Tuesday, November 22, 2016
1
Rata-rata yang tanya Mia harga Vitamin C Shaklee ni mesti cakap mahal. Belum pun Mia terangkan keistimewaan Vitamin C ni, dah cakap mahal kan. hihi. Kalau korang tahu keistimewaan Vitamin C Shaklee ni dan korang bandingkan dengan harga pasaran, mesti korang akan beli vitamin C jenama Shaklee ni. Tak percaya? Baca omelan Mia ni sampai habis tau, baru korang boleh buat keputusan yea...

harga vitamin C Shaklee

Kenapa kita perlu ambil Vitamin C?

Penting sangat ke ambil Vitamin C ni? 

Bagi Mia memang sangat perlu. Selalu orang ambil untuk mencantikkan kulit. Tapi sebenarnya vitamin C ni lebih dari kecantikan sebab ia juga bagus untuk kesihatan. Disebabkan badan kita tak boleh hasilkan sendiri vitamin C ni, jadi bagi Mia, semua orang memang wajib untuk ambil vitamin C setiap hari. 

Lain lah kalau kita ni adalah haiwan, kerana mereka boleh menghasilkan vitamin C dengan sendirinya. Lagi satu, vitamin C ni adalah sejenis vitamin yang larut air. Jadi, vitamin C yang tidak diserap oleh badan tu akan disingkirkan melalui urin kita. Jadi, memang patut ambil vitamin C ni setiap hari supaya badan kita mendapat cukup bekalan vitamin C setiap hari. 

Selain itu sifat vitamin C yang senang hilang/menyusut memerlukan kita mengambil Vitamin C setiap hari. Contohnya, seorang perokok akan kehilangan 50-100 mg vitamin C selepas menghisap sebatang rokok. Katakan lah dia menghisap 3-4 batang rokok sehari, makin banyak vitamin C yang dilupuskan. 

Selain itu perasaan resah dan stress juga akan mempercepatkan penyusutan vitamin C. Jadi, kena setiasa gembira je yea kalau tak nak vitamin C tu hilang dengan cepat. Penggunaan pil penahan sakit dan kontraseptif juga akan menyusutkan vitamin C dengan banyak.

Kekurangan zat Vitamin C boleh nampak apabila gusi kita selalu berdarah, kulit muka semakin berkedut, kulit selalu lebam, luka lambat pulih, kulit kering, kulit kasar dan selalu sangat jatuh sakit. Itulah tanda-tanda kita kekurangan Vitamin C. Kalau ada tanda-tanda ni pada korang, cuba amalkan vitamin C.

Ada yang kata, kita boleh dapat vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran je! Betul tu. Memang dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ada vitamin C. Tetapi dalam satu hidangan buah-buahan contohnya, cuma membekalkan 50-60 mg vitamin C sahaja, sedangkan badan kita memerlukan lebih dari itu setiap hari. 

Tambahan pula, buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu masak ranum. Tapi, selalunya buah-buahan yang kita makan selalunya dipetik awal dan diperam terlebih dahulu. Jadi, kandungan vitamin C cuma ada sedikit dalam buah yang tidak ranum. 

Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Jadi, kalau kita makan buah tu, tinggal berapa je vitamin C yang kita dapat dalam buah tu. Sebab tu kita kena tambah vitamin C dari makanan tambahan.


Keistimewaan Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C jenama lain

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dengan sistem `sustained release'. Iaitu dimana vitamin C ini dilepaskan ke dalam badan secara perlahan-lahan untuk memastikan supaya vitamin C ini sentiasa berada didalam badan kita. Ini kerana badan kita cuma boleh menyerap vitamin C sebanyak 100-300 mg vitamin C sahaja dalam satu-satu masa. Yang berlebihan itu akan disingkirkan melalui urin kita. J

adi, vitamin C shaklee ini yang setiap satu tabletnya mengandungi 500 mg vitamin C akan melepaskan 100 mg vitamin C dalam setiap jam. Jadi, tiada istilah pembaziran disini kerana semua vitamin C tersebut akan diserap oleh badan. 

2. Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavanoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik. Didalam vitamin C ini terdapat 120 mg bioflavanoid yang berfungsi untuk:
a) meningkatkan penyerapan vitamin C dalam badan
b) bertindak sebagai anti radang, anti kanser, anti alergi dan anti virus
c) dapat mengelakkan salur darah daripada bocor, meningkatkan fungsi vitamin C dan mengelakkan vitamin C daripada cepat teroksida

3. Vitamin C shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi iaitu daripada ekstrak jagung. Sesetengah orang yang mempunyai gastrik yang teruk risau nak ambil vitamin C kan, sebab takut kandungan asid tinggi. Tetapi, vitamin C shaklee selamat diambil oleh orang yang ada gastrik kerana ia bukan dihasilkan dari buah-buahan citrus. 


Harga Vitamin C Shaklee

Sebotol vitamin C Shaklee (500 mg) berharga RM 92.50 yang mengandungi 180 tablet. Jadi satu tablet cuma berharga RM 0.52. Kalau kita bandingkan dengan vitamin C jenama lain contohnya ada satu jenama ni yang famous juga berharga RM 43.50 sebotol, dan mengandungi 30 tablets, setiap satunya mempunyai 1000 mg vitamin C. 

Jadi, satu tablets berharga RM 1.45. Kalau diganda dua untuk vitamin C Shaklee, masih lagi vitamin C Shaklee lebih murah. Banyak lagi vitamin C lain yang berharga RM seringgit ke atas untuk satu tablet. Kan lagi mahal tu dari vitamin C shaklee. Siapa kata vitamin C shaklee mahal? tepuk dada, tanya poket... hihi...


Kelebihan Vitamin C Shaklee

1. Membentuk kolagen ~ merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan ~ kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun ~ membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zar besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser ~ satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel2 kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel2 kita.

5. Mencantikkan Kulit ~ pengambilan vitamin c setiap hari mampu menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama masalah jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia ~ memperbaiki insomnia, stress serta masalah berkaitan mental seperti keresahan.


7. Mengekalkan Kolesterol Sihat ~ ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Banyak kan manfaat vitamin C Shaklee ni, harga pula sangat berpatutan. Malah selamat, semulajadi dan terbukti berkesan. Nak dapatkan vitamin C Shaklee, boleh hubungi Mia k. 
Mia

Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

1 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...