Sunday, December 04, 2016
Pemakanan merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan anak-anak kita. Sekarang ni ramai anak-anak yang mempunyai masalah berat badan kan. Makin ramai pula anak-anak sekarang ni yang mempunyai berat badan yang berlebihan. 

Yang lebih menyedihkan apabila ibu bapa merasakan anak yang mempunyai berat badan berlebihan atau boleh juga dipanggil montel ini kelihatan lebih comel berbanding anak-anak yang lain. Sedangkan anak mereka mempunyai masalah perkembangan disebabkan masalah pemakanan yang tidak dijaga. 

pengaruh pemakanan terhadap perkembangan anak-anak

Baru je semalam berborak bersama rakan-rakan seperjuangan, ada yang menceritakan bahawa ada anak kawan mereka yang baru berusia 7 tahun dah terpaksa menjalani proses dialisis kerana tidak menjaga makan. Boleh dikatakan setiap hari anak tersebut mengambil air berkarbonat. Sangat kesiankan. 

Kalau tengok orang dewasa yang kena dialisis pun macam sakit sangat, inikan pula budak tujuh tahun yang perlu buat dialisis. Ini semuanya berpunca daripada tidak menjaga makan dan seterusnya akan mengganggu perkembangan anak tersebut. Sebab tu sangat pentingnya kita menjaga makan anak-anak, bukan hanya main suap je kan.

Pengaruh Pemakanan Terhadap Perkembangan Anak-anak


Kadang-kadang, kita sebagai ibu ayah selalu lupa bahawa pada tahap anak berumur 1-6 tahun, ini adalah waktu emas mereka untuk berkembang. Pada waktu inilah otak mereka lebih cepat berkembang dan cepat menyerap apa yang dipelajarinya. Jadi, sekiranya kita tidak memberi pemakanan yang seimbang, ini akan memberi kesan kepada perkembangan mereka. Antaranya adalah:


  1. Mereka akan mudah hilang fokus apabila belajar tentang sesuatu perkara atau sedang melakukan kemahiran yang perlu dikuasai. Jadi, pembelajaran mereka akan terganggu
  2. Jangka pemerhatian (attention span) yang rendah dan menyebabkan anak kita menghadapi kesukaran untuk memahami dan mencerap atau menghafal sesuatu ilmu baru
  3. Cenderung untuk membuat perangai secara lebih berbanding anak-anak lain yang mendapat nutrisi makanan yang mencukupi. Mereka akan terasa cepat letih, mudah merajuk dan cepat marah. 
Jadi, sangat penting untuk anak-anak kita mendapat pemakanan yang seimbang supaya perkembangan otak dan fizikal mereka seiring dengan umur mereka. Tetapi setiap kali anak kita gagal dalam pembelajaran, kita asyik menyalahkan mereka. Sebenarnya kita yang tidak memberi cukup nutrisi kepada mereka. 

Oleh itu, pastikan anak-anak kita mendapat sarapan yang berkhasiat setiap pagi, diikuti dengan makan-minum serta snek yang menyihatkan setiap hari. Tetapi, disebabkan sekarang ni semuanya nak cepat dan pantas, kita berikan makanan segera je kepada anak-anak. Jadi, anak akan kekurangan nutrisi dan akan membantutkan perkembangan emosi dan fizikal anak-anak.

Makanan segera boleh menyebabkan berat badan bertambah dan menjadi punca utama kepada kegemukan dan obesiti. Penyakit ini amat berbahaya kepada anak-anak kerana apabila bersenam kita akan cepat penat dan tidak boleh mengeluarkan peluh yang baik untuk tubuh badan.

Makanan segera juga tidak mempunyai vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan. Jadi anak-anak akan mudah diserang penyakit dan akan melemahkan organ badan mereka. Jadi nutrisi yang seimbang haruslah diberikan kepada anak-anak sejak mereka kecil supaya perkembangan mereka tidak terbantut.

Oleh itu, anak-anak perlu diberikan makanan tambahan supaya makanan tambahan ini dapat memenuhi lompong-lompong nutrisi yang tidak boleh dipenuhi dengan makanan seharian. Maklum lah makanan sekarang bukan semuanya berkhasiat. Kadang-kadang cara kita memasak membuatkan nutrisi di dalam makanan tersebut hilang dan kita cuma mendapat separuh sahaja nutrisi yang diperlukan.

Antara cadangan makanan tambahan yang diperlukan oleh anak-anak adalah:



vitamin anak-anak

1. Omega Guard

  • Suplemen minyak ikan terbaik di dunia
  • Kaya dengan EPA dan DHA yang bagus untuk fungsi otak 
  • Membantu meningkatkan daya fokus semasa pembelajaran
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak
  • Mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dengan mengurangkan penggunaan inhaler kerana omega 3 bersifat anti radang
  • Merawat dan memperbaiki penyakit eczema
  • Kesihatan kardiovaskular
2. Meal shakes 

  • Minuman yang sedap, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti menjadi kegemaran kanak-kanak dan seisi keluarga
  • Mengandungi 19 jenis vitamin & mineral penting
  • Tinggi dengan serat – mengatasi masalah sembelit
  • Indeks glisemik rendah jadi kanak-kanak tidak akan jadi obesiti
  • Makanan untuk otak yang bijak kerana ia mengandungi kolina, kalsium dan protien
  • Minuman yang sihat untuk menambah selera makan dan berat badan kanak2

3. Vitalea kids 

  • Multivitamin dalam bentuk tablet yang pasti menjadi kegemaran kanak-kanak
  • Mengandungi 18 multivitamin & multimineral termasuk 100% Vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang akan membantu melengkapkan nutrisi harian kanak-kanak
  • 200mg kalsium, magnesium, zinc, cooper membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang kanak-kanak
  • Membantu menguatkan kecerdasan minda
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • Membantu meningkatkan selera makan
  • Melancarkan proses pencernaan, mengelak sembelit
  • Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian
  • Boleh dikunyah atau dikemam begitu saja dengan rasa anggur 

4. Chewable Vitamin C

  • Membekalkan vitamin C untuk kanak-kanak
  • Rasa oren semulajadi dan mudah dikunyah sangat sesuai untuk kanak2 dan mereka yang sukar menelan pil
  • Membantu meningkatkan antibodi dan sistem pertahanan badan kanak-kanak
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka 
  • Membantu mempercepatkan pemulihkan selsema dan demam
  • Menjaga kesihatan gigi, gusi dan tulang yang kuat
  • Membantu menyihatkan kulit luar dan dalam

Makanan tambahan ini sangat penting untuk memastikan anak-anak kita mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menjalani kehidupan seharian. Dengan pengambilan makanan tambahan ini juga dapat meningkatkan sistem imun badan mereka dan secara tak langsung akan menghindarkan mereka daripada terkena jangkitan penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain lagi. 

Jadi, tak rugi pun kalau kita melabur sejumlah wang untuk memastikan perkembangan anak sentiasa berkembang. Bila badan mereka sihat, kita juga turut gembira kan. 

Sekiranya ada mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi Mia seperti didalam maklumat dibawah.


MiaZain
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...