Friday, December 23, 2016
Assalamualaikum...

Sekarang ni dah jadi trend kan orang buat bisnes online menggunakan istagram. Dah ramai yang berjaya buat duit menggunakan medium istagram. Kalau dulu fungsi instagram ni adalah sebagai platform untuk berkongsi gambar dan kenangan manis bersama keluarga dan teman-teman, dan bukannya untuk berbisnes. Tapi sekarang makin ramai yang membuat bisnes disana. 

Percaya atau tidak, lebih 300 juta pengguna aktif yang menggunakan istagram setiap hari. Jadi, memang rugi la kan kalau tak buat bisnes menggunakan medium ini. Lagipun, penggunaan istagram lebih mudah. Pengguna lebih mudah untuk mencari apa yang hendak dibeli. Sekira betul caranya, memang boleh sangat buat duit dengan menggunakan istagram ni.
tips bisnes, tips instagram, jana income melalui instagram

Jadi, Mia nak kongsikan tips yang boleh digunakan untuk melariskan jualan anda diinstagram. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman Mia yang sekarang ni dah ada 2 akaun di instagram untuk tujuan berniaga. 


5 Tips Marketing Istagram yang Berkesan untuk Mereka Yang Ingin Memulakan Bisnes

1. Asingkan akaun instargam
Adalah dinasihatkan supaya anda tidak mencampurkan hal personal dan bisnes dalam satu akaun instagram. Kalau boleh asingkan akaun untuk personal dan akaun untuk berbisnes. Kan sekarang ni dah boleh buat banyak akaun tanpa gunakan apa-apa aplikasi pon kan. Jadi, banyak-banyak akaun pun tak pe. Lebih senang kalau diasingkan akaun tersebut supaya bakal prospek lebh senang untuk melihat produk yang diminati.

2. Optimumkan profile page instagram anda
Terdapat 3 elemen yang perlu dikemaskini supaya prospek yang datang ke kedai instagram kita tu terus jatuh cinta pandang pertama dengan kedai kita. Iaitu nama akaun instagram, gambar profile instagram dan perihal mengenai akaun instagram. 

Gunakan nama yang mudah untuk orang ingat dan sebut. Untuk gambar profile pula, anda boleh gunakan gambar produk (sekiranya ada produk), ataupun gambar selfie anda sendiri. Dan pastikan anda tidak kerap menukar gambar supaya prospek lebih senang untuk ingat akaun instagram kita. 

Untuk perihal mengenai akaun kita pula ataupun biography kita masukkan point-point yang menarik untuk pelanggan membeli (contohnya promosi yang sedang berlangsung), alamat serta waktu operasi (sekiranya ada bukit atau kedai), dan nombor untuk dihubungi. 

3. Public akaun
Ini tips yang sangat penting. Ubah setting akaun anda kepada public supaya lebih ramai prospek yang akan follow akaun kita. Cuba bayangkan kalau ada prospek yang berminat untuk tahu tentang produk kita, tetapi kita telah privatekan akaun kita, akan buatkan mereka hilang semangat untuk membeli kerana terpaksa menunggu kita untuk approve dahulu dan mereka hanya boleh lihat instagram kita dikemudian hari. Belum tentu lagi mereka akan ingat untuk melihat akaun instagram kita setelah kita approve mereka.

4. Tingkatkan jumlah follower
Kalau dibandingkan dengan instagram yang mempunyai sedikit follower dan ramai follower, mesti kita akan membeli dengan instagram yang mempunyai ramai follower kan. Sebab dengan follower yang ramai, pembeli akan lebih yakin dan percaya bila berurusniaga dengan penjual. Follower juga akan meningkatkan kredibiliti kita sebagai penjual. 

Tetapi harus pandai mencari follower, pastikan lebih ramai targeted follower yang follow akaun instagram kita.

5. Gambar yang cantik
Perkara pertama yang prospek akan lihat dulu adalah gambar. Selepas gambar, barulah mereka akan membaca caption kita. Jadi, sangat penting untuk meletakkan gambar yang cantik, yang boleh menarik perhatian mereka untuk membeli. Biarkan gambar ringkas, tetapi sampai mesej yang nak disampaikan tu. Kalau gambar testimoni pastikan meletakkan perkataan yang boleh menarik mereka untuk membeli. Dan pastikan gambar jelas dan tidak serabut


Sebenarnya senang je untuk buat bisnes melalui instagram ni. Kena rajin je update gambar. Ok, cukup la dulu 5 tips ni. Yang penting selalu update dan tingkatkan follower... hihi

Dan jangan lupa follow akaun instagram Mia k... @mia_mzain

Sharing is caring
-MiaZain-

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...