Sunday, November 27, 2016
Sejak dua-tiga hari ni ramai pula yang whatsapp Mia bertanyakan tentang cara nak kuruskan badan selepas bersalin. Memang ramai ibu-ibu di luar sana yang mempunyai masalah ini. Masalah perut buncit, otot badan menggeleber, badan bagai dipam-pam setiap hari. Itulah dilema ibu-ibu selepas bersalin.

Sepatutnya sekiranya kita menyusu anak, kita boleh kurus dengan senangnya kerana setiap hari sebanyak 500-600 kalori yang terbakar apabila kita menyusu anak. Jadi, lebih senang untuk kita turunkan berat badan. Tetapi, masalahnya bila kita menyusu, kita rasa cepat lapar, dan kita makan makanan yang tidak berkhasiat dan tinggi kandungan lemak. Sebab tu lah berat badan kita naik mendadak selepas bersalin.

Mia nak kongsikan pengalaman akak sorang ni yang mempunyai masalah berat badan tetapi telah berjaya mengatasinya walaupun telah beranak tiga:

Assalamualaikum, 
Saya Siti Roziana Bte Alias, peserta supermom Covergirl berusia 33 tahun dan ibu kepada tiga orang puteri. 

Kakak sado, kakak gebu.. itulah nama usikan rakan-rakan saya dahulu. Ya lah.. saya ni memang jenis suka makan, happy go lucky, jadi bila di usik pun buat tak kisah je. Tak dinafikan saya memang suka makan. Jika zaman dahulu badan tak nampak naik sangat walau kuat makan tetapi sejak dah beranak dua bagai dipam-pam. Lebih-lebih lagi ketika itu saya sedang menyusukan anak kedua saya. Saya fikir saya kena makan banyak baru susu keluar banyak. 

Baju didalam almari semua nya rasa ketat dan sendat. Dulu-dulu saya ni saiz M, apabila badan dah berisi terus lompat ke saiz XXXL mencecah 76kg. Ramai yang menyangka umur saya 30 lebih kerana badan yang besar dan berisi serta muka yang nampak agak berusia. Bila badan besar, memang otomatik akan nampak lebih berusia dari umur sebenar. Saya memang teringin menurunkan berat badan, namun selalunya hangat-hangat tahi ayam sahaja. 

Cuma kali ini saya sudah berazam hendak berpantang anak no.3 dengan betul dan dapatkan kembali berat saya ketika bujang. Memang ambitious sangat bunyi nya kan. Sebelum bersalin, saya membuat sedikit carian berkenaan set pantang. Saya tidak memilih jamu kali ini kerana saya telah pun ambil jamu ketika anak pertama dan kedua. Apa yang saya lihat badan saya tidak serasi dengan jamu kerana saya jadi pening sepanjang hari, hingga rasa nak pitam, akhirnya set-set jamu itu jadi gajah putih sahaja. 

Saya kemudian memilih untuk mengambil Set Berpantang Shaklee yang mengandungi ESP, SR Vitamin C, Bcomplex, Vitalea, Zinc, Ostematrik dan Alfalfa. Seperti ibu-ibu lain saya juga risau kalau saya tak mampu produce susu untuk Anis Safiya (anak ketiga). Tetapi jangkaan saya meleset kerana selepas minum ESP dan Alfalfa, susu saya mencurah-curah hingga bengkak susu. 

Alhamdulillah rezeki Anis, stok susu dapat saya buat seawal pantang. Bukan itu sahaja, badan saya turut rasa lebih bertenaga, cergas dan wajah tampak lebih berseri. Luka perineum turut sembuh dengan cepat hasil ambilan Zinc dan Vitamin C setiap hari. Ia turut diperakui Jururawat yang datang melawat di rumah. Beliau sungguh gembira melihat perkembangan saya ketika berpantang dan bertanya apa yang saya makan dan amalan ketika berpantang. Sempat saya berkongsi cerita yang saya amalkan Shaklee. Benda baik kenalah share kan.. tak boleh simpan sorang2. 

Yang paling mengujakan saya, berat badan pun ‘terturun’ sekali jadi 62kg. Hebat betul penangan Set Berpantang Shaklee ni. Anis sekarang dah pun setahun lapan bulan, tapi berat saya inshaAllah masih maintain sekitar angka enam. Betul lah kata orang tak kenal maka tak cinta. Sesi berpantang bukan lagi mimpi ngeri tapi menjadi momen terindah dalam hidup saya. Semestinya, set berpantang Shaklee pasti menjadi pilihan saya untuk kelahiran seterusnya.


set berpantang, set berpantang shaklee, set berpantang bantu turunkan berat badan


Haa, percaya tak yang set berpantang Shaklee ni boleh turunkan berat badan jugak? Ni Mia tunjuk lagi satu testimoni yang boleh turunkan berat badannya sebanyak 20 kg selepas bersalin dengan mengambil set berpantang shaklee ni.


Haa, macam mana? 

Masih nak cari set berpantang yang lain? Memang anda akan rugi besar kalau tak guna set berpantang ni. Mia pun guna set ni. Boleh baca ni 


set berpantang, set berpantang shaklee, set berpantang bantu turunkan berat badan

Jadi, kepada ibu-ibu yang dah nak dekat tarikh due tu boleh lah contact Mia untuk mendapatkan set pantang ini sebagai persediaan menyambut cahaya mata dengan lebih gembira dan tenang.


Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp| 012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...