Friday, December 02, 2016
2
Assalamualaikum semua...

Selalunya yang kita selalu dengar ramai yang jatuh muflis kan. Mudah sangat nak jatuh muflis. Ramai dikalangan anak muda sekarang ni yang jatuh muflis banyak disebabkan oleh hutang piutang mereka. Tetapi hari ni Mia nak cerita tentang jutawan. Bagaimana mudahnya untuk menjadi seorang jutawan.

Jutawan yang betul-betul berjaya tidak semestinya boleh dapat dalam masa yang singkat. Kadang-kadang perlukan masa yang lama. Ada sesetengah orang nak jadi jutawan, dia ambil jalan yang singkat, sehinggakan ada yang sanggup meminjam duit untuk menjadi seorang jutawan. Akhirnya merana diri bila kita sendiri tak berjaya menjadi jutawan, dan yang lagi parah, terpaksa pulak kena tanggung hutang piutang tu kan. Jadi, kena lah bijak mencari platform untuk menjadi jutawan yang berjaya dengan mudah.

Mia dah tengok ramai yang telah menjadi jutawan dalam bisnes Shaklee. Masa Mia mula-mula join Shaklee dulu, upline Mia takde pun tunjuk kemewahan dia, pakai pun baju tshirt je. Kereta pun pakai biasa2 je, tapi property diorang tersangatlah banyak. Lepas tu baru dapat tahu yang mereka juga banyak simpanan. Wah, tak sangka upline Mia yang jutawan ni sangat humble. Sangat suka tengok cara mereka. Bayangkanlah, dengan Shaklee, income mereka tiap-tiap bulan boleh dapat 40-50 k. Banyak tu.

Jadi, hari ni Mia nak tunjukkan betapa mudahnya untuk menjadi jutawan dalam bisnes Shaklee ni.
Mudahnya menjadi jutawan Shaklee sekiranya:

  1. Anda pernah menggunakan produk shaklee, dan merasai sendiri kesannya. Barulah kita senang untuk berkongsi kebaikan kepada orang lain. 
  2. Mempunyai mentor yang bagus dan mampu untuk menolong anda. Bukan sesuka hati sign up dibawah sebarang orang kerana orang itulah yang akan menjadi MENTOR anda nanti..jadi buat pilihan bijak. 
  3. Mempunyai minat, dan ingin belajar tentang shaklee. 
  4. Berfikiran terbuka, rajin, tak mudah putus asa. 
  5. Mempunyai modal RM70 untuk menjadi ahli. Sangat murah. Dan selalunya bulan pertama tu pun bonus yang kita dapat dah boleh cover balik duit modal tu. 
  6. Suka berkongsi pengalaman dengan orang lain
Sesiapa je boleh berjaya untuk jadi jutawan. Cuma kita je, nak atau tak. Peluang memang dah ada. Tiada apa yang kita boleh dapat kalau hanya goyang kaki je kan. Tak mungkin la nak jadi jutawan kalau kita takde keluarkan apa-apa usaha. Semuanya perlukan pengorbanan. Cuma usaha yang membezakan kita samada menjadi jutawan atau tidak. 

Jadi, kenalah bertindak sekarang. Tak kan kita nak tengok orang lain je yang berjaya. Orang lain dah melangkah ke depan, tetapi kita masih jauh kebelakang sekiranya kita tidak mengambil tindakan yang sewajarnya. Apabila kita menjadi jutawan didunia, insyaAllah kita boleh menjadi jutawan diakhirat sekiranya mengikut dijalan yang betul. Itulah matlamat kita yang sebenar, iaitu jutawan diakhirat. Tapi nak jadi jutawan akhirat, kena la jadi jutawan didunia dulu supaya kita punya harta untuk mencari harta akhirat. 

Jom sama-sama menjadi jutawan didunia & diakhirat. Sekiranya anda mahu menjadi jutawan shaklee, boleh hubungi Mia untuk maklumat lanjut. Mia akan bantu anda sehabis yang baik. 

MiaZain
012-928 3726

2 comments:

  1. semoga dipermudahkan
    terima kasih diatas perkongsiannya

    ReplyDelete
  2. sentiasa ada jalan bagi mereka yg sentiasa berusaha.. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...