Sunday, March 05, 2017
8
Assalamualaikum...

Sambil bersantai di hari minggu ni, Mia nak kongsikan tempat makan menarik yang agak unik di Pulau Pinang ni. Sekarang ni dah makin famous dah tempat makan ni iaitu Laksa Tempurung di Teluk Kumbar. Sebenarnya dah lama pergi makan kat sini, tapi baru sekarang sempat nak berkongsi. 

Laksa Tempurung Teluk Kumbar Pulau Pinang

Laksa tempurung ni sebelum ni kedainya di tepi jalan je, di tanjung asam tu, tapi sekarang ni dah berpindah. Kedai yang sekarang ni dah kat tepi laut je. Siapa yang nak feeling-feeling angin bayu tu memang best sangat la lepak-lepak kat sini kan. Bersih je air pantainye tau. Tapi tak ramai yang mandi kat sini sebab ombaknya agak kuat. Kena cari waktu yang sesuai untuk mandi manda disini.

Banyak jugak menu menarik kat sini, antaranya of course la laksa dalam tempurung kan. Tapi bagi Mia, rasa laksa ni biasa-biasa je. Sebab ada tempat lain yang lagi sedap. hihi. Ada juga cendol, cendol mangga, ABC, mangga goreng, dan banyak lagi. Boleh tengok kat gambar bawah ni yang ada tulis menu tu. 

Tapi hari yang kitaorang pergi tu, kami cuma order laksa tempurung dan cendol mangga je. Sebabnya sebelum tu kitaorang dah melantak pasembor sepinggan dah kat padang kota. hihi. Bayangkan hari tu kami pergi padang kota sebab nak pergi makan pasembor, lepas tu tak tahu nak ronda pergi mana, sampai la kami ke gertak sanggul ni. Bila tengok je signboard laksa tempurung, terus ajak husband pergi makan. hehe

Laksa Tempurung Teluk Kumbar Pulau Pinang
Cendol Mangga
Laksa Tempurung Teluk Kumbar Pulau Pinang
Laksa Tempurung

Laksa Tempurung Teluk Kumbar Pulau Pinang

Harganya sangat berbaloi, dan pemandangan sangat cantik. Mungkin sekarang ni makin terurus sikit tempatnya. Ada kemudahan tandas juga. 

Laksa Tempurung Teluk Kumbar Pulau Pinang

Laksa Tempurung Teluk Kumbar Pulau Pinang

Laksa Tempurung Teluk Kumbar Pulau Pinang

Mia kongsikan maklumat mengenai kedai laksa tempurung ni supaya korang senang nak cari. Sebab tempatnya agak sukar jugak nak cari. Jalannya nampak macam jalan mati, tapi ada tempat makan yang menarik disana. Apa pun Mia kasi 4 bintang daripada 5 bintang kat tempat makan ni. 

Alamat: Jalan Gertak Sanggul, Kampung Suluk, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Koordinat GPS: 5.283972, 100.216597

Kalau datang Penang, jangan lupa cuba Laksa Tempurung ni tau.

-MiaZain-

8 comments:

  1. huaaaa hari tu pergi sesat sampai naik genting tu. last last sampai ke laksa janggus. punya llaa jauuuhhhhhh. kempunan tak lepas lagi nak makan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... memang terpencil skit tempat tu... ni kena masuk kot gertak sanggul tu... jom pi lagi...

      Delete
  2. Replies
    1. santan dah abis, tinggal tempurung je. hehe...

      Delete
  3. First time saya dengar pasal laksa tempurung, memang unik nie... hihi.. Terima kasih kerana sudi join segmen saya.. Senarai peserta dah dikemaskini.. Dan salam kenal dari saya, done follow #182..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/03/peserta-segmen-awak-follow-saya-saya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih shikin,

      Bila kelapangan, datang la ke penang, boleh merasa laksa tempurung ni. hihi... nanti Mia tolong bawakkan...

      Delete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...