Thursday, December 15, 2016
1
Ramai yang tak selesa kan bila kulit muka asyik berminyak je. Kalau pakai make up mesti akan jadi berkilat je muka sebab kulit muka berminyak. Kadang-kadang jadi tak sekata dan bercapuk bila pakai make up. 


Punca dan Produk Untuk Kulit Berminyak

Sebenarnya minyak pada kulit ini penting supaya kulit kekal lembap. Tetapi masalahnya berlaku apabila minyak yang keluar tu berlebihan. Kulit muka yang berminyak membuatkan muka kita lebih senang terdedah kepada debu dan habuk. Selain itu bila minyak dan kotoran terperangkap di dalam liang pori, makin mudah jerawat untuk tumbuh di kulit muka kita. 


Punca dan Produk Untuk Kulit Berminyak

Punca Kulit Muka Berminyak

Terdapat banyak punca kulit muka berminyak, antaranya adalah:

1. Tidak menjaga makan
Banyak mengambil makanan yang berminyak dan berlemak menyebabkan berlaku penimbunan lemak dibawah kulit. Lemak dibawah kulit akan merangsang lebihan minyak sehinggakan minyak dirembeskan dikulit muka. 

2. Faktor genetik
Faktor genetik juga memainkan peranan. Kalau ada antara ahli keluarga kita yang mempunyai masalah kulit muka yang berminyak, kita juga ada potensi untuk mendapat masalah yang sama. Mereka mempunyai kelenjar sebaceous yang lebih besar dari orang lain yang hasilkan lebih minyak pada muka. Faktor ini tidak boleh dicegah, tetapi boleh diatasi

3. Salah pilih kosmetik
Penggunaan produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia dan tidak sesuai dengan kulit akan membuatkan kulit berminyak, iritasi dan kulit wajah menjadi lebih sensitif

4. Hormon tidak seimbang
Ketika menstruasi, hamil, dan menopaus, wanita akan mengalami perubahan hormon dan menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan minyak yang berlebihan dan akan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan dibawah kulit

5. Penggunaan ubat-ubatan
Pil perancang dan pil hormon yang tertentu boleh tingkatkan pengeluaran minyak pada kulit. Sama juga dengan ubat-ubatan yang boleh  menyebabkan badan terhidrasi, kulit secara automatik akan hasilkan minyak berlebihan akibat kehilangan cecair badan.

6. Tekanan
Apabila stress, badan kita akan menghasilkan lebih hormon androgen, ia menyebabkan kulit hasilkan lebih minyak dari biasa

7. Keadaan cuaca
Cuaca yang tidak menentu boleh mempengaruhi keadaan kulit muka. Keadaan panas dan lembap boleh tingkatkan pengeluaran minyak pada kulit. Udara kering yang menyebabkan kulit kering juga membuatkan kulit muka akan menghasilkan minyak untuk  menyeimbangkan keadaan kulit yang kering.


Pengalaman Mia sendiri yang dulunya kulit muka Mia sangat berminyak. Kalau bangun tidur tu memang penuh dengan minyak di kawasan zone T pada kulit muka. Sampai ada yang cakap minyak tu boleh dibuat goreng sebab banyak sangat. Kalau tengok di cermin, memang ketara sangat nampak kulit muka yang berminyak tu. Keadaan lagi teruk bila cuaca panas, ditambah pula dengan peluh dan minyak lagi la membuatkan kulit muka kita jadi melekit-lekit dan tak selesa.

Tapi sekarang, keadaan kulit muka dah berubah. Memang bebas dari minyak. Tetapi kulit muka tak kering, malah lebih lembap. 

Apa rahsia Mia? hihi...

Mia cuma amalkan 2 benda ni je. Iaitu ESP dan Vitamin C. Ia merupakan sumber protein dan antioksidan kepada kulit. Mia lebih suka untuk ambil vitamin C dan ESP kerana ia akan merawat masalah kulit berminyak dari dalam. Kalau Mia cuma mencuci muka atau menyapu pelembap pada kulit muka, kemungkinan untuk terjadi kembali masalah kulit berminyak adalah tinggi kerana ia hanya merawat dari bahagian luar. 


Punca dan Produk Untuk Kulit Berminyak

Apa yang bestnya ESP ni

  • Mengawal pertumbuhan jerawat
  • Memperbaharui sel kulit yang telah mati
  • Memudarkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan garis penuaan & kedutan
  • Mengawal pengeluaran minyak di muka
  • Kulit lebih lembap, tegang dan sihat

Apa yang bestnya Vitamin C

  • Merangsang pembentukan kolagen swmulajadi kulit
  • Mencerahkan kulit muka
  • Mengurangkan minyak di kulit muka
  • Mengecutkan jerawat
  • Melindungi daripada sinar uv matahari
  • Tona kulit menjadi lebih sekata
  • Membantu masalah kulit sensitif seperti masalah sensitif & eczema


Tapi, bila ambil 2 suplemen ni, bukan je boleh cantik, tapi kita lebih sihat kerana ia boleh tingkatkan imun badan kita supaya tak kena demam/selsema


Sangat rugi pada mereka yang tak cuba ESP & VITAMIN C ni. Kesannya sangat marvelous. Mia pun konsisten guna dua produk ni dan sangat berpuas hati dengan kesannya. Kulit muka dah tak berminyak, parut jerawat & jeragat makin pudar, jerawat pun dah segan nak keluar, kulit lebih lembap je... 

Best sangat... Dua vitamin ni memang wajib diambil untuk kulit cantik dan sihat bebas minyak dan cela. Tanpa pakai make up pun, kulit muka lebih sihat dan bersinar. 

Sampai bila nak biarkan kulit muka kita sentiasa berminyak. Bila muka berminyak, lagi senang jerawat nak tumbuh, jadi selesaikan masalah kulit berminyak ini dengan segera. Untuk maklumat lanjut atau pesanan, boleh hubungi Mia seperti di dalam maklumat dibawah.
MiaZain
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

1 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...