Wednesday, November 30, 2016
1
Dua-dua untung...

Banyak manfaat untuk kedua-dua pihak bila kita menyusukan anak sekarang ni. Bukan je manfaatnya dapat pada anak je, tapi ibu menyusu pun dapat juga manfaatnya.

Tapi masalahnya datang bila ibu tu takde ilmu tentang penyusuan. Ramai yang sensitip bila suarakan tentang penyusuan ni. Tapi anak kita ada hak untuk dapatkan minuman terbaik untuk mereka. Untuk berikan yang terbaik untuk anak, perlukan pengorbanan. Ilmu ada diserata tempat, samada nak atau tak nak je.

Kebanyakan proses badan kita bergantung pada mind setting kita. Mind setting sangat penting untuk hasilkan susu yang meriah. Bila minda kita terkawal, takde tekanan, badan sihat bertenaga, masalah penyusuan tidak akan ada. Melainkan memang dah disahkan doktor tak boleh menyusukan anak atas sebab-sebab tertentu.

Ketika menyusukan anak, ibu akan merembeskan sejenis hormon oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.

Kebaikan susu ibu untuk ibu diantaranya : 

  1. penyusuan susu ibu membantu penyembuhan fisiologi tubuh ibu selepas bersalin  dan berpantang.
  2. Penyusuan ibu membantu ibu mengembalikan kembali berat badan setelah mengandung dan melahirkan.
  3. penyusuan susu ibu memberikan ruang kepada ibu dan bayi untuk lebih dekat dan terjalin hubungan erat dengan bayi. 
  4. Dengan penyusuan susu ibu, akan mengurangkan resiko terkena kanser payudara dan kanser ovari.
  5. Dan yang pastinya penyusuan susu ibu adalah cara yang paling ringkas dan tak perlu untuk kita membancuh dan tentunya bersih dan selamat.

Kebaikan susu ibu kepada bayi, diantaranya :

  1. Susu ibu membekalkan nutrien sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kelahirannya. Selepas 6 bulan berikutnya terus menjadi nutrien yang hebat apalagi bila dibandingkan dengan makanan-makanan yang lain yang sesuai untuk bayi.
  2. Susu ibu akan melindungi bayi dari serangan penyakit yang mungkin akan datang dalam kehidupannya, selain untuk mengebalkan sistem imun bayi untuk melawan penyakit dan jangkitan. Bayi juga akan lebih dilindungi daripada jangkitan alergi.
  3. Susu bayi sangat mudah dihadam oleh bayi dan selamat diminum kapan sahaja dan dimana sahaja.
  4. Susu ibu lebih mengeratkan lagi hubungan adik beradik bayi.
Jadi, tambahlah ilmu tentang penyusuan supaya ibu-ibu dapat menyusukan anak sehingga cukup 2 tahun. 

MiaZain

1 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...