannya lebih sensitif kepada tindakan hormon insulin. Ini akan menjadikan paras gula dalam darah akan berkurang apabila badan sudah boleh bertindakbalas dengan insulin sepenuhnya.
  • Para saintis British membuat kajian hubungan antara omega-3 dan wanita yang menghidap kencing manis semasa mengandung. Penemuan kajian mereka ialah ibu GDM yang mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan akan mengurangkan risiko bayi mendapat masalah berkaitan insulin kelak. Menurut penemuan mereka, DHA dalam ibu yang menghidap GDM kurang berbanding ibu yang tiada masalah kesihatan. Kekurangan DHA ini diwarisi oleh bayinya dan boleh mengganggu pengawalan gula apabila bayi sudah besar.

Cara untuk dapatkan Vitamin Ibu Hamil yang Mempunyai Masalah Kencing Manis

Untuk mendapatkan vitamin set ibu hamil ni, boleh terus klik icon dibawah untuk membuat pembelian. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Produk akan dihantar terus kerumah anda. 
Ataupun sekiranya anda ingin membeli dengan harga yang lebih rendah, boleh terus hubungi Mia. Anda boleh mendapat penjimatan 15% ke 20% sekiranya mendaftar ahli. Untuk menghubungi Mia, boleh terus whatsapp di 012-928 3726 atau boleh terus klik icon dibawah untuk terus whatsapp Mia.

 
Inilah pelaburan yang terbaik yang kita boleh lakukan untuk selamatkan diri sendiri dan anak dalam kandungan supaya tidak mengalami masalah kencing manis jenis kedua selepas bayi lahir. Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, tidak perlu untuk mengambilnya kesemua sekali secara serentak. Ini kerana setiap botol vitamin tersebut boleh bertahan 1-3 bulan. Jadi, setiap bulan boleh dapatkan vitamin yang berlainan. 

Jangan biarkan masalah kencing manis ini memberi kesan kesihatan pada masa jangka panjang kepada anda dan anak anda. Jadi, kawal lah sekarang. 
-------------------------------------------------------------------------------

Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp atau Facebook

COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
PENGHANTARAN | ke seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...