Wednesday, November 16, 2016
1
Orang kata rambut tu ibarat mahkota seorang wanita. Kalau rambut asyik gugur je, hilanglah mahkota wanita tersebut. Tetapi kalau orang lelaki pula yang mengalami masalah rambut gugur ni macam mana pula? hehe... Boleh hilang keyakinan kita kan apabila kepala dah botak disebabkan rambut gugur.

Secara puratanya, rambut kita akan gugur sebanyak 100-150 helai sehari. Perkara ini adalah normal. Yang tak normalnya adalah bila rambut kita gugur dengan banyak. Sehinggakan bersepah rambut yang gugur dilantai, atau sehinggakan lubang air keluar dalam tandas tersekat dengan rambut kita, atau bila kita sikat rambut, banyak rambut yang tersekat di sikat tersebut. Inilah yang dikatakan tidak normal. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan kepala kita jadi botak.

Tips elakkan rambut gugur, Cara mengatasi rambut gugur, masalah rambut gugur, elakkan rambut gugur


Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca rambut gugur, antaranya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, mengalami tekanan, putus haid (menopos), selepas bersalin dan juga berpunca daripada masalah genetik.

Keguguran rambut terjadi apabila seseorang mengeluarkan banyak hormon lelaki iaitu hormon androgen atau dikenali sebagai bertukar menjadi hormon dihydrotestosterone (DHT). Proses penukaran itu membahayakan folikel rambut dan boleh menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal. Kebiasaannya, dalam kitaran rambut yang seimbang, jumlah pertumbuhan rambut adalah sama dengan bilangan rambut yang gugur. Jadi, keguguran rambut berlaku apabila rambut gugur melebihi pertumbuhan rambut.

Tips untuk mengelakkan rambut gugur

  1. Untuk mengeringkan rambut selepas mandi, luruskan rambut terlebih dahulu dengan menyikat rambut supaya tidak kusut
  2. Biarkan rambut kering sendiri tanpa menggunakan pengering rambut.
  3. Gunakan sikat yang bergigi jarang
  4. Selalu potong hujung rambut agar tidak bercabang kerana masalah rambut bercabang boleh menyebabkan rambut mudah gugur
  5. Jangan terlalu kerap mengikat rambut terlalu ketat
  6. Tidur menggunakan bantal yang berkain kapas supaya rambut tidak melekat di bantal

Kenapa Masalah Rambut Gugur perlu di pandang serius!!!

Masalah rambut gugur ni bukan sahaja boleh menjadikan kepala kita botak, malah boleh membuatkan kita berasa kurang keyakinan untuk berdepan dikhalayak ramai, melainkan kaum wanita yang bertudung. Selain itu, masalah keguguran rambut ini member petanda buruk kepada kaum wanita.

Seperti yang mia terangkan sebelum ni, masalah keguguran rambut ni disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang. Kandungan hormon lelaki (androgen) lebih banyak berada dalam badan kita. Ini boleh membahayakan kaum wanita kerana apabila hormon lelaki lebih banyak berada dalam tubuh seorang wanita, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti polycystic ovarian cyst.

Selain itu, masalah keguguran rambut ini juga boleh membawa kepada masalah lain seperti masalah obesiti, jerawat dan haid yang tidak tetap. Jadi, kepada mereka yang mengalami masalah keguguran rambut tu, janganlah pandang enteng dengan perkara ini kerana ia boleh membawa kepada masalah lain yang mungkin lebih teruk.

Apa yang Shaklee boleh bantu untuk mengatasi masalah rambut gugur?

Ramai yang tahu kebanyakkan produk Shaklee adalah suplemen yang kena makan je semata, tapi sebenarnya Shaklee juga ada produk penjagaan rambut secara luaran. Antara produk yang sangat bagus untuk mengelakkan rambut gugur adalah:

Penjagaan rambut secara luaran

Tips elakkan rambut gugur, Cara mengatasi rambut gugur, masalah rambut gugur, elakkan rambut gugur

1.  Revitalizing Shampoo
Apa yang menariknya syampu ini adalah ia diformulasikan dengan humektan dan protein berasaskan sayuran untuk menghasilkan kutikel rambut yang licin. Fungsi syampu ini adalah untuk mengimbangi kulit kepala, menyemai anak rambut, membantu mengurangkan rambut kusut dan mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan rambut.

Setiap kali menggunakan syampu ini akan membuatkan rambut kita;
a) BERSIH – Syampu ini menyingkirkan minyak berlebihan, kotoran dan lebihan produk dandanan
b) KUAT – Syampu ini tidak akan mengeringkan rambut, jadi kutikel rambut sentiasa licin dan tahan dari rosak, walaupun rambut dalam keadaan basah
c) LANTUNAN – Syampu ini yang bersifat anti-statik dan tidak membuatkan rambut menjadi sangat kering membolehkan ia mengekalkan flex dan daya tahan semulajadi rambut
d) MENYEGARKAN – Menampilkan Scalp Health Complex untuk menenangkan dan melembapkan kulit kepala supaya kulit kepala rasa selesa dan bertenaga

2. Lightweight Conditioner
Lightweight conditioner berfungsi untuk mengimbangi kadar pH pada kulit rambut dan menjadikan kulit kepala sentiasa hidrasi. Ramuannya yang berasaskan tumbuhan semulajadi akan melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikan ianya terlalu melekit dan menghasilkan rambut yang lebih tebal, berkilat dan subur.

