Saturday, April 01, 2017
2
Baru-baru ni Lazada ada buat sale sempena ulang tahunnya yang kelima. Sekarang ni pulak tengah berlangsung sale di Lazada lagi sempena Lazada Big Baby Fair pulak. Wah, best sangat kalau dapat shopping barang baby ni kan. Semuanya cantik-cantik. Rambang mata dibuatnya.  


Korang pon jangan la lepaskan peluang yea. Lazada Big Baby Fair ni berlangsung dari 27 Mac hingga 2 April 2017. Diskaun sebanyak 85% ditawarkan sewaktu jualan ini berlangsung tau, Haa, rugi tu kalau tak shopping. 

Lazada Malaysia Big Baby Fair


Sempena dengan Lazada Big Baby Fair ni, pihak Lazada juga ada menganjurkan pertandingan kepada para blogger iaitu Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. Hadiah memang lumayan kan. Mudah je syarat-syarat nya. Para blogger yang ada anak tu atau yang tengah mengandung tu memang sesuai sangat la join kan. 

Owh, pihak Lazada beritahu yang belum jadi mommy pon boleh join jugak tau. Haa, tunggu apa lagi. Jom sama-sama memeriahkan contest ni. 

Okey, untuk memenuhi kriteria pertandingan ni, Mia dikehendaki menjawab 3 soalan mudah ni. Jom kita jawab dulu.

a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 

Dah tentu-tentu jenama Drypers. Dua-dua anak Mia, Emil dan Sophea memang pakai lampin pakai buang jenama Drypers ni. Memang tak bertukar langsung kepada jenama lain, sejak dari lahir sampai lah waktu dah tak pakai lampin pakai buang ni. 

Walaupun ada yang kata lampin pakai buang jenama Drypers sekarang ni dah nampak macam nipis sikit, tapi bagi Mia kualitinya tetap sama. Kuasa penyerapan tu tetap sama. Takde masalah bocor pon setakat ni. Lagi satu, kalau beli lampin pakai buang jenama Drypers ni boleh kumpul point, dan boleh reedem hadiah berdasarkan point yang ada. Kan tak rugi tu. 
Lazada Malaysia Big Baby Fair

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 

Kalau susu formula pula, pilihan Mia dah tentunya jenama Dutch Lady ni. Emil sekarang ni ambil yang stage Explore, untuk yang berumur 2-4 tahun. Sangat membantu perkembangan anak Mia sebab susu formula ni dperkayakan dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak terutamanya DHA, Magnesium, Chlolin, Tyrosine dan Vitamin D

Lazada Malaysia Big Baby Fair


c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children)

Sebenarnya dah lama dah teringin nak beli kinetic sand ni untuk Emil. Tapi tak sempat-sempat lagi nak beli. Baru tengok dalam laman web Lazada ni, ada less -51% tau. Wow, menarik sangat tau harga tu. 

Bagus tau kinetic sand ni untuk perkembangan skil motor halus anak-anak. Biasalah anak-anak yang duduk kat bandar ni memang kurang sangat terdedah dengan aktiviti yang boleh meningkatkan skil motor halus mereka. Lain la kita-kita dulu kat kampung kan, main masak-masak bawak pokok, main lompat-lompat dalam lopak air. Tu semua aktiviti yang kuatkan skil motor halus kita tau. Anak-anak sekarang, mana ada dah main macam kita-kita dulu kan. hehe. 

Lazada Malaysia Big Baby Fair


Banyak sangat barang-barang baby yang tawarannya best-best. Sampaikan ada potongan harga sehingga 85%. Apa tunggu lagi, jom terjah Lazada Big Baby Fair ni. Jimat banyak sangat. Tak perlu susah-susah nak fikir tentang parking ke, masa semua tu. Klik-klik je sekarang ni. Cepat dan jimat. 

-With Love-
MiaZain

2 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...