Wednesday, March 15, 2017
4
Makin ramai yang buat bisnes online menggunakan medium Facebook kan. Sampai ada yang jadi jutawan dengan hanya guna facebook sahaja sebagai medium pemasaran.

tips bisnes, tips facebook

Jadi, untuk kembangkan bisnes menggunakan facebook ni kenalah ada strategi jugak. Antara strategi untuk mengembangkan bisnes melalui facebook adalah:

1. Tingkat friend/follower yang berkualiti
Kalau ramai kawan, tapi kurang kawan yang berpotensi untuk beli produk kita, sangatlah rugi la kan. Untuk dapatkan kawan yang berkualiti, kenalah tahu targeted prospek kita.

2. Banyakkan softselling berbanding hardselling
Banyakkan post yang bercerita sambil bersahaja berbanding post yang menjual. Orang kita suka sangat baca cerita kan.

3. Banyakkan post dalam sehari
Kalau betul-betul buat bisnes dengan facebook,memang kena rajin untuk update status. Tak kisahlah pasal bisnes atau pasal peribadi, dan elakkan menceritakan tentang keburukan produk orang lain. Tak baik tau.

4. Bina engagement sesama kawan di Facebook

Rajin-rajin la like dan komen status kawan-kawan untuk bina engagement dengan mereka. Barulah diorang pon boleh lihat post kita. Tapi biarlah ikhlas kan... hihi

5. Bina branding sendiri
Ini penting supaya orang kenal kita, orang tahu kita jual produk apa. Kalau ada yang menyindir kita kat luar sebab buat bisnes itu ini di facebook, tu maksudnya branding kita dah nak berjaya, maksudnya orang dah tahu apa yang kita jual kat facebook tu kan. Jadi, tak perlu sentap kalau ada yang menyindir ke apa ke kan...

Cukuplah dulu tips untuk newbie yang nak buat bisnes kat facebook ni. Pesanan Mia, kalau nak berbisnes,biarlah jujur, cari produk yang boleh bantu orang ramai. Supaya nanti kita pon akan dapat pahala kebaikan. Insyaallah...

Jom buat bisnes bersama Mia menggunakan Facebook dan medium online yang lain. Sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan dan dalam masa yang sama boleh sihat juga kan. Sekiranya berminat, boleh whatsapp mia segera. Mia akan guide anda sehingga berjaya. Tak kan nak tengok orang lain je berjaya kan, kalau lambat bermula, lambat la berjaya.




MiaZain
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

4 comments:

  1. tips last paling laku keras bak hang. huhuhu <3

    ReplyDelete
  2. tips yang berguna untuk peniaga on9.

    ReplyDelete
  3. tip dan panduan yang sangat berguna..

    nak cuba juga selepas ini

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...