Wednesday, May 10, 2017
Disebabkan taraf hidup dah semakin tinggi sekarang, kita haruslah bijak untuk mengurus hal kewangan. Kalau takde pengurusan yang sistematik, duit kita semuanya habis dibelanjakan je. Lagi-lagi kalau yang berkerja sendiri yang takde income tetap setiap bulan. Bila dah sampai tengah bulan, habis semua wang dah dibelanjakan. 

6 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Mereka Yang Bijak

Jadi, untuk elakkan ketirisan wang sebegini, kita perlu ada sistem yang sistematik, supaya walaupun kita bergaji kecil, kita tetap punyai simpanan untuk kegunaan pada masa akan datang.

Jadi, Mia nak kongsikan sikit tips pengurusan kewangan ni supaya dapat manfaat untuk semua.

Tips Pengurusan Kewangan Untuk Mereka Yang Bijak

#1 Dapat gaji, SIMPAN 10% dahulu sebelum BELANJA
-kalau belanja dulu baru nak simpan, alamatnya memang tak cukup la untuk menyimpan. simpanan ni untuk digunakan waktu kecemasan dan untuk jangka panjang.

#2 Ada perancangan kewangan
-Listkan perkara wajib yang perlu digunakan dengan duit tu, contohnya bayar bil air, api, bayar rumah, kereta, nafkah, perbelanjaa, sedekah dll. Dari sini kita tahu kemana duit kita disalurkan.

#3 Belanja ikut keperluan bukan ikut kemahuan
-selalunya duit belanja kita habis membeli barang yang kita nak je, bukan barang yang kita perlu. Ramai yang keliru apa barang yang menjadi keperluan & kehendak. semuanya dianggapnya keperluaan...

#4 Minimumkan perbelanjaan
-Apabila kita mengurangkan perbelanjaan dan jumlah komitmen bulanan, maka kita mempunyai lebih banyak wang lebihan setiap bulan. contohnya jimatkan bil elektrik, air, telefon dll.

#5 Amalkan menderma

-peruntukkan sejumlah wang untuk kita menderma setiap bulan. Ini kerana, dengan menderma, Allah akan cukupkan keperluan kita dan tambahkan lagi berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

#6 Bina pendapatan sampingan dan pendapatan pasif
-contohnya buat bisnes online atau mula membina pendapatan pasif dengan hartanah, saham, pelaburan emas dan lain-lain.


Tetapi sekiranya anda mempunyai impian untuk hidup yang bebas daripada masalah kewangan dan masa, Mia nasihatkan untuk anda membuat bisnes secara separuh masa mahupun sepenuh masa. Untuk mengetahui bisnes yang sesuai dengan anda boleh teruskan pembacaan anda diSINI

Semoga tips ini bermanfaat.
Sharing is caring



-------------------------------------------------------------------------------

Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran ke seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...