Friday, April 07, 2017
1
Sejak buat bisnes makanan kesihatan ni, makin banyak ilmu tentang kesihatan yang Mia tahu. Salah satunya boleh tahu pelbagai jenis penyakit yang Mia sendiri pon tak pernah dengar sebelum ni. Sebabnya tak pernah berlaku disekeliling Mia.

Tapi sekarang ni, bila berada disekeliling dengan rakan-rakan seperjuangan ni, rupa-rupanya ada macam-macam jenis penyakit yang orang lain alami. Jadi sangat bersyukur Allah masih berikan kesihatan yang baik kepada kita semua. 

Zaman sekarang ni lagi la macam-macam jenis penyakit ada kan. Kalau dulu ramai orang tua yang dapat sakit, tapi sekarang ni muda-muda pon dah ada penyakit kronik. Salah satunya adalah penyakit Vertigo yang Mia nak ceritakan hari ni. 

Sebelum kita ulas lebih lanjut, kita kenal dulu la apa vertigo ni. Dah la tak pernah dengar kan. 

cara merawat vertigo

Apa itu Vertigo?

Vertigo ini adalah keadaan dimana anda mengalami pening kepala dan merasa seolah-olah keadaan sekeliling seperti berpusing-pusing. Keadaan ini akan berlaku dalam beberapa minit bahkan ada juga yang berlarutan sehingga berhari-hari lamanya. Akibat daripada keadaan ini menyebabkan seseorang yang mengalami masalah ini akan berasa seperti tidak stabil, jatuh dan boleh juga menyebabkan pengsan dengan tiba-tiba.


Bagaimana Vertigo boleh berlaku?

Vertigo ini terjadi akibat daripada terdapat masalah dari segi keseimbangan badan kita. Keseimbangan badan kita ni tertumpu disekitar mata dan di kedua-dua belah bahagian telinga yang dikawal oleh otak. Apabila otak kita menerima sesuatu isyarat, otak akan memproses maklumat tersebut dan menghantar mesej kepada anggota badan supaya anggota badan kita bergerak.

Akan tetapi apabila terdapat gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang, keseimbangan badan kita akan terjejas, dan inilah yang mencetuskan permulaan kepada masalah vertigo ini. Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh terdapatnya cecair yang berkumpul di dalam rongga telinga dan menyebabkan tekanan di dalam telinga berubah. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan kita menjadi pekak dan tidak dapat berdiri dengan betul kerana keseimbangan badan kita telah terjejas.


Punca Terjadinya Vertigo

Masalah vertigo ini bukanlah berpunca daripada masalah genetik atau keturunan. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya masalah vertigo ini, antaranya adalah:


  1. BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo) di mana secara tiba-tiba kepala jadi berpusing dan tidak boleh bergerak.
  2. Keradangan di dalam telinga (Labyrinthitis). Ia akan berkait dengan masalah pendengaran.
  3. Ménièré’s Disease – Mereka yang alami masalah ini akan dengar bunyi dengung dalam telinga hingga menganggu pendengaran.
  4. Acoustic Neuroma iaitu salah satu jenis tumor yang bagi kesan pada sebelah telinga sahaja.
  5. Pengerakan darah ke otak semakin berkurang hingga memberi kesan pada penglihatan dan tiada keseimbangan untuk berdiri.
  6. Multiple sclerosis
  7. Alami resdung yang teruk hingga kesan ke bahagian telinga.
  8. Alami trauma seperti kemalangan di bahagian leher dan kepala.
  9. Kesan daripada migrain. Vertigo akan bermula daripada sakit kepala yang kerap.

Tanda-tanda anda mengalami masalah Vertigo

Ramai yang keliru antara masalah vertigo dengan pening biasa. Bila rasa pening-pening kepala tu, kita selalu abaikan, padahal itu juga merupakan petanda kita mengalami masalah vertigo.  Seseorang yang mengalami vertigo akan mengalami tanda-tanda seperti:

  • Akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing.
  • Gerakan mata yang tidak normal. Ini merupakan petunjuk bahawa fungsi bahagian dalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.
  • Tubuh rasa berdebar-debar
  • Telinga terasa berdengung
  • Pandangan kabur
  • Rasa mual tekak dan hendak muntah
  • Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
  • Nadi berdenyut dengan cepat
  • Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan
  • Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran.

Adakah Masalah Vertigo Membahayakan Kesihatan?

