Friday, November 25, 2016
Sejak akhir-akhir ini, ramai pelanggan Mia bertanyakan tentang set kesuburan. Rupanya sekarang ni ramai yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Masalah mereka menjadi lebih teruk apabila ramai orang disekeliling mereka yang suka pandang negatif kepada pasangan yang belum mendapat zuriat. Ada juga yang berkata yang tidak elok kepada pasangan sebegini. 

Rezeki anak ini bergantung kepada kehendak yang Maha Pencipta, bukan kuasa kita untuk senang-senang dapat. Tetapi kita punya pilihan, kita punya cara untuk berikhtiar. Sekiranya anda yang ingin mendapat zuriat tu dah mencuba pelbagai cara, cubalah dengan set kesuburan shaklee ini pula. Dah ramai yang mencuba set kesuburan Shaklee ini dan telah berjaya untuk hamil dengan izinNya.

masalah ketidaksuburan, set kesuburan shaklee

Tetapi sebelum tu, adalah penting untuk mereka yang mempunyai masalah ketidaksuburan untuk mengetahui punca masalah ketidaksuburan ini. Kerana apabila kita mengetahui masalahnya, lebih senang dan cepat untuk kita menyelesaikannya. Jadi, seeloknya sekiranya anda sudah setahun berkahwin dan masih belum ada petanda untuk mendapat zuriat, anda bolehlah membuat pemeriksaan terlebih dahulu, termasuk si suami. Ini kerana lebih 40 % masalah ketidaksuburan adalah disebabkan oleh pihak suami. 

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ketidaksuburan.

Punca ketidaksuburan WANITA


  1. Saluran tiub fallopio tersumbat – disebabkan jangkitan kuman yg menyebabkan tuib fallofio tersumbat atau kandungan luar rahim dan juga disebabkan endometriosis.
  2. Endometriosis – terjadi apabila tisu dari selaput rahim (endometrium) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Terdapat tisu endoetrium yang melalui tuib fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid yang menyebabkan radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesame sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.
  3. Gangguan telur – hormon tidak seimbang menyebabkan gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbang hormone boleh berlaku disebabkan berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat dan juga boleh disebabkan oleh kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.
  4. Masalah rahim – ketumbuhan pada rahim (fibroid) iaitu terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia bole membesar dan menyebabkan kesakitan semasa period.

Punca ketidaksuburan LELAKI


  1. Sperma tidak matang – masalah ini berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang mencukupi dan dapat bergerak bebas. Kegagalan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin juga menyebabkan masalah ini. Penyebab lain adalah seperti gangguan hormon, masalah keturunan dan faktor persekitaran. Selesema juga boleh membawa kesan kepada kekurangan kualiti sperma.
  2. Gangguan pengangkutan sperma – kekurangan sperma yang dapat memasuki tubuh wanita kerana salur duktus yang membawa air mani tersumbat.


Terdapat banyak lagi faktor yang mempengaruhi masalah ketidaksuburan contohnya gaya pemakanan, tekanan, merokok, kesihatan dan lain-lain lagi. Jadi, adalah penting untuk mereka yang mempunyai masalah ini untuk mendapatkan rawatan dengan doktor dahulu untuk mengetahui punca-punca ketidaksuburan yang tepat. Selepas itu, bolehla mencuba set kesuburan Shaklee ini. 

Bagaimana supplement Shaklee tersebut boleh membantu pasangan?


  • membantu menyokong pengeluaran sperma
  • membantu mencegah kerosakan sperma
  • membantu pengeluaran sperma yang berkualiti
  • membantu memberi kekuatan kepada sperma
  • membantu untuk menstabilkan kitaran haid
  • membantu menghasilkan lendir serviks yang berkualiti yang meningkatkan lagi tahap kesuburan
  • membantu menstabilkan hormone
  • membantu untuk mencegah aktiviti sel yang abnormal seperti cyst
  • asid folic diperlukan untuk membantu persenyawaan telur oleh sperma
  • membantu mengatasi masalah keputihan
  • membantu membentuk tisu rahim
  • membantu membentuk sel sperma dan sel telur ovum yang sihat

Antara yang dicadangkan dalam set ini adalah:
masalah ketidaksuburan, set kesuburan shaklee

Vitamin untuk ISTERI:
ESP
Mengandungi protein soya (non-GMO) adalah sangat penting untuk memastikan sel kita sentiasa sihat. Sel yg sihat dapat menyerap vitamin/nutrien lain dengan sempurna.

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Asid folik sangat diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida dan sangat digalakkan diambil bagi yang merancang kehamilan.

GLA Complex
Memperbaiki masalah kitar haid tak teratur & menghasilkan cecarir servikal yang memudahkan sperma untuk berenang ke ovum.

Vitamin untuk SUAMI:
Vita-E Complex with Selanium
Meningkatkan keinginan seksual dan kiraan sperma berkualiti.

Zinc Complex 
Mengaktifkan sperma & menjaga kesihatan testikal serta meningkatkan kuantiti sperma.

Untuk maklumat lanjut mengenai set kesuburan ini boleh hubungi Mia seperti didalam maklumat dibawah.
Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...