Wednesday, August 10, 2016
6
Sekarang ni banyak lambakan produk untuk mencerahkan kulit di pasaran. Pernah tak korang cek apa bahan yang digunakan dalam produk tersebut. Kebanyakan produk untuk putih ni samada mengandungi Vitamin C, hydroquinone, Vitamin E, Vitamin A dan macam-macam lagi. 



Tapi, boleh ke Vitamin C ni mencerahkan kulit kita? Sebelum tu kita kena kenal dulu apa itu Vitamin C. 

Apa itu Vitamin C?
Vitamin C atau nama saintifiknya asid askorbik adalah salah satu vitamin yang larut air, dan boleh didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan sitrus seperti buah lemon, limau, oren dan sebagainya. Vitamin C kaya dengan antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kepada sel-sel kulit dan organ dalaman kita rosak. 

Ramai yang kenal Vitamin C hanya untuk kecantikan, akan tetapi banyak fungsi lain yang boleh dapat dengan Vitamin C ni. Imuniti badan kita juga akan meningkat dan risiko untuk mendapat serangan demam, selsema dan penyakit berjangkit tu makin berkurang. Selain itu, Vitamin C ni juga dapat mengelakkan daripada gusi berdarah dan mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Bagaimana Vitamin C boleh Mencerahkan Kulit ?
Untuk mendapatkan kulit yang cerah sebenarnya bergantung kepada kadar Pheomelanin (pigmen yang mencerahkan kulit) dan Eumelanin (pigmen yang menggelapkan kulit) yang terdapat dalam kulit. Sekiranya kadar Eumelanin tinggi, kulit kita kelihatan sedikit gelap. Dan kandungan kedua-dua pigmen ini, Pheomelanin dan Eumelanin bergantung kepada kandungan Gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1. 

Yang kita nak bincangkan kat sini adalah tentang Gluthathione. Gluthathione adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh badan dan disimpan di dalam hati. Ia juga boleh didapati didalam buah-buahan, sayur dan daging. Gluthathione telah terbukti dapat mencegah penghasilan melanin yang menyebabkan kulit menjadi lebih gelap. Semakin kita berusia, kadar gluthathione di dalam badan turut menurun. Penurunan kadar gluthathione akan menyebabkan kita nampak lebih tua kerana kulit berubah tekstur dan semakin mengendur. 

Dan, menurut satu kajian, dengan pengambilan Vitamin C sebanyak 500 mg setiap hari akan meningkatkan kepekatan Gluthathione sebanyak 50%. Jadi, Vitamin C memang berfungsi untuk mencerahkan kulit kerana boleh meningkatkan kadar Gluthathione dalam badan kita. Dah tak perlu Gluthathione, tapi hanya perlu ambil Vitamin C sahaja dan mencukupi untuk cerah.

Tapi kalau dah sedia kulit tak putih dari lahir, memang boleh cerah jugak ke ?
Ini susah sikit nak jawab. Hihi. Sebenarnya kulit kurang putih lagi cantik dan selamat berbanding kulit yang putih cerah tu. Kerana bila kulit kita sedikit gelap, pigmen yang menggelapkan kulit tu lebih banyak dan kita lagi tinggi risiko terhindar daripada kanser kulit yang disebabkan oleh sinar uv dari matahari tu. Ni Mia nak kasi tips untuk mereka yang nak cerah, kalau nak tahu secerah mana kita boleh cerahkan kulit muka, cuba tengok peha masing-masing (jangan pulak duk selak kain tu di tempat terbuka plak). Setakat tu je lah kita boleh putihkan muka kita. Hihi…

Vitamin C apa yang terbaik?
Pilihan Mia semestinya Sustained Release Vitamin C Shaklee. Memang dah jatuh cinta dengan Vitamin C ni. Sangat memuaskan hati Mia. Sangat berkesan dan jimat. Sebab sebotol ni tak sampai pun berharga seratus ringgit, tapi boleh  bertahan sehingga 6 bulan penggunaan. Sepanjang menggunakan vitamin C ni memang nampak kesannya. Kulit muka dah tak berminyak, dan kulit muka makin lembap. Parut jerawat yang dulu-dulu pun semakin pudar. Dan  yang paling best memang jerawat dah tak naik-naik. Hihi. Kalau dulu, waktu nak period atau makan kacang, memang jerawat cepat je naik. Lagi satu, imun sistem badan pun meningkat bila konsisten ambil vitamin C ni. Sekarang dah jarang demam atau selsema. Susah nak dapat penyakit berjangkit


Apa beza Vitamin C Shaklee ni berbanding Vitamin C yang lain?
1. Vitamin C Shaklee ni didatangkan dengan sistem ‘sustained release’. Sistem ini melepaskan Vitamin C dalam badan secara perlahan-lahan (100mg dalam sejam) untuk memastikan Vitamin C ini sentiasa berada dalam badan kita memandangkan badan kita hanya boleh menyerap 100-300 mg Vitamin C dalam sesuatu masa. Takde la membazir kan.

2. Sebiji tablet Vitamin C ni bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Kalau rasa kita tak mampu nak ambil 7 setengah biji oren setiap hari, elok la ambil vitamin C ni.

3. Vitamin C Shaklee ini didatangkan bersama bioflavanoid iaitu bahan penting untuk membantu penyerapan Vitamin C pada kadar yang optimum. 

Rugi tau tak cuba vitamin C ni…

Info lanjut:
MiaZain
012-928 3726
Your Health & Beauty Consultant

6 comments:

  1. hihi, klau tgk paha tu, nmpk gyanya ada can nk putih g..kikiki..

    ReplyDelete
  2. vitamin c shaklee memang berkesan. dah cuba sekali nak berkali kali

    ReplyDelete
  3. betul pernahmakan vit c shaklee ni mmg elok.. cuma time preggy jer tak leh nak telan..

    Salam kenal dari Mama Jue.. Mama Followers #167

    ReplyDelete
  4. amboi Timm, x cukup putih lagi ka..? hahaha =))

    ReplyDelete
  5. bagus amalkan vita C, sehari 2 biji. Lama dah rasanye tak ke klinik utk sakit demam, batuk & selsema. alhamdulillah

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...