Thursday, November 24, 2016
Assalamualaikum semua...

Hari ni Mia nak kongsikan tentang vitamin yang bagus diamalkan semasa kehamilan yang mana Mia sendiri pun amalkan vitamin ini dari awal kehamilan sehinggalah waktu bersalin.

Waktu hamil memang waktu yang kritikal bagi orang perempuan, tambah-tambah lagi sekiranya itu adalah kehamilan yang pertama. Jadi, kita perlu tahu keperluan tubuh badan kita supaya kita dan anak yang dikandung selamat dan sihat. Waktu ini lah kita harus berjaga-jaga tentang pemakanan yang diambil kerana banyak makanan yang tidak elok diambil kerana dikhuatiri akan menjejaskan kandungan. 

vitamin untuk ibu hamil, vitamin ibu hamil

Jadi, bagi Mia sangat lah penting untuk kita mengamalkan vitamin untuk mencukupkan keperluan diri kita sendiri dan anak yang dikandung. Memang tak dinafikan, ramai yang cakap kita boleh dapatkan nutrien yang kita perlukan tu melalui pemakanan yang seimbang. Tetapi kalau kita tengok sekarang, cara pemakanan kita dah tak seimbang. 

Contohnya makanan lemak diambil berlebihan, cara masakan juga mengurangkan nutrien dalam makanan, banyak makanan berproses dan segera, tidak mengambil sayur dan buah setiap hari dan sebagainya. Tambahan pula sekarang ni sayur-sayuran, buah-buahan banyak yang mengandungi racun kerana terlalu banyak menggunakan racun perosak.

Jadi, Mia tak rasa kita boleh dapat nutrien yang cukup hanya daripada makanan sahaja. Tambahan pula, ada sesetengah ibu hamil tidak boleh makan atas sebab alahan, mual, loya, muntah-muntah yang teruk dan sebagainya. Jadi, sangat penting ibu hamil untuk mengambil vitamin sejak dari awal kandungan kerana ia boleh mengelakkan dari berlakunya kecacatan bayi. Boleh baca di SINI mengenai kecacatan yang boleh berlaku akibat kekurangan nutrisi.

Waktu hamil ni macam-macam masalah kesihatan yang akan berlaku. Antaranya adalah:

  • Alahan, Mual, Muntah (simptom morning sickness)
  • Tiada selera untuk makan
  • Anemia (boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran dan tumpah darah)
  • kekejangan kaki
  • sakit pinggang
  • keletihan
  • emosi tidak menentu
  • tiada tenaga
Dan melalui pengalaman Mia, kebanyakkan daripada masalah-masalah ini berpunca daripada masalah kekurangan nutrien dalam badan kita. Walaupun kita dah ambil banyak vitamin, tetapi dengan cara yang salah juga akan menyebabkan kita kekurangan nutrien. Sebab tu penting kita ambil dengan cara yang betul. 

Jadi, Mia nak kongsikan vitamin yang boleh mencukupkan nutrien kita sekiranya diambil dengan cara yang betul dan boleh mengelakkan kita daripada masalah diatas. Ibu mana yang tak nak anaknya sihat kan, dan dalam masa yang sama kita masih boleh buat kerja juga walaupun semasa mengandung. Bukan lah terpaksa berbaring sahaja. 

Waktu kehamilan yang lepas, untuk trimester pertama, Mia cuma ambil 4 vitamin sahaja iaitu:
vitamin untuk ibu hamil, vitamin ibu hamil

1. Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea adalah multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin & mineral yang sangat diperlukan oleh badan. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) untuk mengelakkan masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

2. Vitamin B Complex
B Complex ni lengkap dengan asid folik dan juga 8 jenis vitamin B lain. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

3. Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

4. OsteMatrix (kalsium, magnesium)
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D & mineral lain. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Ostematrix juga boleh mengelakkan daripada kekejangan (cramp) dan sembelit.


