Sunday, December 04, 2016
Suatu masa dulu, kisah soya ni menjadi buah mulut semua golongan yang kata soya ni bahaya. Penuh timeline facebook dengan fakta-fakta yang mengatakan soya ni bahaya. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju dan yang lagi kesian bila ada yang menerima bulat-bulat dengan fakta tersebut tanpa membuat pembacaan dengan lebih lanjut. 


soya bahaya

Betul ke soya ni bahaya? 

Jadi, hari ni Mia nak kongsikan kisah soya ni, betul ke soya ni bahaya. Kenapa bahaya? dan kalau bahaya, apa yang kita perlu ambil untuk gantikan yang tidak bahaya...

Kisah Soya Oh Soya...

Sebelum kisah kontroversi berkaitan soya ni, kita menyangkakan yang soya ni sangat bagus untuk kesihatan. Yang selalu kita minum adalah air soya yang dah siap diproses tu kan. Dan kalau ibu hamil, mesti tiap-tiap hari akan ambil soya supaya anak yang lahir tu bila keluar nanti kulitnya putih. Betul kan?



Persoalan yang sering ditanya mengenai soya

1. Betul ke soya bahaya?

Dikatakan soya mengandungi phytates yang menghalang penyerapan nutrien-nutrien oleh tubuh. Jadi, ia akan mengganggu penyerapan nutrien ke dalam badan kita. Rugi je la kita makan makanan yang berkhasiat tu kan, tapi tak diserap.  

2. Soya Menjadi Penyebab Kanser Payudara?

Salah satu bahan dalam soya yang dianggap sangat berbahaya kepada kesihatan adalah estrogen yang terdapat dalam soya dalam bentuk phytoestrogen. Banyak kajian menunjukkan pengambilan estrogen memberi kesan yang buruk kepada fungsi normal hormon estrogen dalam tubuh manusia. Phytoestrogen boleh meninggikan pengeluaran hormon estrogen atau mengurangkan keupayaan hormon estrogen. Disebabkan itu, soya dikatakan mengganggu kitaran haid, menyebabkan masalah kesuburan wanita dan antara punca kanser payudara. 

Betul ke?

Berdasarkan ulasan Dr McCullough, Director of Nutritional Epidemiology dari American Cancer Society, kajian terhadap pengaruh soya yang dijalankan ke atas manusia tidak menunjukkan kesan negatif kepada pesakitnya, tetapi ia telah membantu menurunkan risiko sakit kanser ini. Boleh klik SINI untuk artikel sepenuhnya 

Menurut artikel "The 2012 American Cancer Society Guidelines on Nutrition and Physical Activity for Cancer Survivors" yang telah ditulis oleh pakar-pakar perubatan dalam bidang ini, mereka merumuskan bahawa makanan-makanan berasaskan soya tidak memberi kesan kepada bekas pesakit kanser payudara. 

Malah di Malaysia pula, berdasarkan artikel Dr Zubaidi, berpendapat bahawa soya tidak mendatangkan risiko kanser payudara, kerana ia lebih kepada penyakit genetik yang diwarisi dari generasi terdahulu.


soya bahaya


3. Soya melemahkan tenaga golongan lelaki?

Bagi lelaki pula soya dikatakan mengurangkan jumlah sperma, menyebabkan kemandulan lelaki dan juga mengurangkan kualiti air mani. Tetapi tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan tersebut setakat ini.

4. Soya mengandungi bahan kimia merbahaya?

Soya juga dikatakan penyebab masalah tiroid, sembelit, menyebabkan peningkatan alergik, lesu dan mengantuk. Bagi bayi yang minum susu formula berasaskan soya apabila membesar menjadi lebih cepat baligh, pertumbuhan payudara yang cepat, dan juga menyebabkan masalah neurologi dan ADHD disebabkan kandungan mangan dalam soya yang tinggi.

Adakah semua persoalan diatas betul? 

Yea, semua persoalan diatas adalah betul sekiranya kita memilih soya yang salah. Terdapat pelbagai jenis soya yang berada dipasaran. Sebelum tu kita ketahui dulu daripada mana asalnya soya ni.


Kacang soya berasal dari Asia Timur (China, Jepun) dan sekarang diusahakan secara besar-besaran di US. Namun begitu, 90% dari tanaman soya yang diusahakan di Amerika adalah dari jenis GMO (genetically modified organism) dan juga disembur dengan pelbagai racun serangga, racun rumpai dan sebagainya

Kebanyakan kacang soya di US diproses menjadi minyak soya. Ia dihasilkan daripada pengekstrakan kacang soya menggunakan larutan bahan kimia heksana. Heksana adalah sejenis pelarut dari minyak petroleum yang banyak digunakan dalam industri pembuatan makanan, temasuk penghasilan minyak dari tumbuhan.

Dan biasanya dari sisa pembuatan minyak soya inilah yang diproses menjadi makanan berasaskan soya, termasuk minuman soya. Jadi tidak hairanlah kalau produk soya yang dihasilkan itu bukan lagi makanan sihat, tapi sebaliknya hampas, yang ditambah dengan pelbagai ‘added vitamin’, ‘enriched with vitamin’ dan sebagainya.

