Saturday, November 26, 2016
Semua orang kalau boleh nak kulit yang cantik kan. Dah jadi lumrah untuk setiap insan tak kiralah samada lelaki mahupun wanita nakkan kulit yang cantik. Tiada siapa pun yang nak kulit yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tak sekata dan macam-macam lagi kan. Kulit yang cantik akan tingkatkan keyakinan kita untuk berdepan dengan orang lain. Tetapi, bila kulit kita bermasalah, kita jadi segan untuk keluar bersosial bersama orang disekeliling.
set cantik shaklee, atasi masalah jerawat, kulit muka berminyak

Jadi, hari ni Mia nak share pengalaman Mia sendiri sewaktu mengambil set cantik Shaklee ni. Sebenarnya Mia tak ambil pun set penuh, bajet la katakan. Lagipun waktu mula-mula ambil tu Mia menyusukan anak pertama Mia, dan dalam masa yang sama ambil milkbooster shaklee juga. Lebih kurang sama je produknya. Kalau untuk milkbooster tu produknya adalah ESP (Energizing Soy Protien) dan Alfalfa. Dan untuk produk set cantik ni Mia cuma tambah Vitamin C je. Sangat jimat kan. 

Sebenarnya vitamin-vitamin ni bukanlah spesifik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya macam yang Mia ambil untuk milkbooster tu sebenarnya kebaikannya bukan hanya untuk dapatkan susu badan yang banyak, tetapi ia juga bagus untuk dapatkan kulit yang cerah. Dan Vitamin C tu bukan sahaja untuk dapatkan kulit yang cantik, tetapi bagus juga untuk tingkatkan imun badan kita. Bila kita menyusukan anak, sistem imun badan anak juga turut meningkat. Tu la Mia cakap, memang tak rugi kalau berhabis duit untuk beli vitamin. Sebab bila beli vitamin untuk cantikkan kulit, sihat pun kita dapat jugak.

Berbalik pada tajuk kita tadi, dah panjang pulak membebelnya...

Pengalaman Sendiri Berbalik semula pada pengalaman Mia sendiri bila ambil ESP, Vitamin C dan Alfalfa untuk selesaikan masalah kulit muka Mia, sebenarnya masalah kulit muka Mia takde lah teruk sangat. Jerawat pun ada la dalam 2,3 ketul yang selalu tumbuh tu. Tapi masalahnya bila dah ada jerawat tu, mula gatal tangan nak gi picit. 

Bila dah picit, mesti akan bertambah teruk. Kadang-kadang tu sampai luka tempat jerawat yang dipicit tu. Bila dah luka tu memang lambat la nak sembuh kan. Sebelum ni jugak kulit muka Mia jenis berminyak kat zone T tu. Kalau bangun pagi tu memang akan berminyak la muka. 

Tapi, selepas ambil set cantik Shaklee ni, masalah kulit muka berminyak dah hilang. Waktu tu baru ambil 2,3 minggu. Memang nampak perubahannya. Dan yang paling best, jerawat memang jarang tumbuh dah. Dalam sebulan tu adalah sekali macam tu. Kalau tumbuh pun, dia takkan timbul tinggi macam biasa tu. 

Lepas 2, 3 hari jerawat tu kecut sendiri. Bak kata orang jerawat tu tak sempat masak, selalunya jerawat tu dah nampak putih macam tu, orang cakap jerawat tu dah masak/matang kan, haa, ni memang jerawat tu naik sikit je, lepas tu memang dia akan kecut balik. Best sangat tau, memang tak sempat la Mia nak kutis-kutis jerawat tu. Kulit pun jadi lebih cerah. 

Bila dah amalkan 3 vitamin ni, bukan boleh cantikkan kulit muka je tau, tapi ada side effect pulak. Tapi ini side effect positif tau. Antaranya susu badan makin meriah. Eh, kalau korang bukan ibu menyusu dan korang ambil vitamin-vitamin ni, tak semestinya akan keluar susu badan pulak tau. Vitamin-vitamin tu akan pergi ke tempat yang lain yang diperlukan. Jangan salah faham pulak yea. Selain tu, bila amalkan vitamin ni, memang berat badan maintain je. 

Tiga  produk ni memang kombinasi terbaik untuk mencantikkan kulit muka. Sekiranya korang ada JERAWAT, PARUT HITAM, PARUT BERLUBANG, MUKA BERMINYAK, TONA KULIT TAK SEKATA, KULIT KUSAM TAK BERMAYA, mia sangat-sangat cadangkan korang ambil set ni ESP, VITAMIN C dan Alfalfa ni. 

Kebaikan ESP untuk kecantikkan kulit muka


  1. Mengawal pertumbuhan jerawat
  2. Memperbaharui sel kulit yang telah mati
  3. Memudarkan parut jerawat & jeragat
  4. Menghilangkan garis penuaan & kedutan
  5. Mengawal pengeluaran minyak di muka
  6. Kulit lebih lembap, tegang dan sihat

Kebaikan Vitamin C untuk kecantikkan kulit muka

  1. Merangsang pembentukan kolagen swmulajadi kulit
  2. Mencerahkan kulit muka
  3. Mengecutkan jerawat
  4. Melindungi daripada sinar uv matahari
  5. Tona kulit menjadi lebih sekata
  6. Membantu masalah kulit sensitif seperti masalah sensitif & eczema

Kebaikan Alfalfa untuk kecantikkan kulit muka

  1. Mengembalikan pH badan yang berasid, kerana ia bersifat alkali
  2. Menyingkirkan toksin dalam badan
  3. Memperbaiki masalah penghadaman dan sembelit
  4. Memperbaiki keadaan kulit yang sensitif
Sebenarnya terdapat banyak lagi vitamin yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Semua itu bergantung kepada punca masalah kulit muka kita. Kebiasaannya sekiranya korang ada masalah kulit muka, Mia akan tanya dulu beberapa persoalan supaya Mia tahu apa punca masalah kulit muka tersebut, kemudian Mia akan cadangkan vitamin yang bersesuaian mengikut punca permasalahan kulit muka korang.

Ini adalah antara testimoni mereka yang telah berjaya menggunakan set cantik shaklee ini. 

Testimoni #1: ESP dan Vitamin C
set cantik shaklee, atasi masalah jerawat, kulit muka berminyak
 Testimoni #2: ESP dan Vitamin C
set cantik shaklee, atasi masalah jerawat, kulit muka berminyak
 Testimoni #3: Alfalfa
set cantik shaklee, atasi masalah jerawat, kulit muka berminyak
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee yang bersesuaian dengan masalah kulit muka anda, boleh hubungi Mia seperti dibawah. 

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp| 012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan


0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...