Thursday, November 03, 2016
Saat kehamilan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru berkahwin. Lagi-lagi bagi pasangan yang sudah lama menunggu cahaya mata. Sekarang ni Mia tengok makin ramai yang susah nak dapat cahaya mata. Banyak faktor yang boleh mengganggu kesuburan kita. Mia dah pernah cerita dalam entry ni Atasi Masalah Kesuburan

Waktu hamil ni adalah fasa yang paling penting untuk bakal ibu itu mendapat nutrisi yang cukup untuk menampung keperluan si ibu dan anak dalam kandungan. Kalau tengok sekarang macam-macam perkara berlaku pada anak yang baru lahir. Ada yang mengalami kecacatan fizikal, ada yang mengalami kecacatan otak, ramai juga bayi yang mengalami kagagalan jantung dan sebagainya. 

Ini semua bergantung kepada pembekalan nutrisi yang secukupnya kepada mereka. Memang la perkara sebegini boleh dikatakan takdir juga, tapi kita sebagai ibu yang prihatin perlu berikhtiar untuk mencukupkan nutrisi yang cukup kepada anak dalam kandungan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku. 

Dengan pemakanan seharian tentunya tidak mencukupi untuk menampung keperluan nutrisi ibu dan anak. Kerana kalau kita tengok sekarang ni sumber makanan kita lebih banyak terdedah kepada bahan merbahaya seperti racun perosak, baja kimia dan sebagainya. Tanah yang digunakan untuk penanaman juga sudah hilang zat nya. Perkara sebegini menyebabkan makanan kita kurang berkhasiat dan kita lebih terdedah kepada bahan kimia merbahaya. Di tambah pula dengan cara masakan yang berlemak dan berminyak juga akan mengurangkan nutrisi dalam makanan yang kita makan. 

vitamin ibu hamil, nutrien ibu hamil

Jadi, ibu hamil ini perlu vitamin tambahan untuk menampung keperluan si ibu dan anak yang dikandung supaya dapat membesar dengan sihat. Antara vitamin yang sangat diperlukan ketika hamil adalah:

1. Zat Besi
Seorang ibu hamil mengepam lebih banyak darah ke seluruh badan. Kandungan darah ibu hamil lebih 50% dari biasa. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah menyebabkan anemia dan sangat bahaya kepada kandungan dan ibu sendiri.

2. B Complex
Ibu hamil memerlukan 7 nutrien dalam B Complex, terutama Asid Folik bagi tumbesaran bayi yang sempurna. B Complex sangat penting untuk pemeliharaan sel darah merah dan juga sistem saraf.

3. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi. Walaupun ibu dah makan zat besi tapi tanpa vitamin C, ibu tetap berpotensi untuk mendapat anemia.

4. Minyak Ikan
Minyak ikan sudah diketahui sangat penting untuk kesihatan otak, dan juga sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sangat penting untuk tindakbalas hormon.

5. Kalsium
Apabila badan kekurangan kalsium, ia boleh menyebabkan masalah pada tulang dan otot. Ibu hamil yang kurang kalsium berisiko untuk mengalami sakit-sakit tulang dan kekejangan otot (simpul biawak).

6. Protein
Protein adalah nutrisi yang sangat penting. Ia adalah blok binaan bagi sel-sel badan kita. Protein yang sihat membina sel badan yang sihat serta otot yang sihat. Otot yang sihat mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan.

Dan kesemua vitamin yang sangat diperlukan oleh ibu hamil ini semuanya terdapat didalam set ibu hamil shaklee.


Set vitamin ini juga yang menjadi pilihan mia waktu hamil dulu. Dan yang bestnya dengan vitamin ni:
  • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil dan anak dalam kandungan
  • tiada masalah kejang kaki (cramp)
  • tiada masalah anemia
  • tiada masalah kencing manis ketika hamil
  • badan sentiasa bertenaga
  • berat badan ketika hamil terkawal
  • tahan berbulan-bulan
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga
  • harga yang sangat berbaloi
  • semulajadi (bukan sintetik)
  • tidak memberi sebarang kesan sampingan negatif
  • bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • boleh digunakan ketika berpantang juga, jadi sangat jimat
  • terbukti selamat dan berkesan
Kalau sayangkan anak haruslah beri yang terbaik untuk mereka kan. Dan Mia pilih produk shaklee kerana lebih selamat, semulajadi dan berkesan. 

p/s: Tahukah anda bahawa dengan pembelian set ini anda bakal menadapat pengurangan harga sebanyak (5-10 %) dan bakal mendapat cash back pada bulan berikutnya sekiranya mendaftar menjadi ahli dengan belian set ini...
p/s/s: Harga untuk ahli termasuk yuran pendaftaran cuma RM 565. Manakala harga tanpa pendaftaran ialah RM 582. Mana lagi jimat???

Untuk pertanyaan mengenai produk shaklee atau untuk membuat pesanan:


Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp| 012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...