Wednesday, November 30, 2016
Assalamualaikum semua...

Semoga hari-hari anda lebih ceria pada hari ini berbanding hari semalam. Lagi sebulan je lagi kita nak masuk ke tahun baru kan, cepat sungguh masa berlalu. Ada tak yang awal tahun dulu dia berazam nak turunkan berat badan, tapi sampai ke sekarang masih dalam keadaan yang sama macam awal tahun dulu? Haa, mesti ada kan. Kalau cakap je memang mudah, nak buat tu yang susah.

Jadi, hari ni Mia nak kongsikan rahsia untuk mereka yang nak turunkan berat badan dengan cara yang mudah dan berkesan. Yang penting korang kena konsisten je. Haa, ikut satu persatu rahsia Mia ni, yang penting istiqomah. Barulah akan dapat hasil yang best.

turunkan berat badan

Rahsia #1: Minum air masak/putih secukupnya
Air sangat penting supaya bendalir dalam badan kita cukup untuk mengeluarkan segala toksin yang terdapat dalam badan. Air juga sangat penting untuk menyeimbangi kadar garam yang terdapat dalam badan. Bila badan kita kurang air, kadar garam menjadi tinggi dan ini akan melambatkan mekanisme pengeluaran air dalam badan, dan memberi rintangan kepada air. 

Jumlah air yang diperlukan oleh seseorang adalah bergantung kepada berat badan seseorang. Setiap 25 kg berat badan kita bersamaan 1 liter air, dan perlu dilebihkan sedikit untuk kesan yang lagi superb. Pengambilan air ni boleh diambil secara berperingkat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cara pengambilan air ini, boleh whatsapp Mia k. Mia akan ceritakan tentang water challange yang boleh kita buat.

Rahsia #2: Jangan terlepas waktu makan
Sangat penting untuk ambil makan pada waktu pagi. Ini kerana kalau kita skip ambil sarapan pada waktu pagi, kita akan terasa sangat lapar dan kita lebih cenderung untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari. Ini tidak elok untuk kesihatan dan makin susah untuk turunkan berat badan.

Sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk sediakan sarapan, cukuplah dengan hanya membancuh se'shaker' ESP setiap pagi. Sangat Mudah. Setiap hari Mia tak kan tinggal untuk mengambil ESP ni. Percaya atau tidak, bila Mia ambil ESP ni, Mia akan lebih rasa bertenaga dan akan kenyang sehingga ke waktu petang. Jadi, memang takde alasan lagi untuk kurus. 

Rahsia  #3: Banyakkan Serat
Banyakkan pengambilan serat seperti buah-buahan dan sayur. Ini bagi memastikan kita mudah untuk membuang. Pengambilan serat juga akan mengelakkan kita daripada masalah sembelit. Apabila sembelit, perut akan mengumpulkan gas-gas yang berlebihan yang tidak dapat dikeluarkan dan merangsang isi perut untuk mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan masalah perut buncit. 

Rahsia Mia untuk tidak mengalami masalah sembelit adalah dengan mengamalkan alfalfa complex. Ia sangat kaya dengan serat dan dapat membuatkan kita rasa lawas. Boleh juga ambil Herblax untuk menggantikan alfalfa. Disebabkan Mia menyusukan anak, jadi Mia lebih perlukan alfalfa berbanding herblax. Tetapi dua-dua pun dapat mengelakkan masalah sembelit seterusnya dapat menyelesaikan masalah berat badan kita. 

Ramai yang Mia dapat tahu bahawa mereka susah sangat nak turunkan berat badan sebab tak membuang dengan kerap. Orang yang sihat selalunya akan membuang sekali sehari. Kalau anda membuang seminggu sekali itu adalah petanda bahawa sistem penghadaman anda mempunyai masalah dan senang untuk mendapat penyakit kerana terdapat banyak toksin yang tersimpan dalam badan.

Rahsia #4: Kurangkan makanan berlemak dan berminyak
Makanan yang berlemak dan berminyak tu la yang sedap kan. Kalau kita masak pun, kita lagi suka makanan yang bergoreng kan. Dah la tiap-tiap hari asyik makan ayam je, ikan pun jarang-jarang je makan. Jadi, zat yang kita dapat tu tak seimbang. Lebih banyak lemak yang kita ambil setiap hari berbanding zat-zat yang lain. 

Lemak juga diperlukan oleh badan, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Bila makin banyak lemak yang kita ambil, makin banyak la lemak yang terkumpul dalam salur darah, di luar organ penting kita seperti jantung dan sebagainya. Jadi, pengumpulan lemak ini membuatkan kita susah untuk turunkan berat badan. Jadi, kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak. 

Rahsia Mia, untuk mengurangkan jumlah lemak dalam badan, Mia mengamalkan Omega Guard. Ia adalah minyak ikan yang tulen dan berfungsi untuk mengemulsifi dan mengecilkan molekul-molekul lemak yang dah lama terdapat dalam badan kita. Apabila molekul-molekul lemak ini mengecil, makin senang lemak ini dibawa keluar dari badan kita. Selain Omega Guard boleh juga gantikan dengan lecithin yang memberi fungsi yang sama.


Itulah rahsia Mia untuk mengekalkan berat badan ideal sekarang. Selepas bersalin pun boleh je maintain seperti sebelum mengandung. Best kan. Bila berat badan terkawal, kita juga bertambah sihat. Senang je nak buat aktiviti apa-apa pun. Tiga produk tu je rahsia Mia untuk dapatkan berat badan yang ideal. 

Jadi, sesiapa yang berazam nak turunkan berat badan tahun ni, masih sempat lagi sekiranya anda mengikut rahsia yang Mia ceritakan tadi. Dah ramai yang berpuas hati bila ambil 3 produk ni. Jom kita tengok apa yang mereka dapat lepas amalkan produk ini:

Testimoni #1:
turunkan berat badan
Testimoni #2: 
turunkan berat badan
 Testimoni #3:
turunkan berat badan
Orang lain dah cuba dan rasai keberkesanannya, takkan kita nak pandang je kan. Kata dah berazam nak turunkan berat badan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Mia seperti yang tertera dibawah

MiaZain

Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS/Whatsapp012 - 928 3726
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...