Haa, nampak tak? Sebenarnya soya ni sangat bagus untuk kesihatan, tetapi yang membuatkan soya ni tak bagus kerana cara ia dihasilkan (GMO) dan cara ia diproses (guna bahan kimia, hanya ambil hampas etc) menjadikan soya sejenis makanan berbahaya.

Apa itu GMO dan kenapa produk GMO merbahaya?


GMO, Genetically Modified Organism, secara ringkasnya adalah organisma yang diubahsuai secara genetik. Contohnya, dalam pengubahsuaian genetik tumbuhan, para sainstis akan mengeluarkan satu atau lebih gen dalam DNA organisma lain seperti bakteria, virus, atau haiwan, dan menggabungkannya semula kedalam DNA tumbuhan yang ingin diubah. 

Contohnya, gen dari bakteria Bacillus Thuringiensis, Bt telah dipindahkan kedalam DNA jagung. Gen Bt merupakan protein yang membunuh serangga perosak. Jadi, dengan memindahkan gen Bt ke dalam jangung akan membolehkan pokok jagung tersebut akan menghasilkan racun perosak sendiri. 

Kenapa produk GMO bahaya???

1. Masalah utama produk GMO ini adalah apabila gen lain dimasukkan kedalam DNA sesuatu tumbuhan, para saintis tidak tahu pengubahsuaian gen tersebut berlaku dimana. Ini mungkin akan mengganggu fungsi gen yang lain dan menghasilkan protein baru yang tidak pernah ada dalam tumbuhan dan berkemungkinan akan menghasilkan toksin dan allergi dalam makanan. 

2. Kajian Keatas Tikus
Tikus yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang diberi makan GM soya adalah lebih kecil dan mempunyai kadar kematian lebih tinggi daripada kumpulan tikus yang lain.

3. Tragedi tryptophan
Satu bentuk genetik daripada makanan tambahan L-tryptophan telah bertanggungjawab ke atas kematian 37 orang dan melumpuhkan beberapa ribu lagi pada tahun 1989.

4. Kentang GMO membahayakan tikus
Pada 1990-an, Arpad Pusztai, Ph.D., seorang ahli biologi molekul, menjalankan kajian ke atas kentang diubahsuai secara genetik untuk Institut Penyelidikan Rowett di Scotland. Pusztai kajian yang dijalankan memberi makan pada tikus dan mendapati bahawa kentang tersebut telah merosakkan usus haiwan, organ-organ lain, dan juga merosakkan sistem imun tikus tersebut.

 5. Jagung GMO menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang pada tikus
Kajian yang dijalankan oleh saintis Perancis dan disiarkan dalam Arkib Pencemaran Alam Sekitar dan Toksikologi mendapati berlakunya gejala keracunan hati dan kerosakan buah pinggang pada tikus yang diberi makan jagung GMO.

6. Soya GMO meningkatkan kematian pada tikus, mengurangkan kesuburan hamsters
Satu kajian 2006 yang dijalankan oleh Irina Ermikova Kebangsaan Akademi Sains Rusia mendapati bahawa lebih separuh daripada bayi daripada ibu tikus diberi makan soya GMO meninggal dunia dalam tempoh tiga minggu. Dalam satu lagi kajian Rusia saintis mendapati bahawa hamster yang diberi makanan soya GMO telah hilang keupayaan mereka untuk membiak kepada generasi ketiga. Pups hamster juga mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan dan tinggi kadar kematian.

Produk GMO Bahayakan Alam Sekitar 
1. Bio Hazard Jagung-  GM jagung membahayakan serangga akuatik
Satu kajian 2007 yang diterbitkan oleh Universiti Indiana profesor sains alam sekitar mendapati bahawa jagung GMO dihasilkan telah meningkat kematian dan mengurangkan pertumbuhan caddisflies, (serangga akuatik) yang merupakan sumber makanan untuk organisma seperti ikan dan amfibia.

2. GMO jagung mengancam jagung asli di Mexico
Dalam kertas 2001 diterbitkan di dalam majalah Nature, University of California di Berkeley oleh penyelidik Ignacio Chapela dan David Quist menerangkan bagaimana gen daripada jagung jenis GMO mencemarkan jagung asli di Oaxaca, Mexico. Dapatan kajian amat membimbangkan kerana pencemaran ditemui beribu-ribu batu dari penanaman jagung GMO .

3. Tanaman GMO meningkatkan penggunaan racun perosak
Tanaman yang diubah suai secara genetik juga meningkat penggunaan racun rumpai sebanyak 383 juta pound pada Amerika Syarikat dari 1996 sehingga 2008, menurut laporan oleh Pusat Organik. Ia menyebabkan banyak bahan toksid yang bahaya kepada bumi.

Boleh baca lebih lanjut mengenai GMO di artikel Bahaya Produk GMO


Jadi, pemilihan soya sangatlah penting supaya kita tidak mendapat kesan buruk dari soya. Pemilihan soya non-GMO sangatlah penting dan pastikan soya diproses tanpa menggunakan bahan kimia yang merbahaya. 


Jadi, dah tak perlu ragu-ragu lagi untuk minum soya. Mia ada ceritakan dalam artikel Panduan Memilih Protein Soya untuk mengetahui cara untuk memilih protein soya yang terbaik.

Jom sambung pembacaan anda dalam bahagian kedua mengenai Betul ke SOYA BAHAYA? (Bahagian 2)

MiaZain
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...