Monday, March 20, 2017
4
Cuti sekolah dah bermula. Mesti dah ada perancangan nak bawa keluarga pergi jalan-jalan kan.

Tapi, tak tahu nak gi mana. Banyak sangat tempat menarik yang ada. 

Haa, kalau tak tahu nak gi mana tu, ni Mia nak ajak korang semua bercuti di Port Dickson atau famous dengan panggilan PD

PD ni memang sinonim la kan dengan percutian di hujung minggu. Selalunya penduduk di pantai barat semenanjung la yang banyak habiskan masa bersantai di PD ni setiap hujung minggu tu. Terkenal dengan pantainya yang bersih, cantik dan sesuai untuk mandi-manda bersama keluarga.

Tapi, kat mana tempat yang best untuk bermalam?

Ok, Mia nak kongsikan salah satu tempat yang unik dan menarik untuk bermalam di PD dan dalam masa yang sama korang boleh merasai pengalaman percutian yang mewah. Haa, best kan.

Kat mana lagi kalau bukan di Lexus Hibiscus Port Dickson.


Lexis Hibiscus Port Dickson


Lexis Hibiscus Port Dickson, kalau lihat dari langit, bentuknya seperti bunga raya, bunga kebangsaan kita. Kepada sesiapa yang tak tahu bentuk bunga raya tu, sewa la private jet dan lalu kat atas kawasan PD. Hehe. Mesti nampak kelopak bunga raya tu kan. 

Yang menariknya, hotel ini memberikan servis yang unik, kerana dari kaunter receptionist disediakan buggy untuk bawa korang dan luggage ke bilik hotel kerana agak jauh sedikit. Ini adalah untuk bilik yang jauh, dan tiada masalah kalau korang memang suka bersenam, boleh juga untuk berjalan ke bilik, tiada paksaan namun dah nama bercuti kan, so rasa-rasa nak pilih yang mana? Lagi best naik buggy tu kan, baru la terasa layanan macam VIP kan. hihi

Lexis Hibiscus Port Dickson

Bilik-bilik di sini sangat selesa dan ruang di dalamnya besar. Apabila berjalan-jalan dalam bilik tu nanti pastikan tengok ke bawah yea, takut-takut terjatuh ke dalam kolam. Ya, ada kolam mandi dalam setiap bilik. Bukan senang untuk jumpa tempat yang ada kolam mandi persendirian di bilik kan. Jadi jangan lepaskan peluang apabila berada di sana. Ikutlah nak berpakaian macammana pon kerana pasti tiada yang meniup wisel nanti.

Lexis Hibiscus Port Dickson

Jika dah plan untuk ke sana, cubalah jenguk-jenguk the cool sky pool villa at lexis hibiscus, ianya sangat stunning!  Bilik-bilik di sini sangat besar, selesa, mempunyai dua katil king size, terletak di blok menara so bolehlah menikmati pemandangan laut, bilik mandi yang luas dan juga mempunyai kolam mandi dan sauna di balkoni. Bagaimana? Menarik kan? Jomlah kumpul-kumpul duit dan menikmati privasi berendam di kolam mandi.

Banyak lagi pilihan lainyang ada antaranya, Roselle Coffee House, UMI (restoran Jepun), Captain Lounge, Wave Dining dan lain-lain. Jika rasa adventure sikit untuk food hunting boleh juga keluar memandu kerana di PD, lokasi restoran semuanya berdekatan dan tentulah restoran seafood yang banyak. Melainkan anda memilih untuk sentiasa berendam, servis room service juga disediakan.

Lexis Hibiscus Port Dickson ini juga ada tempat untuk sesiapa yang berniat untuk melangsungkan majlis persandingan perkahwinan, atau event-event besar untuk syarikat seperti makan malam. Nak buat meeting yang besar pon boleh kerana pihak hotel mempunyai bilik mesyuarat yang sesuai dan banyak, serta mempunyai kemudahan-kemudahan yang lain. Oleh itu, Lexis Hibiscus ini juga sesuai untuk penginapan berkumpulan.


Lexis Hibiscus Port Dickson

Terdapat juga watersport bagi orang yang suka aktiviti air di sini, sesuai untuk percutian bersama-sama kawan yang sekepala, atau bersama keluarga yang aktif. Aktiviti berbasikal juga ada sekaligus percutian bertemakan kesihatan dapat dilakukan. Sambil bercuti, kesihatan dijaga kata orang. 

Namun begitu, pihak hotel melarang untuk membawa binatang peliharaan bersama, jadi bila bercuti di sini nanti jangan lupa tinggalkan binatang peliharaan tu bersama orang yang dipercayai, jangan main tinggal jer kesian nanti merajuk pula. Kepada yang suka duk main drone juga dilarang sama sekali yea. Yalah, bayangkan tempat kita bercuti ada drone di sana sini, semasa tengah berendam tetiba nampak drone, apa perasaan anda? Kan dah tak syok. Kena hormat tetamu-tetamu lain juga kan.

Sambil nak berjalan-jalan nanti jangan lupa berjalan di Hibiscus Walk, di mana terdapat gerai-gerai makanan yang menarik, so jangan lupa bawa dompet, jangan tinggal di bilik pulak, nanti risau terliur la pula. Tahu tak bahawa Lexis Hibiscus Port Dickson ini pemegang rekod ‘Guiness World of Records’ dalam “The Most Swimming Pools in a Resort” tau. Jadi jangan lupa untuk selfie ya. Rekod dunia tu rugi nanti kalau tiada bukti nak tunjuk kat member-member.


Layanan dari pihak hotel di sini pasti akan membuatkan kita rasa gembira dan selesa kerana keramahan mereka dan sentiasa bersedia untuk memastikan keselesaan kita terjaga selama di sini. Percutian di Lexis Hibiscus Port Dickson ini sangat berbaloi untuk semua orang dan jika korang adalah seorang yang suka bercuti di PD, jangan lupa check it out!!!

-MiaZain-
Next
This is the most recent post.
Older Post

4 comments:

  1. Mewah ni kak. Dlm agoda paling murah pun rm700 gak. Beruntung akak. Hehe

    ReplyDelete
  2. bestnye !!! kena masuk dalam wishlist nih kak mia.. hee`

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...