Friday, September 16, 2016
1
Istanbul

Assalamualaikum & Hii...

Apa khabar warga blog? Semoga korang sentiasa sihat selalu. Hari ni saja nak share tempat yang paling nak sangat dilawati. Korang pun mesti ada tempat yang nak sangat korang pergi kan. Kita plan dulu k. Ceritanya macam ni...

Baru2 ni husband ada cakap nak gi bercuti hujung tahun ni. Jadi, saja-saja je lah survey tengok tempat menarik. Mana tau dia approve proposal ni ke kan. hihi...
Dalam duk pikir2 tu rasanya hari ni tertarik nak gi Istanbul. Wah, besau betul angan-angan. Xpe, angan-angan tak kena bayar pon. haha. Mana tahu orang lain pun ada angan-angan yang sama, boleh la copy skit dari sini 😂.

Apa yang menariknya istanbul ni adalah latar belakangnya yang pernah dikuasai oleh Bizantium, Konstantinopel dan Ottoman Empire membuat Istanbul memiliki bangunan-bangunan lama peninggalan sejarah dulu yang wajib dikunjungi. Selain sejarah, salah satu yang menarik dari Istanbul ialah letak geografinya. Istanbul berada di dua benua yakni Asia dan Eropah.


Antara tempat menarik yang boleh kita pergi di istanbul adalah Masjid biru, Grand Bazaar, Topkapi Palace, Hagia Sophia Muzium, Spice Bazaar dll.
Kalau tengok harga pakej dalam RM 4500/pax untuk 8 hari 7 malam. Kalau dewasa 2 orang, dah total jadi RM9000. Masuk anak 2 orang(anak kecik lg) mungkin total semua dalam RM 12000. Tapi kalau pergi secara backpacker, mesti lagi murah kan, barulah mencabar skit.

Kalau target untuk pergi hujung tahun ni, macam dah tak sempat nak menyimpan kan. Tapi kalau buat bisnes shaklee, sempat lagi nak menabung ni. hihi...

Siapa yang dah pernah g sana tu, boleh la share kat komen tu berapa kos korang pergi dan tips2 untuk pergi ke sana. Al least boleh bantu mereka yang baru plan nak pergi sana tu. Tak rugi pun kongsi pengalaman korang kan...
Harap-harap proposal ni dipertimbangkan oleh en. husband 😂.


1 comments:

  1. Teringin jugak nak ke Istanbul.. kirim angin dululah, moga ada jodoh nak ke sana

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...