Masalah vertigo ini bukan sahaja akan mengganggu aktiviti harian kita, malah ia juga boleh membawa kepada komplikasi yang lebih kronik. Seseorang yang mengalami masalah vertigo ini kemungkinan akan kerap mengalami muntah dan merisikokan pesakit kepada dehidrasi di mana tubuh kehilangan banyak air. Banyak lagi masalah lain yang boleh timbul sekiranya masalah vertigo ini tidak dirawat dengan segera seperti masalah pedengaran dan lain-lain lagi.


Apa yang perlu dilakukan sekiranya masalah vertigo menyerang secara tiba-tiba?

Sekiranya secara tiba-tiba anda mengalami masalah vertigo ini, antara tips yang boleh membantu anda adalah dengan melalukan beberapa pergerakan seperti:
  • Duduk atau baring dengan segera sekiranya terasa pening
  • Elakkan tidur pada sebelah telinga yang terjejas
  • Bangun dari tidur secara perlahan-lahan dan berehat seketika sebelum bangun
  • Elakkan daripada membongkokkan badan untuk mengambil sesuatu
Selain itu, Mia nak kongsikan satu cara yang berkesan yang dah membantu ramai orang yang mengalami masalah vertigo ini. Sebelum tu kita lihat dulu apa kata mereka yang telah mengalami masalah ini.

Testimoni 1: Masalah Vertigo Kembali Normal

cara merawat vertigo, testimoni vertigo

Testimoni 2: Lepas 3 botol, mak dah sembuh dari vertigo


cara merawat vertigo, testimoni vertigo

" mak saya vertigo, dah macam2, pergi sensei, homeopathy, hospital masih tak settle.. lastly saya bagi vivix kat mak. Alhamdulillah lepas 3 botol mak dah sembuh dari vertigo... sekarang mak maintain vitamin biase je, kebas2 tangan mak pun dah kurang.. Alhamdulillah.. Simptom pening, tak boleh bangun,unbalance, kepala berdesing je, tak boleh bunyi bising. Dah scan doctor cakap macam ada clot, dah set appoinment untuk operate.. tapi tak sempat sebab dah bagi vivix..Alhamdulillah ok "


Kenapa Vivix wajib diambil untuk mengatasi masalah Vertigo?

Vivix adalah antioksida yang terbaik dihasilkan oleh Shaklee yang merangkumi semua keperluan dalam tubuh badan seperti pemulihan fungsi sel, melambatkan pembentukan protin AGE (advanced glycation end product) yang boleh menggangu keutuhan sel. Disamping itu juga, Vivix ini menguatkan sistem imun bagi membantu melawan penyakit-penyakit lain. Seperti merendahkan tekanan darah, tahap kolestrol,mengurangkan artritis, anti-inflamasi, mengawal selia insulian atau diabetic dan banyak lagi

Vivix adalah antara produk yang paling dicadangkan untuk bantu menyelesaikan masalah Vertigo. Kerana kandungan antioksida yang tinggi bantu untuk menormalkan kembalikan keradangan di bahagian telinga dan kepala.


Selain itu, Vivix bantu sistem saraf utama kita berfungsi dengan normal kembali iaitu menerima signal dan mesej tanpa sebarang pertindihan.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, disarankan untuk mengambil 2 botol Vivix terus. Bukan apa, rata-rata yang ambik vivix sebotol ni mesti akan repeat order sebab dah rasa keberkesanan dan kelainannya berbanding produk antioksidan yang lain. Lagipon lebih banyak penjimatan yang kita dapat dengan membuat pesanan sebanyak dua botol sekaligus. Antaranya adalah:

  • Keahlian percuma (Jimat RM70)
  • Pembelian dengan harga ahli (Jimat RM 70++ untuk setiap botol)
  • Kos penghantaran percuma (Jimat RM 10.60 sm, RM 21.20 ss) 
  • Pulangan tunai di bulan berikutnya sebanyak RM 30++ pada bulan berikutnya
Haa, kan banyak tu penjimatannya. Memang berbaloi kalau ambil dua terus. 

Ok, untuk pertanyaan lanjut atau nak sembang-sembang tentang masalah ini atau vivix boleh hubungi Mia seperti dalam maklumat dibawah. 

Kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat buat semua. 

-----------------------------------------------------------------------------
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

ATAUPUN

♥️ Walk In ke mana-mana Branch Shaklee seluruh Malaysia, 
Sila gunakan ID 1081104 (Salmiah Md Zain)
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥️

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di FB

COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran ke seluruh Malaysia

--------------------------------------------------------------------------------------------

1 comments:

  1. Mia, saya memang makan vivix. Saya tak tau apa khasiatnya. Makan tetap makan. Belum pernah tak makan melainkan semasa di luar negara sebab tak boleh bawak.

    Tak boleh bawak bukan tak boleh biawak.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...