Monday, November 28, 2016
Perlu ke buat persiapan sebelum hamil?

Ramai diantara kita yang selalu terlupa untuk membuat persiapan sebelum hamil. Ramai yang ingat mereka hanya perlu manjaga kesihatan ketika sudah disahkan hamil sahaja. Ketika kita sudah disahkan hamil, barulah kita menjaga pemakanan kita, membataskan aktiviti fizikal kita, dan sebagainya. Tetapi, sebenarnya sangat penting untuk kita menjaga kesihatan kita sejak dari awal lagi sebelum kita merancang untuk hamil.


set untuk hamil, vitamin sebelum hamil, persediaan untuk hamil


Bila perlu mula buat persiapan sebelum hamil? 

Kesihatan yang baik akan menghasilkan benih (ovum dan sperma) yang sihat untuk memudahkan proses persenyawaan berlaku. Jadi, untuk langkah berjaga-jaga, kita harus membuat persediaan awal dari segi menjaga kesihatan fizikal dan mental sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum merancang kehamilan. Kesihatan yang kurang memberangsangkan juga boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil.

Tiga bulan pertama adalah tempoh yang sangat kritikal terhadap proses tumbesaran janin di dala kandungan kerana pada waktu ini lah saraf-saraf dan tisu-tisu janin akan terbentuk. Jadi, menjaga kesihatan sebelum merancang kehamilan adalah sangat penting supaya badan kita lebih sihat untuk membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada janin yang akan terbentuk. Dan sekiranya badan kita dalam keadaan kekurangan nutrisi, ini boleh mengganggu proses pembesaran janin dalam kandungan.


Senarai Persediaan Sebelum Hamil

Berikut adalah 'Quick Checklist' yang boleh anda ikuti sebagai persediaan awal sebelum hamil
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan anda sihat & cergas
  • Amalkan diet pemakanan yang sihat
  • Melakukan aktiviti senaman yang ringkas
  • Dapatkan tidur dan rehat yang cukup
  • Berhenti menggunakan pil perancang
  • Capai & kekalkan berat badan yang ideal
  • Berhenti mengambil alkohol & merokok

Pengambilan Suplemen Sebagai Persediaan Sebelum Hamil

Pengambilan Suplemen atau makanan tambahan adalah sangat penting untuk mereka yang merancang untuk hamil. Ini adalah kerana, keadaan bakal ibu perlulah sihat untuk menghasilkan benih yang sihat. Selain itu persediaan yang diambil sebelum hamil adalah sangat penting untuk mengelakkan kecacatan kepada bayi yang bakal dikandung.

Apabila disahkan mengandung nanti, badan kita perlukan lebih nutrisi untuk menampung keperluan bakal ibu dan anak dalam kandungan. Jadi, persiapkan diri kita dahulu supaya anak dalam kandungan nanti sihat dan tumbesarannya berjalan dengan lancar. Antara cadangan vitamin yang diperlukan adalah:

Vita-Lea
Vita-lea Iron Formula mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang cukup untuk memenuhi keperluan badan kita termasuklah zat besi (iron). Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Zat besi berperanan untuk membantu meningkatkan paras hemoglobin (Hb) dalam darah dan mengurangkan masalah anemia. Ia penting bagi menyalurkan oksigen untuk bayi di dalam kandungan.

B-Complex
B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B  termasuklah asid folik. Asid folik sangat penting untuk diambil lebih kurang 3 bulan sebelum hamil. Asid folik berfungsi untuk mengelakkan kecacatan pada perkembangan otak dan saraf tunjang bayi di dalam kandungan. B-complex ini juga akan mengurangkan loya dan mual yang sering berlaku diawal kehamilan. Selain ini vitamin B-complex juga boleh memberikan tenaga, ketenangan tanpa tekanan 

Boleh baca maklumat lanjut mengenai keperluan asid folik disini Perkara penting tentang asid folik yang wajib tahu jika ingin hamil

Vitamin C
Vitamin C membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti adrogen, estrogen dan progesteron. Vitamin C juga akan meningkatkan sistem imun badan kita supaya kita terhindar dari penyakit berjangit. 

ESP
ESP adalah sumber protein yang bagus untuk menghasilkan sel yang baru dan menggantikan sel yang telah mati. Sumber protein ini sangat penting untuk menyediakan keadaan badan kita bersedia untuk menerima janin didalam kandungan. Protein juga bagus untuk mengoptimumkan penyerapan vitamin-vitamin yang lain.

Jadi, sangatlah penting untuk kita menjaga kesihatan kita untuk menyediakan keadaan yang sesuai supaya badan kita dan anak dalam kandungan juga sihat. Untuk pertanyaan lanjut mengenai vitamin ini dan keperluan anda sebelum kehamilan, boleh hubungi Mia seperti dalam maklumat dibawah.

 Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...