Friday, November 25, 2016
Assalamualaikum semua...

Minggu lepas geng Shaklee sertai percutian ke Langkawi yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Ini adalah salah satu ganjaran yang diberikan kepada ahli Shaklee yang telah berkerja keras dalam menjalankan bisnes Shaklee. Jeles woo tengok gambar diorang ni. Seronok sangat. 

Kalau korang dan bershaklee mesti tahu tentang trip ni kan. Setiap tahun Shaklee akan menawarkan trip percuma kepada mereka yang berkelayakan (mengikut point yang telah ditentukan). Selalunya setiap tahun akan ada tiga trip, iaitu National Trip (trip dalam negara), International Trip (trip ke luar negara) dan Umrah Trip (Trip untuk mengerjakan umrah dan ziarah). 
shaklee trip, melancong secara percuma, trip percuma shaklee

Pertengahan tahun 2016 hari tu dah berlangsungnya International trip. Semua yang layak dapat pergi ke Orlando. Dan untuk National trip, mereka telah ke Langkawi minggu lepas. Trip ini sangat eksklusif. Ia hanya boleh pergi sekiranya mempunyai point yang cukup, dan tidak boleh ditukar dengan wang ringgit. 

Dan yang paling best lagi, kita boleh bawak keluarga kita, termasuklah suami, mak, ayah, mak mertua, ayah mertua, anak (4 tahun keatas) dan adik beradik yang belum berkahwin. Haa, bestkan. Sebab tu bisnes Shaklee ni dikatakan sebagai bisnes keluarga. Ke mana sahaja acara Shaklee mesti dipenuhi dengan anak-anak. Tu yang paling best.

Kenapa Mia katakan yang Shaklee Trip ni Tak Patut Dilepaskan? Semua yang buat bisnes Shaklee ni mesti target untuk dapatkan trip ni. Ok, Mia terangkan kenapa trip ni memang wajib kena dapat yea... Sebabnya:

1. Semuanya PERCUMA
Haa, siapa yang tak nak pergi kan kalau semuanya diberi percuma. Semua orang nak pergi. Tiket pergi-balik, tempat tinggal, luggage, baju sejuk (sekiranya pergi tempat iklim sejuk), kelengkapan menunaikan umrah (sekiranya ke umrah, contohnya: telekung, kain ihram, buku panduan, dll), tiket masuk ke tempat-tempat menarik, dan lain-lain lagi.

Tempat tinggal tu bukannya dorm ke apa, memang akan duduk dekat hotel yang bertaraf 5-6 bintang. Kalau pergi umrah, mesti dapat hotel yang dekat dengan Masjid. Cohntohnya macam di Langkawi haritu, geng Shaklee ditempatkan di Westin Hotel & Spa. Hotel bertaraf 5 bintang dan rata-rata biliknya berharga RM700-1000. haa, banyangkan lah betapa mewahnya dorang ni.

2. Dapat duit belanja
Haa, bukan je ditanggung semua percuma, tapi siap bagi duit belanja lagi. Duit ni akan diberikan secara tunai kepada setiap mereka yang pergi. Jadi terpulang pada kita untuk gunakan untuk apa pun. Kalau tak habis guna boleh simpan.

3. Layanan 1st class
Layanan memang tip top. Siap ada karpet merah lagi. Semuanya telah diaturkan dengan teliti. Macam kat langkawi hari tu, masuk je hotel siap disambut dengan paluan kompang dan dipakaikan bunga lagi. Petang tu pulak, ada makan malam sambil tengok matahari terbenam. Setiap hari akan ada je surprise gift yang pihak shaklee letakkan atas katil dalam bilik. Waa, sangat best kan. Terasa diri sangat dihargai. 

Rasanya cukup la 3 perkara dulu Mia ceritakan hari ni. Nanti Mia sambung lagi keistimewaan trip ni. Trip tahun hadapan mereka akan naik kapal star cruise pulak, naik dari penang, singgah ke Phuket dan Krabi, kemudian balik semula ke Penang. Yang ni memang bengkak kot hati kalau tak dapat join. Satu tiket nak naik cruise tu bukan la murah, mahal kot. Kemudian untuk international trip, mereka akan ke jepun untuk tengok bunga sakura. Sangat best. 

Sebab tu semua ahli Shaklee akan pulun habis untuk dapatkan trip percuma ni. Bukan senang orang nak beri trip percuma layanan 1st class ni kan. Kalau kita pergi melancong sendiri pun belum tentu kita akan duduk di hotel yang mewah-mewah. Untuk jimatkan kos, kita mungkin akan tinggal di hotel-hotel bajet je kan. 

Kalau korang masih belum menjadi ahli Shaklee, cepat-cepatlah jadi ahli Shaklee supaya boleh rebut peluang yang best ni. Kalau nak tahu lebih lanjut macam mana nak dapatkan trip percuma ni boleh hubungi Mia k. Mia akan ceritakan nanti. Kalau nak ceritakan kat sini, panjang lebar pulak penerangannya. Tu lah Mia cakap, bila dah berShaklee ni, bukan je sihat yang kita dapat, tapi boleh dapat income tetap, dapat ilmu, dapat bercuti secara percuma dan macam-macam lagi. 

Ok, jangan lupa hubungi Mia untuk tahu lebih lanjut mengenai trip percuma ini k.

-With Love- 
MiaZain
012-928 3726

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...