Tuesday, November 29, 2016
1
Kebiasaannya masalah rambut gugur adalah disebabkan oleh masalah kulit kepala yang tidak sihat yang menyebabkan akar rambut pada kulit kepala menjadi tidak kuat. Keadaan kulit kepala yang kotor, terlalu berminyak ataupun terlalu kering menjadikan akar rambut mudah tercabut. 

Selain itu, masalah rambut gugur ini juga banyak berkait rapat dengan masalah hormon, genetik, simptom kepada sesuatu penyakit dan lain-lain lagi. Sekiranya masalah rambut gugur ini tidak dirawat dengan cara yang betul, ia boleh menyebabkan kepala makin kekurangan rambut dan boleh menyebabkan masalah botak. 

Jadi, kepada anda yang mempunyai masalah rambut gugur, boleh lah cuba petua-petua mudah yang Mia kongsikan dibawah supaya rambut kembali lebat dan tidak mudah gugur:

Petua #1: Limau Nipis
petua rambut gugur, masalah rambut gugur, cara merawat rambut gugur
Limau nipis berfungsi untuk menghilangkan kelumumur. Kelumumur juga menyebabkan rambut mudah gugur kerana keadaan kulit kepala kita yang tidak sihat. Jadi, untuk elakkan rambut daripada gugur, pastikan kepala kita tiada kelumumur. Amalkan sekali sehari dengan melumurkan buah limau nipis ini ke kulit kepala. 

Petua #2: Santan
petua rambut gugur, masalah rambut gugur, cara merawat rambut gugur

Gunakan santan yang diperah daripada kelapa adalah yang terbaik. Basahkan rambut, gunakan perahan santan ratakan di seluruh kulit kepala. Balut kepala dengan tuala selama 30 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu. Perahan santan ini bukan sahaja dapat mengelakkan rambut gugur, malah akan menghitamkan dan menyuburkan rambut.

Petua #3: Daun Bunga Raya
petua rambut gugur, masalah rambut gugur, cara merawat rambut gugur

Petua ni agak popular dikalangan orang-orang tua. Antara petua yang berkesan adalah dengan menggunakan daun bunga raya yang diramas dengan air. Kemudian dilumurkan ke seluruh kepala. Lendir daripada daun bunga raya ni dipercayai dapat menyuburkan akar rambut.

Petua #4: Daun Lidah Buaya
petua rambut gugur, masalah rambut gugur, cara merawat rambut gugur

Pokok lidah buaya mmg terkenal dengan khasiatnya dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Salah satu khasiat lidah buaya ialah merawat masalah rambut gugur. Cara mudah petua ini ialah sapukan lendir lidah buaya ini dikeseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan 15minit kemudian bilas dengan air bersih. Sekiranya diamalkan sekerap mungkin, masalah rambut gugur dan rambut kering dapat diatasi. Selain itu juga ia mampu menyejukkan kulit kepala dan melegakan sakit kepala.

Petua #5: Air Rendaman Kacang Hijau
petua rambut gugur, masalah rambut gugur, cara merawat rambut gugur

Ambil secawan kacang hijau, basuh bersih dan kemudian direndam semalaman. Kemudian tapis dan asingkan kacang hijau terbabit dari air rendaman. Ambil air rendaman dan lumur keatas kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala dan perap sehingga kering. Apabila kering bilas rambut dengan air bersih.

Petua #6: Yogurt
petua rambut gugur, masalah rambut gugur, cara merawat rambut gugur

Selain untuk dimakan, yogurt juga boleh dijadikan perapi rambut sekaligus merawat rambut rosak. Yogurt berfungsi untuk melembabkan rambut. Sapukan yogurt pada rambut dan biarkan selama 15-20minit sebelum dibilas. Ulang sekerap mungkin bagi merawat rambut yang gugur.


Mudah kan petua-petua ni, cuma perlukan kerajinan je untuk dapatkan rambut yang sihat dan lebat. Bahan-bahan pun mudah didapati. Sebelum tu Mia nak kongsikan dulu sebuah video yang dikongsikan oleh Pn Maria Alwi yang mengalami masalah rambut gugur yang sangat kronik sehinggakan malu untuk berdepan dengan suaminya sendiri. 

Mungkin caranya lebih mudah untuk anda ikuti...Jom saksikan...



Untuk pembacaan yang lebih details mengenai masalah keguguran rambut, anda boleh terus membaca entry 

Sebarang pertanyaan mengenai masalah rambut gugur dan solusinya, boleh whatsapp Mia seperti no dibawah. 

Ok, selamat mencuba!!!

MiaZain
012.928.3726

1 comments:

  1. No 1 tu Mrs. A pernah buat tapi pedih sikitlah

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...