Saturday, December 03, 2016
Assalamualaikum semua...

Sebenarnya isu tentang pihak Shaklee dan Israel ni dah lama berlaku. Rasanya isu panas ni dah menjadi kontroversi sejak tahun 2014 lagi. Saje je Mia nak ceritakan balik isu ni. Mungkin boleh dijadikan sebagai pencerahan kepada mereka yang masih sangsi dengan isu ni, ataupun masih ada yang tak tahu lagi tentang isu ni. 

betul ke Shaklee sokong Israel

Betul ke Shaklee ni sokong Israel? 

Korang rasa???

KIsah ini sentiasa berulang-ulang. Ia tercetus setelah pihak Israel menentang pihak Gaza dan kita sebagai umat Islam sangat terkesan dengan peristiwa ini memboikot segala perkara berkaitan dengan Israel. Dan, perkara ini menjadi kontroversi semula apabila isu BOIKOT dibangkitkan. Nampak kan permainannya disitu, ada pasang surutnya. 

Sebenarnya isu ini bermula apabila satu website organisasi bebas, iatu Keneseth Israel yang meletakkan logo Shaklee  sebagai penyokong dana kegiatan Israel. Tapi bila klik logo Shaklee tu, ia akan terus disambungkan kepada website salah seorang Shaklee Independent Distributor iaitu Dave Miller dan bukannya website rasmi Shaklee. Maknanya, Dave Miller ni lah yang menyokong Israel atau mungkin menjadi penyumbang dana Israel. Dan bukannya Shaklee. Shaklee takde kena mengena dengan apa-apa kegiatan Israel.

Sama lah jugak dengan situasi kita, bebas untuk menyumbang wang pencarian kita kepada sesiapa sahaja. Contohnya melalui pendapatan bisnes Shaklee ini, Mia menyumbangkan sejumlah wang kepada masjid. Tak salah kan. Sama la juga situasi Keneseth Israel tu. 

Dan ini adalah kenyataan rasmi dari pihak Shaklee yang meneangkan tentang isu Keneseth Israel ni. Dan buat pengetahuan semua, logo Shaklee telah diturunkan dalam website Keneseth Israel ni.

betul ke Shaklee sokong Israel
Kemudian, isu ini semakin panas di Malaysia apabila ada yang dapat tahu bahawa Chairman & CEO Shaklee Corporation iaitu Mr Roger Barnett merupakan salah seorang Board of Director The Elie Wiesel Foundation For Humanity. Ia berkaitan dengan kenyataan Elie Wiesel yang mendakwa Hamas menggunakan kanak-kanak sebagai perisai. Dan ini adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Shaklee.

betul ke Shaklee sokong Israel
Jadi, dah terang lagi bersuluh yang pihak Shaklee memang tidak menyokong atau membantu mana-mana pihak yang berkaitan dengan Israel. Kalau ada pun mungkin dari orang persendirian dan bukannya dari pihak syarikat Shaklee. 

Sekarang, dengan penjelasan diatas, memang tiada alasan untuk kita semua memboikot produk Shaklee. Bagi Mia pula, produk Shaklee bukanlah sesuatu yang memudaratkan tetapi ia adalah produk suplemen kesihatan yang telah banyak membantu Mia untuk menjadi lebih sihat dengan izin Allah. Lainlah macam rokok tu kan, memang wajib diboikot sebab boleh sebabkan kemudaratan. 

Selain itu, sumber produk Shaklee ini adalah dari hasil semulajadi, ia diperbuat daripada pokok-pokok herba, tanam-tanaman yang ditanam tanpa menggunakan racun perosak, dikawal kualitinya dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Dan yang paling penting, ia telah disahkan HALAL oleh Islamic Service of America (ISA). ISA adalah salah satu badan halal Amerika Syarikat yang telah diiktiraf oleh JAKIM.  

Jadi, diharap selepas ini sudah tiada kekeliruan tentang masalah Shaklee dengan Israel ini. Apa yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. 

Pesanan Ikhlas daripada:

MiaZain
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...