Sunday, November 20, 2016
2
Tak semua diantara kita tahu cara yang betul untuk mencuci muka. Dulu, Mia berkesempatan untuk menghadiri Health & Wellness talk yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Dalam kelas tersebut, ada ditunjukkan demo cara yang betul untuk mencuci muka kita. Dan, apa yang Mia perhatikan, ramai sebenarnya yang tak tahu cara yang betul setelah melihat demo tersebut. Mia pun tak ketinggalan, ada juga buat kesalahan sewaktu mencuci muka. 

Jadi, hari ini Mia nak kongsikan cara yang betul untuk mencuci muka supaya semua kekotoran yang ada pada muka kita dapat dibersihkan. Mencuci muka dengan cara yang betul juga dapat mengelakkan kulit muka kita daripada masalah jerawat. 

Cara yang betul mencuci muka, cara cuci muka

Cara yang betul mencuci muka

1. Pastikan tangan bersih sebelum mencuci muka
Ini adalah langkah paling penting sebelum mencuci muka. Pastikan tangan kita bersih sebelum mencuci muka. Ini kerana tangan adalah tempatnya berkumpulnya bakteria, debu dan virus. Sekiranya tangan tidak dibersihkan terlebih dahulu, dikhuatiri akan memindahkan bakteria ke kawasan muka dan boleh menyebabkan jerawat makin merebak. Jadi, pastikan tangan kita dibasuh dengan sabun terlebih dahulu.

2. Membuang sisa make up yang terdapat di kulit muka
Selain debu dan kotoran, sisa make up yang masih ada pada kulit muka haruslah dibersihkan terlebih dahulu. Ramai yang menggunakan pencuci muka biasa tu untuk membersihkan make up. Tetapi, ia tidak mencukupi dengan hanya menggunakan pencuci muka tersebut. Anda perlu menggunakan make up clenser seperti Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ini. Ini kerana dengan menggunakan Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ini, semua kotoran termasuklah debu, minyak dan lebihan make up yang terdapat didalam liang roma juga turut dibersihkan. Bilas seperti biasa.

3. Bersihkan dengan lembut
Kemudian barulah diikuti dengan pencuci muka. Mia cadangkan untuk menggunakan pencuci muka Nutriwhite Deep Cleanser. Ini kerana ia membersihkan kulit dengan sempurna daripada segala kotoran dan minyak yang berlebihan. Ia juga bertindak untuk mencerahkan kulit. Dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi membantu dalam membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit. 

Sewaktu mencuci tidak digalakkan untuk menyental muka dengan kuat dan kasar kerana ia akan menyebabkan kulit muka luka atau melecet. Gunakan jari telunjuk dan jari tengah sahaja untuk menggosok kulit muka, kerana tekanan daripada dua jari ini sangat  minimal. 

4. Bilas dan keringkan
Bilas kulit muka menggunakan air yang bersih dan keringkan menggunakan tuala yang bersih. Tidak perlu menyental kulit muka untuk mengeringkannya, tetapi cuma perlu tekan-tekan sahaja supaya tidak mencederakan kulit muka sehinggalah kulit muka kering.

5. Segera memakai toner dan pelembap
Sapu toner pada kulit muka untuk mengecilkan liang pori dan untuk menegangkan kulit. Kemudian, gunakan pelembap pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka kerana penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit kita. Untuk toner Mia cadangkan untuk menggunakan Nutriwhite Soothing Radiance Softner dan untuk pelembap, Mia cadangkan untuk menggunakan Nutriwhite Ultimate Whitening Lotion (untuk krim siang) dan Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream (untuk krim malam)


Mudah kan sebenarnya untuk mencuci muka. Kena guna cara yang betul supaya kulit muka lebih bersih dan sihat. Produk yang mia cadangkan diatas tu adalah terkandung dalam set lengkap Nutriwhite. Anda boleh baca di SINI untuk maklumat lanjut mengenai produk ini. Sememangnya produk Nutriwhite ini setanding dengan set penjagaan muka yang hebat-hebat diluar sana, tetapi harganya jauh lebih murah berbanding produk yang berjenama tu.

Dibawah ini disertakan testimoni pengguna yang telah menggunakan set Nutriwhite ini. 

Testimoni #1:
Cara yang betul mencuci muka, cara cuci muka

Testimoni #2:
Cara yang betul mencuci muka, cara cuci muka

Testimoni #3:
Cara yang betul mencuci muka, cara cuci muka

Testimoni #4:
Cara yang betul mencuci muka, cara cuci muka


Memang ramai yang berminat dan berpuas hati dengan set Nutriwhite ini. Ianya selamat digunakan kerana diperbuat daripada tumbuhan semualjadi. Sekiranya anda ingin bertanya atau berminat untuk mendapatkan set Nutriwhite boleh hubungi Mia k. 

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

2 comments:

  1. kita cuci je. toner oelembab meamang tak pakai dah. malas punya pasal. bila tah nak rajin

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...