Friday, October 14, 2016
1
Assalamualaikum semua...

Paksa jugak hari ini untuk menulis blog ni pagi ni agar tak bersawang. Sayang pulak bila blog ni sepi jek. Tapi alkisahnya pagi ni buat mia panik sekejap bila bukak laptop ni tiba-tiba je touch pad laptop ni tak berfungsi. Tiba-tiba je cursor laptop ni tak bergerak-gerak. Baru je semangat nak update blog, tiba-tiba jadi macam ni pulak kan.

Baru teringat last mia pakai laptop hari tu, tak bertutup pun sebab ada entry yang masih belum siap ditulis. Bila si kecik sophea tu merengek terjaga tidur, mia pun keluar la sekejap dari bilik untuk menyusukan dia, lepas tu dah tak ingat dah laptop yang masih tak tertutup. Mungkin si abang tu yang duk godek-godek laptop mamanya ni. Apa yang dia tekan pun tak tahu la sampaikan boleh tak berfungsi touch pad ni.

Bila hidupkan laptop harini dengan semangat berkobar-kobar nak update entry, touch pad pulak tak berfungsi, dah gelabah kan. Mula la nak salahkan si anak. hihi. Puas menekan di keypad apa yang tak kena nya. Akhirnya terpaksa juga guna bantuan google. Nasib ada internet kat phone, boleh la google kat situ. 

Bila search, baca entry orang tu, padahal senang je pun nak aktifkan balik touch pad laptop ni. haha. Kalau guna laptop acer, perasan tak ada butang gambar tangan dalam kotak kat barisan atas keypad tu. Macam dalam gambar nombor 2 yang mia tunjukkan tu. Jadi untuk aktifkan semula touch pad tu, korang cuma perlu tekan butang [Fn] dan butang [F7] serentak. Macam dalam gambar kat bawah ni. Dah selesai masalah.

Pesanan untuk korang yang mengalami masalah yang sama dengan mia ni, mula-mula tu korang jangan la panik. Jangan la nak teruskan salahkan orang lain yea. Ketahui punca masalah dulu, barulah kita boleh selesaikan masalah tu. Tapi, biasalah kita kan, cepat je gelabah kan. Mula la tak tahu nak selesaikan macam mana. Dah kalau tak penat sangat fikir, tak tahu jugak macam mana nak selesaikan, google je la.. hihi... Semoga entry kali ni bermanfaat buat mereka yang hadapi masalah macam mia ni... Tiba-tiba terfikir, macam mana la anak aku boleh tertekan keypad ni sampai terkunci touch pad tu. ishk, ishk, ishk...

*perasan tak dalam gambar tu ada gambar bunga dan monster tu. hihi... kalau korang perasan keypad kat situ dah tercabut, sebabtu mia cover dengan bunga dan moster tu. haha... jadi, korang boleh agak la kan berapa usia laptop ni. Nak kena tukar yang baru ni...  

1 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...