Thursday, November 24, 2016
Assalamualaikum semua... 

Pagi tadi Mia dah kongsikan vitamin yang Mia amalkan semasa hamil, sekarang ni Mia nak kongsikan pulak set bersalin yang Mia ambil sewaktu berpantang.

Kalau waktu anak pertama dulu Mia pernah cuba set berbersalin yang berasaskan herba. Tapi, selepas beberapa biji Mia ambil, anak tiba-tiba pula demam, dan masalah kuningnya berpanjangan. Emak Mia cakap kemungkinan baby tu demam disebabkan Mia makan pil herba tu, sebab apa yang Mia tahu apa-apa herba yang tidak diproses bersifat panas dan boleh menyebabkan baby turut dapat kesan panasnya. Kalau baby demam, memang sangat risau la kan.
set bersalin shaklee, set berpantang shaklee

Sembelit yang teruk

Bukan masalah baby demam je, waktu anak yang pertama juga Mia mengalami sembelit yang teruk. Dah minum banyak air pun tak menjadi juga. Lama duduk dalam tandas, sampaikan anak kat luar dah menangis kelaparan. Kalau diingat balik memang dah tak nak bersalin dah lepas tu kan.

Badan tidak bertenaga

Disebabkan anak pertama ni yang kuat menyusu, jadi Mia terasa sangat penat. Waktu tu berpantang dirumah mak, jadi bergilir-gilir dengan mak untuk menjaganya ketika waktu malam. memang terasa sangat waktu tu badan sangat penat. 

Berpantang Anak Kedua Dengan Set Bersalin Shaklee

Selepas apa yang berlaku pada waktu berpantang anak pertama, Mia mencari set berpantang yang tidak berasaskan herba dan boleh selesaikan masalah sembelit Mia. Jadi, waktu berpantang anak kedua ni, Mia cuba set berpantang Shaklee. Sebenarnya Mia guna produk Shaklee ni sejak dari awal kandungan anak kedua lagi. Disebabkan produk untuk set berpantang ni lebih kurang sama je dengan set ibu hamil tu, Mia teruskan je pengambilan vitamin tu sehingga berpantang sebab ada lebih lagi cuma perlu tambah beberapa produk je lagi. Jimat kan. Takde la perlu membazir. 

Badan bertenaga

Setelah beberapa minggu menggunakan set berpantang ni, Mia rasa sangat berbeza dengan berpantang waktu anak pertama dulu. Badan lebih bertenaga. Maklum lah nak kena jaga dua-dua anak, memang lagi mencabar la kan. Nasib la anak kedua tu tak meragam sangat pada waktu malam. Kadang-kadang sekali je dia bangun untuk menyusu pada waktu malam. 

Membuang dengan mudah bila amalkan Set Bersalin Shaklee

Dan apa yang lagi best memang takde adegan duduk lama dalam tandas dah. Lancar je membuang nya. Dah tak rasa takut dah nak membuang. Ini semua dengan bantuan alfalfa dan ostematrix. Disebabkan alfalfa tu adalah fiber, jadi memang senangla untuk membuang. Dan ostematrix pula bantu untuk lembutkan najis. Jadi dah selesai masalah sembelit ketika berpantang. Teruk tau kalau sembelit. Kalau terbukak jahitan tu kan tak pasal-pasal nak kena jahit lagi sekali hidup-hidup. Tak dapat nak bayangkan tau.

Lagi satu, luka pun cepat je pulih. Hari tu ada kawasan luka yang tak dijahit, dan cepat je kawasan kulit tu bercantum. ESP dan Vitamin C yang banyak membantu dalam memulihkan luka dengan cepat. Sebab tu memang Mia ambil tiap-tiap hari ESP dan Vitamin C tu. 

Dan yang paling best, susu pun meriah, dan anak cepat kenyang. Waktu anak pertama dan anak kedua memang susu sentiasa meriah. Tapi yang membezakannya adalah untuk anak pertama selalu sangat dia nak menyusu, tapi untuk anak kedua ni memang jarang menyusu. Kita pulak yang risau sebab jarang menyusu. Tapi dia takde lah menangis sebab lapar ke apa, dia ok je. 

Mungkin nutrisi susu berbeza apabila mengamalkan suplemen dengan tidak mengamalkan. Sebab rata-rata mereka yang mengambil vitamin ni cakap susu mereka lebih kekuningan dan pekat setelah mengamalkan vitamin ini. Tu sebab anak cepat kenyang dan tidur lama. Mia tak pump susu, jadi tak tahu lah perbezaan warna susu tersebut, tapi memang nampak susu lebih pekat, tak cair. 

