Friday, December 02, 2016
1
Assalamualaikum semua...

Apabila kita semua dianugerahkan kesihatan yang baik, tapi kita sia-sia kan nya, apa maksudnya tu? sangatlah kita ni tidak bersyukur kan...

Tetapi sejak Mia makin mendalami ilmu Shaklee ni, semakin Mia terasa yang kesihatan itu sangat penting. Bila dikelilingi dengan customer yang ada pelbagai masalah kesihatan ni, kita jadi lebih bersyukur dengan kesihatan yang ada. Ada banyak hikmah disitu. 

Sebenarnya Shaklee ni bukanlah hanya menjual vitamin semata-mata tau, tetapi mereka sangat menjaga kelestarian dunia untuk generasi pada masa depan. Mereka ini bukanlah ingin mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada berkongsi dengan orang lain tentang makanan tambahan yang boleh membuatkan orang lain menjadi lebih sihat.

Contohnya, mereka memilih bahan mentah dari ladang-ladang yang mengamalkan cara penanaman organik, tanpa menggunakan pestisid, herbisid, produk GMO dan lain-lain lagi. Cuba bayangkan bila kita ambil sumber dari ladang organik, mereka tidak menggunakan racun sebaliknya guna cara semulajadi untuk singkirkan perosak. Ia bukan sahaja selamatkan kita dari termakan benda-benda racun yang tidak disedari, tetapi juga ia dapat menjaga populasi haiwan-haiwan. Maklumlah kalau guna racun, bukan haiwan perosak saja yg mati, tetapi semua yang berdekatan pun turut terkesan.

Begitu juga ikan-ikan yang digunakan untuk membuat Omega Guard. Pihak Shaklee akan menggunakan satelit untuk menangkap ikan-ikan dan mereka terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada Friends of The Sea yang menjaga populasi ikan-ikan sedunia. Haa, kan ke susah tu nak tangkap ikan, nak kena guna setelit bagai. Kalau nak senang, boleh je dorang tangkap je ikan kat mana-mana kan, tetapi disebabkan mereka nak jaga alam sekitar, mereka akan buat macam ni.


Dan lagi, apabila angkasawan Shaklee naik ke angkasa, dia nampak kerosakan yg berlaku di bumi dan pihak Shaklee akan mengambil tindakan seterusnya, contohnya mereka melakukan program tanam sejuta pokok yang Shaklee pernah buat dahulu. Sampai begitu sekali pihak Shaklee ni sayangkan alam sekitar kan. Sebab tu kita kena contohi mereka. Bukannya nak kaut keuntungan saja. 

Disebabkan kita tak boleh kawal persekitaran kita, jadi kawal lah pemakanan kita supaya kurang risiko untuk dapat penyakit. Memang takdir untuk jatuh sakit itu pasti, tapi kita boleh berikhtiar untuk mengurangkan risiko nya...

Walaupun dah ambil pelbagai jenis vitamin, itu bukan lah bermaksud kita boleh hentam je makan apa pun. Haruslah bersederhana. Tapi sejak bershaklee ni, kami sekeluarga makin pandai pulak jaga makan. Gula & garam pun dah bertukar kepada yang lebih baik.

Percayalah dengan menukar gaya hidup kita kearah yang lebih baik akan mengurangkan risiko untuk jatuh sakit

Jom ubah gaya hidup yang lebih sihat supaya persekitaran kita juga sihat.

MiaZain
012.928.3726

1 comments:

  1. siapa saja yg tak inginkan tubuh badan yg sihat.. inshaAllah nanti nak try consume beberapa produk Shaklee jugak lah..:)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...