Wednesday, December 21, 2016
Keputihan adalah masalah biasa pada kaum wanita. Selalunya masalah ini berlaku kepada golongan remaja dan golongan ibu hamil. Akan tetapi, selalunya perkara yang berkaitan dengan kawasan intim ini dirahsiakan, malu untuk berkongsi dengan umum. Akhirnya masalah yang kecil ini menjadi makin teruk kerana tidak dikawal dan dirawat. 

Malah, masalah keputihan ini juga boleh menyebabkan kita sebagai golongan wanita mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Jadi, pandang ringan masalah keputihan ini. Masalah keputihan ini menjadi lebih mudah sekiranya dirawat dari awal. 

masalah keputihan, punca masalah keputihan, cara merawat keputihan

Jadi, hari ni Mia nak kongsikan punca berlakunya maslah keputihan ini supaya ia dapat dielak dan dicegah dari berlaku. Sebelum tu kita ketahui dulu apa itu keputihan.

Terdapat dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Ataupun dengan nama mudahnya keputihan yang normal dan tidak normal. 

Keputihan fisiologis 

Biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan seperti ini selalunya berlaku pada  waktu wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. 

Keputihan patologik 

Bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) dan ia perlu dirawat dengan segera. 


Punca Masalah Keputihan

Antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah keputihan antaranya adalah:

1. Mengambil mudah tentang kebersihan
Kebersihan di bahagian alat sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan pastikan kawasan tersebut kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti bersama suami. 

Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria. Jika kebersihan di bahagian sulit tidak dijaga dengan rapi, bakteria dan kulat mudah membiak dan menyebabkan keputihan.

Kebersihan seluar dalam juga perlu dijaga, kerana pemaikaan seluar dalam yang tidak bersih boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku. Perkara yang sama juga perlu dititik beratkan ketika memakai pantyliner. Pastikan pantyliner ditukar sekerap mungkin sekiranya masalah keputihan berlaku. 

2. Gangguan hormon
Ketidakseimbangan hormon dalam tubuh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah keputihan. Antara perkara yang menyebabkan hormon kita tidak stabil adalah:


  • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan mikroorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak untuk menghasilkan hormon yang seimbang.
  • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah.
3. Gaya pemakanan yang tidak sihat
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula juga menyebabkan masalah keputihan semakin merebak. Ini kerana kandungan gula dalam makanan akan menyebabkan bakteria yang menyebabkan keputihan akan lebih cepat membiak. Pengambilan makanan yang berasid juga menjadi punca masalah keputihan kerana bakteria yang menyebabkan keputihan ini lebih mudah membiak apabila kawasan keintiman kita pada keadaan berasid.


4. Masalah kesihatan
Wanita yang menghidapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan pada faraj.

Cara Membantu Merawat Masalah Keputihan dengan Produk Shaklee

Terdapat 3 produk yang dapat membantu anda semua yang mengalami masalah keputihan ini, iaitu Alfalfa complex, Garlic complex, dan GLA complex. Dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza. 

Alfafa Complex
Bersifat anti kulat. Mempunyai phytoestrogens yg mempunyai fungsi seperti kacip fatimah dan digelar raja segala herba. Sangat baik diamalkan oleh kaum wanita dan membantu menyemarakkan cinta dalam hubungan suami isteri

Garlic Complex
Mempunyai kendungan yang anti kulat dan merupakan antibiotik semulajadi yang sangat hebat. Garlic boleh membantu menaikkan sistem imun dan membantu memulihkan masalah keputihan

GLA Complex
Membantu mencegah kulat daripada merebak. GLA juga digunakan utk membantu menyuburkan wanita dan menstabilkan hormon selain bagus utk masalah senggugut dan sebagainya.

masalah keputihan, punca masalah keputihan, cara merawat keputihan

Rawatlah keputihan sebelum ia merebak kekawasan yang lain. Jangan biarkan masalah keputihan membelenggu diri anda.

Sekiranya anda mempunyai masalah keputihan, dan berminat untuk mencuba produk Shaklee boleh hubungi Mia seperti didalam maklumat tertera dibawah. Dah ramai yang menggunakan set keputihan ini dan berjaya menyelesaikan masalah mereka. Anda juga boleh menyelesaikan masalah ini dengan mudah.

 MiaZain
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...