Dan pada trimester ke2 & 3, Mia hanya menambahkan Omega Guard dan ESP sahaja dalah rutin harian bersama vitamin-vitamin yang diperlukan pada trimester pertama.
vitamin untuk ibu hamil, vitamin ibu hamil

1. Omega Guard
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan dan boleh mengawal berat badan ibu ketika hamil.

2. Energizing Soy Protein, ESP
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Apa yang Mia nak kongsikan sangat tentang keberkesanan Vitamin ini, melalui pengalaman mengandungkan anak pertama dan yang kedua dimana Mia cuma mengamalkan vitamin ini ketika mengandungkan anak kedua sahaja, dan Mia dapati memang banyak perbezaannya ketika mengamalkan vitamin ini dengan tidak mengamalkannya. Apa yang Mia perhatikan, semua masalah yang Mia hadapi waktu mengandungkan anak pertama, Mia dah tak alaminya ketika anak kedua. Antaranya adalah:
  • tiada masalah kejang kaki (cramp)
  • tiada masalah anemia
  • badan sentiasa bertenaga (rasa macam tak mengandung pun)
  • kenaikan berat badan ketika hamil terkawal
  • simptom morning sickness sangat sedikit
  • kurang rasa letih dan mengantuk
  • tidak mengalami sakit pinggang yang teruk
Memang banyak sangat perbezaannya sekiranya mengamalkan vitamin ini dengan tidak mengamalkannya. Mia boleh buat banyak kerja, sebab rasa sangat bertenaga. Dan bersyukur jugak sebab boleh jaga anak yang pertama tu ketika hamil. 

Dan yang lagi bestnya, vitamin ni:
  • harganya yang sangat berbaloi
  • semulajadi (bukan sintetik)
  • tidak memberi sebarang kesan sampingan negatif
  • bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • juga sesuai dijadikan set berpantang
  • terbukti selamat dan berkesan
  • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil dan anak dalam kandungan
  • tahan berbulan-bulan
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga
Dan, pengambilan nutrisi yang lengkap ini juga bagus untuk kepentingan anak dalam kandungan. Ia adalah kunci utama untuk:
  • perkembangan otak dan minda bayi dengan sempurna
  • untuk mengurangkan risiko kecatatan
  • dapat mengurangkan risiko keguguran
  • perkembangan bayi yang sihat
Harga Vitamin untuk ibu hamil ini adalah bergantung kepada set yang anda ambil. Contohnya harga untuk vitamin ibu hamil sewaktu trimester pertama (vitalea, b-complex, vitamin C dan ostematrix) berharga RM 296 untuk 4 bulan, iaitu bersamaan dengan RM 74 sahaja sebulan. 

Untuk kepentingan anak yang dikandung, tentu kita tidak berkira untuk memperuntukkan hanya RM 74 sahaja sebulan kan. Bukan sahaja anak yang dapat manfaat, kita juga turut terkesan untuk jangka masa panjang. Dan rata-rata yang mengambil vitamin ini mengatakan mereka dipermudahkan untuk bersalin tanpa perlu digunting pun. Memang la itu rezekinya, tapi tak salah kalau kita berikhtiar kan. 

Bagaimana cara makan vitamin untuk ibu hamil ni?
Cara makan adalah berbeza bagi setiap individu kerana keperluan mereka adalah berbea bergantung kepada masalah masing-masing. Contohnya ibu hamil yang mengalami masalah anemia tentunya berbeza cara makannya berbanding dengan ibu hamil yang mengalami masalah kencing manis. Betul kan? kerana mereka memerlukan nutrisi yang berbeza.

Cara makan exclusive dan cunsultation hanya akan Mia berikan kepada customer Mia sahaja yea...

Jadi, untuk berikan yang terbaik untuk anak, haruslah cari yang terbaik. Dan Mia sangat cadangkan untuk anda mengambil vitamin ini sewaktu hamil. Bukan sahaja berkesan, malah dihasilkan dari sumber yang semulajadi. Boleh hubungi Mia untuk dapatkan maklumat lanjut dan Mia akan cadangkan yang terbaik mengikut masalah dan bajet anda. 

Mia doakan anda dan anak dalam kandungan anda sentiasa sihat dan dapat dilahirkan dengan selamat. Waktu mengandung ni lah antara momen yang sukar untuk kita lupakan, jadi, jangan jadikan waktu hamil ini antara tragedi yang tidak dapat kita lupakan kerana banyak maslah. Hadapinya dengan tenang dan dapatkan nutrisi yang secukupnya dengan mengambil vitamin ini...
Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...