Bila kita amalkan penggunaan 5-6 kali seminggu akan membantu menebalkan dan penstrukturan semula permukaan bilah rambut supaya ia kelihatan dan rasa:
a) RINGAN – Menyuburkan dan melindungi rambut tanpa memberatkannya
b) BEBAS KUSUT – Pelembap ringan melicin dan mengasingkan rambut supaya sikat mudah digerakkan walaupun rambut dalam keadaan basah mahupun kering
c) MUDAH DIURUS – Agen kondisioner semulajadi melembutkan rambut dan menghapuskan statik untuk memudahkan pengendalian dan penggayaan
d) MENEBALKAN – Meningkatkan kekuatan dan kelihatan berkilat disamping membantu menebalkan rambut halus supaya lantunannya kekal cantik

3. Nourishing Scalp Treatment
Nourishing Scalp Treatment berfungsi untuk menormalkan kulit kepala untuk menyediakan persekitaran untuk rambut yang lebat dan bersinar. Ia akan merawat ke pangkal masalah dengan serum derma-tersedia yang merangsang peredaran darah, melindungi dari serangan persekitaran dan menyediakan ramuan yang boleh menyuburkan kulit kepala.

Kelebihan Nourishing Scalp Treatment:
a) Terbukti dapat mengurangkan rambut gugur sewaktu menyikat rambut dan rambut lebih tebal dan kuat
b) Mengandungi kompleks eksklusif yang sangat derma-tersedia yang diperoleh secara semulajadi didalam bentuk rawatan yang kuat untuk membantu rambut lebih sihat
c) Formula tanpa bilasan, sangat lembut untuk digunakan setiap hari bagi member manfaat yang segera dan memberangsangkan
d) Diserap dengan segera dan tidak berminyak
e) Bersih dan berbau segar (bauan botani), tidak menggunakan bauan tambahan
f) Mempunyai pH yang seimbang dan selamat untuk semua jenis rambut walaupun diperm atau diwarna

Penjagaan rambut secara dalaman

Tips elakkan rambut gugur, Cara mengatasi rambut gugur, masalah rambut gugur, elakkan rambut gugur

1. ESP (Soy Protein  Isolate Powder)
Sebenarnya rambut kita ni, 97% daripadanya adalah protein. Rambut kita sangat-sangat perlukan protein kerana 19 daripada 22 jenis asid amino (iaitu protein) diperlukan untuk membentuk rambut kita supaya kekal sihat, lebat, kuat dan sebagainya. Jadi kita memerlukan sumber protein untuk menangani masalah rambut gugur ini. Antara tanda-tanda kita kurang protein adalah apabila rambut kita menjadi bercabang, retak, kering, cepat putus, rambut yang halus dan kurang bersinar.

ESP adalah sumber protein yang lengkap dan berkualiti, berasaskan tumbuhan yang secara semulajadinya rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. B-complex
B-complex ini mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang sangat diperlukan oleh badan untuk menggantikan vitamin B yang hilang. Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan oleh tekanan hidup yang tinggi. Dan vitamin B-complex ni adalah jawapan kepada masalah tekanan anda.

Bagaimana Vitamin B-complex ini boleh membantu anda menyelesaikan masalah rambut gugur ini:
a) Vitamin B-complex anak membentuk rambut yang sihat
b) Mempercepatkan kadar pertumbuhan rambut
c) Menguatkan akar rambut supaya tidak tercabut
d) Membantu mengekalkan warna rambut untuk mengelakkan rambut beruban
e) Mampu untuk menstabilkan emosi dan menguruskan tekanan yang menjadi salah satu faktor rambut senang gugur

3. Vita-lea (Multivitamin)
Formula Vita-lea yang sangat unik lengkap dengan 12 jenis vitamin dan 7 mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita untuk menjalankan setiap fungsinya dengan teratur. Didalam vita-lea juga mengandungi zat besi yang membantu untuk menangani masalah rambut gugur ini. Kekurangan zat besi dalam badan bukan sahaja menyebabkan masalah anemia, tetapi juga boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Zat besi akan membantu pertumbuhan rambut.


Jadi, jangan pandang ringan sekiranya anda sedang mengalami masalah keguguran rambut. Hal ini kerana keguguran rambut yang berterusan akan menyebabkan kepala botak, kurang keyakinan terhadap diri sendiri dan lebih teruk kita akan sentiasa stress dengan keadaan yang berlaku. Perlu bertindak sekarang untuk mengawal rambut gugur daripada menjadi lebih teruk.


Suplemen yang dicadangkan diatas adalah sesuai dengan semua golongan, baik lelaki mahupun perempuan, samada ibu hamil, menyusu pun masih boleh mengambil suplemen ini. Sekiranya anda perlukan suplemen ini, boleh whatsapp mia k.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

1 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...