Tuesday, November 22, 2016
Setiap hari kita berhadapan dengan anasir luar yang boleh memudaratkan badan kita. Sekiranya daya tahan tubuh kita tidak kuat untuk mempertahankan badan kita dari diserang oleh anasir luar ini, ia akan membuatkan kita mudah jatuh sakit. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang membuatkan badan kita lebih senang terdedah kepada penyakit. 

Sebenarnya, tubuh badan kita mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk melawan anasir luar yang dikenali sebagai pathogen. Pathogen ini adalah apa-apa organisma yang boleh memudaratkan badan kita yang terdiri daripada bakteria, virus, fungi, parasit dan sebagainya. Walaupun badan kita diserang oleh pathogen, ini bukan bermakna sistem imun badan kita gagal berfungsi, akan tetapi pathogen tersebut lebih kuat berbanding sistem imun badan kita. 

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan imun badan kita lemah, antaranya adalah disebabkan oleh pencemaran, stress, kurang tidur, makan makanan yang kurang berkhasiat, dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Jadi, untuk mencegah daripada kita terkena penyakit, kita perlu tingkatkan sistem imun badan kita. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan sistem imun badan kita, dan salah satunya adalah dengan mengamalkan vitamin.
vitamin untuk daya tahan tubuh, tingkatkan imun sistem badan

Cara Tingkatkan Daya Tahan Tubuh dengan Vitamin

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat, kita juga perlu mengambil vitamin yang terbaik untuk meningkatkan daya tahan tubuh kita, seterusnya dapat melawan jangkitan penyakit. Terdapat 3 vitamin yang dicadangkan yang boleh meningkatkan daya tahan tubuh kita. Antaranya adalah Nutriferon, Vitamin C dan Garlic complex.

1. Nutriferon
Nutriferon dihasilkan daripada gabungan 4 jenis tumbuhan semulajadi iaitu biji labu, biji platiagoasiatica, Japan honeysuckle, dan bunga safflower untuk dijadikan sebagai interferon semulajadi. Interferon yang ada dalam Nutriferon ini akan mengejutkan sistem sel pertahanan badan kita untuk berkerja. Ia akan memberikan signal kepada sel-sel yang berhampirannya untuk mencetuskan mekanisme pertahanan sel-sel tersebut. 
vitamin untuk daya tahan tubuh, tingkatkan imun sistem badan

Selain itu interferon ini juga akan mengaktifkan sel-sel imun yang akan melawan patogen yang masuk ke dalam badan. Apabila sel-sel imun badan kita awal-awal lagi sudah 'terjaga' dengan kehadiran pathogen jahat itu, sel-sel imun akan lebih cepat bertindak untuk melawan phatogen tersebut sebelum pathogen bertambah kuat. Jadi, masa yang diambil untuk kembali sihat lebih cepat berbanding kalau kita tak kejutkan sel-sel badan kita. Disitulah sebenarnya peranan interferon dalam Nutriferon ini.   

Dengan pengambilan Nutriferon setiap hari akan membantu badan kita merangsang penghasilan interferon dalam badan kita seterusnya menjadi pencetus kepada sel badan kita untuk bertindak. Nutriferon ini bukan lah ubat, tetapi ianya adalah makanan tambahan yang dihasilkan dari sumber semulajadi yang sangat membantu untuk meningkatkan sistem imun badan kita. 

8 fungsi utama Nutriferon: 


1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.


2. Melawan kanser & tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

3. Melindungi dari influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

4. Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

5. Melambatkan penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit2 hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

7. Mempertingkatkan Menopous - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

8. Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

2. Vitamin C
vitamin untuk daya tahan tubuh, tingkatkan imun sistem badan

Vitamin C memang tidak asing lagi untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Ia akan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Vitamin C juga membantu sel darah putih untuk menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, membantu mengurangkan masalah alergi hidung dan kulit. Selain itu dapat mengurangkan masalah asthma. 

3. Garlic Complex
vitamin untuk daya tahan tubuh, tingkatkan imun sistem badan

Garlic complex adalah antibiotik yang selamat dan semulajadi dimana ia berfungsi untuk meningkatkan sistem imun badan, dan boleh menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virusdan yis candida. Ia juga dapat memepertingkatkan peyakit berkait sistem imun badan seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asma, selsema dan hepatitis. 


Jadi, sebagai pencegahan supaya kita tak senang untuk jatuh sakit, tingkatkan lah imuniti badan kita dengan pengamalkan vitamin-vitamin ini. Daripada pengalaman sendiri yang mengamalkan vitamin ini, memang boleh nampak bezanya sebelum dan selepas kita mengamalkan vitamin-vitamin ini. 

Antaranya adalah, kami sekeluarga sudah jarang jatuh sakit, dan dah jarang ambil paracetamol. Kalau dulu memang selalu ada stok paracetamol di rumah, tetapi sekarang kami dah tak perlukan ianya lagi. Lagi satu, sekiranya demam atau selsema pun, mesti cepat je baik. Ini puncanya sebab sistem imun badan kami dah meningkat dengan bantuan vitamin-vitamin ini yang kami amalkan. Badan pun sentiasa cergas. 

Dalam keadaan sekarang yang membuatkan kita terpaksa terdedah dengan habuk, pencemaran, makanan yang tidak seimbang membuatkan kita wajib ambil vitamin-vitamin ini untuk tingkatkan imun badan kita supaya tidak mudah jatuh sakit. Terutama golongan mak-mak macam Mia ni, memang harus tingkatkan imun badan. Cuba bayangkan, kalau mak-mak yang sakit, mesti satu rumah tu tunggang langgang kan. Makin bertambah sakit kita dibuatnya. Itu pentingnya kita perlu tingkatkan imun badan.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai vitamin-vitamin ini, boleh whatsapp atau sms Mia k. Jangan lupa tingkatkan imun badan kita yea.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan




0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...