Monday, November 28, 2016
Assalamualaikum semua...

Dek kerana kepesatan ekonomi sekarang yang membuatkan kita tersepit dengan masalah kewangan akan membuatkan kita perlu membuat bisnes. Tapi kalau dalam poket kita cuma ada RM 100 je, macam mana nak buat bisnes kan. Sedangkan kalau nak buat bisnes jual air tepi jalan pun belum tentu duit RM 100 tu cukup nak buat sebagai modal. 

Ramai yang tak percaya bila Mia cakap ada bisnes yang hanya perlukan modal kecil je, tapi boleh bawa pulangan yang berganda-ganda lumayannya. Selalunya orang kaitkan kalau nak dapatkan pendapatan lumayan ni kena join MLM (Multi Level Marketing) la, baru boleh dapatkan pendapatan yang besar. 

Tapi, rata-rata MLM kat Malaysia ni perlukan modal yang besar. Ada yang Mia pernah tahu perlu berpuluh-puluh ribu untuk daftar MLM sehingga ada yang membuat pinjaman bank. Akhirnya tewas ditengah jalan dan dihantui dengan hutang yang perlu dibayar.  

Jadi, hari ni kalau anda cuma ada kurang dari RM 100 je untuk dijadikan sebagai modal, Mia nak tunjukkan bisnes apa yang boleh anda dapat sehinggakan boleh dapat pulangan yang lumayan. Ramai golongan pelajar dan surirumah yang buat bisnes ni, dan Mia sangat kagum dengan pelajar yang buat bisnes ni sebab mereka dah pun ada pendapatan yang tetap setiap bulan. Setiap bulan mereka dah jana 4-5 angka. Jadi, dah tak perlu risau untuk nak bayar hutang pinjaman dah. 


Bisnes Modal Kecil, tapi Untung Besar?

bisnes modal kecil, bisnes untung besar, bisnes shaklee
Yea, cuma RM 68.90 sahaja modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes ini. Inilah bisnes yang Mia tengah usahakan sekarang, iaitu bisnes Shaklee. Percaya atau tidak, pada bulan pertama sahaja, Mia dah dapat pulangan modal Mia balik daripada bonus yang Mia dapat. Sebab tu lah Mia nak ajak sangat korang yang kekurangan modal tu untuk buat bisnes Shaklee ni. 

Sebelum tu Mia nak kasi tahu, Mia tak dapat apa-apa benefit untuk setiap orang yang mendaftar dibawah Mia tau. Bisnes Shaklee ni bukan lah bisnes yang mencari orang, bukanlah bisnes 'head hunting' seperti bisnes MLM yang lain. Mia cuma nak berkongsi bisnes ini dengan anda semua, supaya anda pon boleh jana pendapatan seperti Mia juga. 

Sebelum tu Mia nak tunjukkan dulu berapa jumlah pendapatan yang boleh kita dapat dalam bisnes ini dalam sebulan.


bisnes modal kecil, bisnes untung besar, bisnes shaklee
Ini adalah potensi pendapatan bulanan bisnes ini. Kalau lihat pada gambar tersebut, level pertama potensi yang boleh dapat adalah RM 1600 sebulan. Tetapi sekiranya anda berkerja lebih keras lagi, kemungkinan anda boleh dapat sehingga ke RM 5000 sebulan. haa, bestkan. Sekiranya level lebih tinggi, maka, makin banyak la pendapatan yang kita dapat.


Tiada Istilah Goyang Kaki

Dalam bisnes ni, siapa yang buat, dia yang akan dapat. Sangat adil kan. Contohnya kalau Mia goyang kaki je, tapi ahli dibawah Mia ada buat sales, Mia tak kan dapat apa-apa, tetapi ahli yang buat sales tu tetap akan dapat pendapatan. Jadi, kalau Mia sebagai upline pun tetap juga kena buat sales. Tiada usaha, maka tiadalah pendapatan. 


Shaklee adalah bisnes MLM?

Yea, memang Shaklee adalah bisnes MLM, tetapi ia tidak perlukan modal yang beribu-ribu dan ini adalah bisnes MLM yang patuh syariah. Daripada segi harga yang berpatutan, tidak menggunakan sistem piramid ataupun head hunting, mempunyai produk yang nyata, sistem bonus yang nyata dan telus, tiada minimun pembelian yang diperlukan dan lain-lain lagi membuatkan bisnes MLM shaklee ini adalah patuh syariah. Boleh baca Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah untuk pembacaan lanjut mengenai bisnes MLM yang patuh syariah. Nanti Mia akan terangkan lebih lanjut tentang ini di entry lain k.

Tidak perlu membuka kedai jualan

Apa yang bestnya bisnes ini, Mia hanya lakukan dari rumah sahaja, sambil melayan anak-anak. Sekarang ni semuanya boleh dibuat secara online sahaja dengan hanya menggunakan medium seperti blog, instagram, FB dan sebagainya. Jadi, sangat mudah kan. Tiada modal yang diperlukan untuk membuka kedai di luar. Cukup hanya dengan membuka kedai di alam maya sahaja. 


Dah ramai yang buat bisnes Shaklee, ada ke yang nak membeli dari saya?

Memang dah ramai yang buat bisnes ini, tapi percaya tak kalau Mia cakap, rata-rata yang hubungi Mia untuk membeli produk Shaklee dengan Mia cakap susah betul nak jumpa pengedar Shaklee yang masih membuat Shaklee sekarang ni. Tu apa maksudnya tu? Maksudnya masih ramai masyarakat kat luar sana tu yang mencari-cari pengedar Shaklee ni. Jadi, tiada isu tentang ada ke tak orang nak beli dari kita.

Dan lagi satu, percayalah dengan rezeki Allah. Sekiranya kita berusaha, dan mencari redhanya, memang rezeki tu tak akan salah alamat. Allah akan memberikan apa yang kita hajati bergantung pada usaha kita. Dan Dia adalah sebaik-baik perancang, Dia tahu bila kita perlukan rezeki tersebut. 

Boleh baca disini untuk maklumat lanjut mengenai bisnes ini Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dari Rumah Dengan Mudah

Jadi, sekiranya anda masih lagi tercari-cari bisnes yang mempunyai modal yang rendah, tapi mahukan pulangan yang berganda, anda wajib untuk memulakan bisnes Shaklee ini. Malah bukan dapat tambah pendapatan sahaja, kehidupan anda lebih sihat dan ceria sepanjang hari. Dah ramai yang sertai bisnes Shaklee mempunyai aset yang banyak sehinggakan boleh bebas dari hutang piutang. Percayalah rezeki itu dari Allah, dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Tiada istilah duit turun dari langit begitu sahaja tanpa berusaha. 

Jangan tangguh lagi untuk menjadikan Shaklee sebagai bisnes anda. Mia akan guide anda cara untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Mia tak janjikan bulan dan bintang, tapi Mia akan sehabis baik membantu anda sekiranya anda betul-betul ingin maju dalam bisnes Shaklee ini. Hidup kita tidak akan berubah selagi kita tak ambil tindakan untuk berubah. 

Sekiranya anda berminat untuk berjaya dalam bisnes Shaklee, Mia akan bantu anda. Cuma Mia perlukan kerajinan dari anda. Dari segi marketing, info produk, tips penting untuk berjaya dan lain-lain lagi akan diberikan kepada anda yang ingin berjaya. Boleh hubungi Mia untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai peluang ini.

Jangan tunggu lagi. Takkan kita asyik nak tengok orang lain berjaya. Kita juga perlu berjaya bersama-sama mereka yang lain. Cepat rebut peluang ini...


Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...