Set Bersalin Shaklee

Dalam set bersalin Shaklee ini terdapat 8 jenis vitamin. Terdapat dua set, iaitu set asas dan set lengkap. Kedua-duanya sesuai diambil untuk mereka yang bersalin secara normal mahupun czer. 

Set ini sesuai untuk ibu bersalin normal / pembedahan / keguguran dan bermasalah dalam penghasilan susu ibu dan juga ibu yang ingin menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.
set bersalin shaklee, set berpantang shaklee

Terdiri daripada: 

  1. Vita-Lea Iron Formula (120 tablet)
  2. B-Complex (120 tablet)
  3. Sustained Release Vita-C Plus (180 tablet)
  4. Zinc Complex (120 tablet)
  5. OsteMatrix (120 tablet)
  6. ESP (850 g)
  7. Lecithin (180 tablet)
  8. Alfalfa Complex (330 tablet [S], 700 tablet [L])

Berfungsi sebagai:

  • Mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh ibu berpantang
  • Merangkumi fungsi penyembuhan luka berpantang dengan cepat
  • Membentuk dan membina semula sel darah merah yang banyak hilang sewaktu kelahiran
  • Pemulihan luka dalaman rahim dan jahitan
  • Mengelakkan stress
  • Memberi tenaga untuk ibu yang perlu bangun malam menjaga & menyusu bayi.
  • Memberi tenaga untuk ibu yang menyusu dan perlu bangun malam menjaga bayi
  • Selamat diambil oleh ibu yang menyusukan bayi walaupun bayi mempunyai G6PD
  • Untuk bayi yang lebih sihat dan tenang
  • Menurunkan berat badan
  • Membantu ibu kembali kurus selepas bersalin
  • Merapatkan bahagian kewanitaan
  • Memejalkan otot yang lembik dan menggelebeh
  • Memudarkan stretch mark
  • menyelesaikan maslah sembelit
  • masalah keputihan dapat dielakkan

Boleh rujuk Vitamin Ibu Berpantang yang Bagus untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi setiap satu vitamin yang dicadangkan. 

SOALAN POPULAR TENTANG SET BERSALIN SHAKLEE

1. BERAPA HARGA SET BERSALIN SHAKLEE INI?

Harga untuk satu set bersalin ini adalah RM 586.00. Akan tetapi sekiranya anda ingin membeli pada harga ahli anda cuma perlu membayar RM 568 sahaja (termasuk yuran pendaftaran ahli). Lebih murah kan berbanding harga biasa. Dan bulan seterusnya anda layak mendapat bonus diatas pembelian anda. Dan yang lagi best, pembelian yang seterusnya juga anda boleh membuat pembelian dengan harga ahli. Sekiranya anda mempunyai bajet yang rendah, anda boleh menghubungi Mia untuk mia cadangkan produk yang bersesuaian dengan bajet anda

2. BILA SAYA BOLEH MULA AMBIL SET BERSALIN SHAKLEE?

Set ini boleh di ambil sejurus selepas bersalin. Boleh terus minum ESP untuk menambah tenaga selepas bersalin

3. ANAK SAYA PRA-MATANG. SET BERSALIN SHAKLEE SELAMAT TAK UNTUK DIA?

Ya, boleh, malah sangat digalakkan.

4. BOLEH KE SET BERSALIN SHAKLEE MEMBANTU SAYA MENYUSUKAN ANAK
Dalam set bersalin Shaklee terdapat ESP, Alfalfa dan Ostematrix yang berfungsi untuk membantu merangsang penghasilan susu yang banyak.

5. SAYA BERSALIN KAEDAH PEMBEDAHAN. BOLEH KE NAK MAKAN SET BERSALIN SHAKLEE?

Ya boleh. Zinc, Vitamin C dan ESP sangat penting untuk merawat dan membaik pulih luka pembedahan. Biasanya dalam masa 2 minggu, luka pembedaha dah elok

MACAM MANA NAK ORDER SET BERSALIN SHAKLEE?

Untuk yang berminat nak berpantang dengan Set Bersalin Shaklee, boleh hubungi Mia seperti dalam maklumat di bawah. Mia akan berikan konsultansi percuma dan tips esklusif untuk pembeli yang membuat pembelian dengan Mia sahaja. 

Sekian sahaja pengalaman Mia berpantang bersama set bersalin Shaklee, dan Mia sangat berpuas hati dengan produknya. Dan sampai sekarang Mia cadangkan untuk mereka yang berpantang untuk menggunakan produk ini. Bukan sahaja senang digunakan, malah selamat dan berkesan. Sekiranya ada pertanyaan lanjut mengenai set bersalin Shaklee ini boleh hubungi Mia untuk dapatkan maklumat lanjut.
Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...