Saturday, April 15, 2017
Pada zaman dahulu, di Malaysia penyakit batuk kering atau lebih dikenali sebagai Tuberkulosis (TB) telah menjadi pembunuh utama kepada penduduk negara kita diantara tahun 1945 hingga 1957. Tetapi sejak diwajibkan semua anak yang lahir untuk mengambil vaksin untuk mengelakkan penyakit TB merebak, penyakit ini dah dapat dikawal dengan jayanya.
cara merawat batuk kering

Akan tetapi sejak akhir-akhir ini makin ramai pula yang terkena penyakit TB ni. Mungkin kerana terkena jangkitan daripada imigran yang masuk ke dalam negara kita ataupun terkena sewaktu kita mengunjungi negara luar yang tidak mempunyai sistem vaksin ni. Disebabkan penyakit ini merbahaya dan boleh membawa maut, jadi kita perlu ambil kisah dengan penyakit ini kerana kita dan orang yang kita sayang juga ada potensi untuk mendapat penyakit ini.

Sebelum tu kita kenali dulu apa itu penyakit batuk kering atau TB ini.

Apa itu penyakit TB?

Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) tetapi ia juga boleh menyerang organ-organ penting lain seperti tulang, otak, kelenjar, kulit, buah pinggang dan sebagainya.

Kebanyakan orang yang dijangkiti kuman TB tidak menunjukkan gejala penyakit TB dalam masa yang singkat kerana mereka mempunyai sistem pertahanan badan yang kuat untuk menghalang jangkitan. Akan tetapi kuman TB ini akan berada di dalam badan dalam keadaan yang tidak aktif. Jika sistem pertahanan badan menjadi lemah, kuman TB yang terdapat di dalam badan itu tadi akan menjadi aktif dan membiak. Ini akan menyebabkan TB menjadi aktif.

Sebab tu penting untuk kita tingkatkan sistem pertahanan badan kita supaya kita susah nak jatuh sakit.

batuk kering, TB, tibi, Tuberculasis

Cara kuman TB merebak

Kuman TB ini disebarkan melalui udara. Apabila penghidap bercakap, batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara yang akan dihidu oleh orang sekeliling.

Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membiak serta boleh menjangkiti organ-organ lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.

Petanda penyakit TB yang perlu anda tahu

Petanda awal batuk kering ini adalah batuk yang berpanjangan. Tetapi kita selalu tak ambil kisah bila kita megalami batuk-batuk. Kita hanya menganggap bahawa itu adalah batuk biasa yang akan sembuh dalam seminggu dua dan tidak mengendahkan untuk mendapatkan rawatan. Sesetengah orang memang tak dapat nak bezakan antara batuk biasa dengan batuk kering.

Jadi sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti dibawah ni, segera la ko hospital berdekatan untuk menentukan bahawa anda mempunyai kuman TB atau tidak.

  • Batuk berpanjangan melebihi dua minggu
  • Batuk berdarah atau berkahak
  • Sakit dibahagian dada
  • Lemah dan keletihan
  • Susut berat badan
  • Hilang selera makan
  • Menggigil
  • Demam
  • Berpeluh pada waktu malam

Adakah penyakit TB merbahaya?

Disebabkan penyakit TB ini boleh membawa maut, maka ianya sangat merbahaya. Ditambah pula apabila sistem imun badan kita lemah, kuman TB makin senang untuk membiak dan menjadi aktif.

Kuman TB paling suka berada dikawasan atas paru-paru kerana dikawasan tersebut mengandungi banyak oksigen. Jadi lebih senang untuk kuman tersebut membiak. Apabila ia menyerang bahagian paru-paru pesakit, ia boleh merosakkan struktur tisu paru-paru sehinggakan tisu tersebut menjadi keras atau mengalami fibrosis. Selain itu ia juga boleh menyebabkan pembentukan nanah di dalam paru-paru (dalam bentuk abses paru-paru atau ‘empyema’) dan paru-paru berair (‘pleural effusion’)

Sekiranya tidak dirawat, kerosakan ini boleh menjadi kekal dan melarat sehingga menyebabkan masalah paru-paru berlubang. Sehingga ke tahap ini, pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Jadi, sangatlah penting untuk mendapatkan rawatan awal supaya kita dapat mengesan penyakit ini dari peringkat awal.

Cara merawat penyakit TB

Selepas seseorang didiagnos mengalami penyakit TB, mereka perlu dirawat selama 6 bulan untuk memastikan supaya semua kuman TB telah tiada. 2 bulan pertama mereka perlu mengambil ubat setiap hari atau mengambil suntikan. Kemudian 4 bulan berikutnya mereka perlu mengambil ubat 2 kali seminggu untuk menyempurnakan rawatan TB tersebut.

Akan tetapi, ramai yang culas untuk mengambil ubat dalam tempoh yang lama. Apabila dah rasa sihat, mereka rasa senang tanpa mengambil ubat. Sedangkan kuman TB tersebut hanya tidak aktif dalam badan kita. Kemungkinan untuk mendapat jangkitan pada kali kedua adalah sangat tinggi.

Jadi, sebagai satu langkah bijak, usaha rawatan yang lama ini boleh dipercepatkan dengan pengambilan suplement yang boleh membantu mengurangkan gejala penyakit TB ini. Antara suplemen yang sesuai diambil oleh pesakit TB adalah Vivix, Nutriferon, Garlic Complex dan Omega Guard.

shaklee untuk batuk kering

Vivix
Kandungan Resveratol dalam Vivix dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan salur pernafasan. Resveratol juga mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor di paru-paru. Vivix juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imunisasi tubuh kita.

Nutriferon
Nutriferon fungsinya dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh kita.

Garlic Complex
Garlic Complex dapat meningkatkan imun tubuh yang dapat mengurangkan infeksi paru-paru. Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

Omega Guard
Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan. Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan

Daripada kuman TB merebak kepada orang yang kita sayang, adalah lebih baik untuk kita tingkatkan sistem imun badan kita dengan suplemen-suplemen ini. Bukan senang nak matikan kuman TB ni. Perlukan masa yang lama. Anak-anak la paling kesian kalau terkena pada mereka. Sistem pertahanan badan mereka masih lemah dan senang dijangkiti pelbagai jenis kuman.

Jadi, ambillah langkah bijak supaya kuman TB ini tidak merebak kepada orang lain. Bila dah terasa sakit ni, barulah kita sedar yang sihat itu adalah satu nikmat.

Cara dapatkan suplemen untuk pesakit TB

Seperti biasa, boleh hubungi Mia untuk dapatkan suplemen yang dicadangkan. Mia akan berikan konsultansi secara percuma.

-------------------------------------------------------------------------------
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran ke seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...