Monday, December 12, 2016
Assalamualaikum semua...

bonus pengedar shaklee
Bercerita tentang bonus ni, mesti ramai yang tertarik kan. Tapi, kalau nak cerita tentang bonus Shaklee ni mesti tak menarik perhatian korang pon kan. 

Tapi kalau Mia tunjukkan gambar kat bawah ni, akan menarik minat korang tak untuk terus membaca entry ni? hihi...

bonus pengedar shaklee

Untuk pengetahuan korang, maklumat yang terdapat dalam gambar diatas ni adalah bonus yang salah seorang pengedar Shaklee dapat untuk satu bulan. Yea, untuk sebulan. Waktu ni beliau baru berada di pangkat yang kedua. Haa, dah lebih gaji engineer, lecturer semua tu tau. Bayangkan kalau anda seorang surirumah atau pelajar atau sedang berkerja makan gaji, belum tentu lagi boleh dapat pendapatan sebanyak ni setiap bulan kan. 

Mia dan ceritakan sebelum ni yang bonus Shaklee ni unik sebab tiada had pun seseorang tu dapat. Kalau berusaha lebih, maka makin banyak la dia dapat. Korang boleh baca di entry Bonus Shaklee Malaysia Yang Lumayan dan Unik

Sebenarnya, keuntungan dalam bisnes Shaklee bukanlah hanya dari perbezaan harga jualan sahaja, tetapi apabila melepasi point yang tertentu, kita akan dapat bonus jualan juga. Selain itu banyak lagi bonus lain yang ditawarkan dalam bisnes ini. Mia akan terangkan satu persatu yea. 


Bonus Pengedar Shaklee

Bonus pengedar Shaklee Malaysia terdiri daripada 3C iaitu Cash (dalam bentuk tunai), Car (dalam bentuk tunai) dan Convention (dalam bentuk percutian). 

A. Cash

1. Untung Runcit 
Untung runcit adalah perbezaan harga yang anda bayar untuk produk yang dibeli daripada Shaklee dengan harga yang dijual kepada pelanggan. Lebih 20-30 % untung runcit yang anda boleh dapat untuk satu-satu prouk yang dijual.

2. Bonus Peribadi
Bonus peribadi adalah pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan volum belian kumpulan bulanan. Semakin banyak volum belian, semakin banyak bonus yang akan dapat. Sebanyak 5-21% bonus yang akan dibayar kepada ahli shaklee yang layak setiap bulan

3. Bonus Kumpulan
Jika ahli berjaya mendaftarkan ahli baru dibawahnya, samada keahlian tersebut untuk bisnes atau ahli baru tersebut ambil produk untuk kegunaan sendiri, UV ahli tersebut akan di kira sebagai Group UV anda. Makin besar GUV anda makin besar peratusan bonus anda dikira.

4. Bonus Kepimpinan 
Bonus ini ditawarkan kepada ahli yang bergelar pemimpin perniagaan (Business Leader - BL). Shaklee menawarkan LB hingga ke level 6 dalam sesuatu kumpulan.

LB1 - Leadership Bonus 1
LB2 - Leadership Bonus 2
LB3 - Leadership Bonus 3
LB4 - Leadership Bonus 4
LB5 - Leadership Bonus 5

LB6 - Leadership Bonus 6

5. Insentif Coordinator – Jika anda berjaya melatih ahli bawah anda sehingga mereka dapat membentuk kumpulan mereka sendiri kita akan mendapat Insentif Coordinator.

Semua bonus ini dibayar SETIAP BULAN mengikut prestasi pada bulan sebelumnya.

Jadi Prinsip Bisnes Shaklee ini adalah Berkongsi dan bantu orang lain untuk menambah nilai dari segi Kesihatan, Kewangan dan Gaya Hidup.

B. Bonus Subsidi Kereta
Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif tajaan Shaklee untuk semua Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.


Pemimpin Jualan yang layak akan memperoleh kredit kereta setiap bulan apabila mereka memenuhi syarat prestasi minimum untuk Program Subsidi Kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan. 

C. Convention

Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Trip ini terbuka kepada semua pemimpin perniagaan yang memenuhi syarat kelayakan.

Trip yang ditawarkan bertaraf 6 bintang dan 100% tajaan syarikat. Selain tawaran melancong, pilihan ziarah dan umrah juga ditawarkan kepada penganut Islam.


Banyak kan bonu yang ditawarkan oleh pihak Shaklee. Bonus ni sangat adil. Siapa yang buat, dia yang akan dapat. Kadang-kadang ada juga downline yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi daripada upline nya sebab mereka lebih berusaha. Jadi, dalam Shaklee memang tiada isu penindasan atau kita yang buat kerja, orang lain yang dapat. Tapi kalau kita berusaha, kita sendiri yang akan dapat. 

Dah berapa ramai jutawan yang dilahirkan dalam Shaklee. Dalam kumpulan yang Mia masuk ni juga, iaitu kumpulan iReach, memang ramai yang telah berpangkat Master, iaitu pangkat yang tertinggi dalam Shaklee. Dah ramai melahirkan leader yang hebat-hebat. Jadi, buat apa kita nak tunggu lagi. Kejayaan ini memerlukan masa dan pengorbanan. Tak kan kita nak tengok orang lain je yang berjaya. Sampai bila kita nak duduk di takuk yang lama, dibelenggu dengan hutang, tak boleh nak tolong orang, tak boleh nak bantu keluarga. Ubahlah hidup kita. Peluang memang terbuka luas, kita je yang tak nak ambil. Memang sangat rugi.

bonus pengedar shaklee

Kalau anda nak tahu lebih lanjut lagi mengenai bisnes ni, boleh hubungi Mia k.

MiaZain
012.928.3726
Shaklee Bisnes Yang Menguntungkan...

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...