Tuesday, August 16, 2016
5
Assalamualaikum semua... 

Hari ni Mia nak kongsikan macam mana kencing manis ni boleh mengakibatkan kaki dipotong dan membawa kepada penyakit lain yang lagi kronik. Masalah Kencing manis atau nama lainnya diabetes ni dah menjadi perkara biasa dah bagi orang Malaysia ni. Dah macam tak kisah pun kalau ada kencing manis ni sebab ramai yang mengidapnya. Sehinggakan sekarang ni kanak-kanak pun dah ada yang mempunyai masalah kencing manis ni. Walaupun semuanya dah tahu simptom-simptom kencing manis ni, tapi ramai yang tidak ambik kisah, sehinggalah dah jadi makin teruk, barulah nak menyesal. 

Sebelum tu kita kenali dulu apa itu kencing manis @ Diabetes


Apa itu Kencing manis?

Kencing manis adalah satu keadaan dimana paras gula dalam darah (glukosa) yang melebihi nilai normal. Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan insulin di dalam darah atau insulin yang ada tidak berkesan. 
Insulin adalah hormon yang dihasilkan di pankreas dan dirembeskan ke dalam aliran darah. Insulin akan mengangkut gula keluar dari salur darah ke sel-sel badan. Apabila insulin tidak aktif, ia akan menyebabkan kandungan gula sentiasa berada dalam salur darah sahaja. 

Kadang-kadang, kita tak tahu pun yang diri kita ni ada masalah kencing manis. Jadi, untuk mengelakkan dari kaki kita dipotong disebabkan oleh kencing manis ni, kita perlu ketahui peringkat-peringkat kencing manis ni supaya kita tak terlambat tahu yang kita ni ada kencing manis.

Peringkat Pertama: Darah Menjadi Pekat dan Gelap

Disebabkan paras gula dalam darah bertambah, dan insulin tidak dapat dihasilkan untuk memproses gula tersebut menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan pekat. Keadaan ini mengakibatkan perjalanan darah menjadi tidak lancar.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

Disebabkan kepekatan gula semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel akan menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air untuk menstabilkan keaadan fungsi badan.

Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Apabila darah dah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan, kandungan oksigen & nutrien yang dibawa dalam darah keseluruh organ badan berkurang. Jadi, otak tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi dan menyebabkan kita rasa penat & mengantuk. 

Peringkat Ke-4: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

Sel badan kita memerlukan tenaga untuk berfungsi. Tetapi, apabila gula tidak dapat ditukarkan kepada glukosa (sumber tenaga), tenaga tidak dapat dihasilkan dan  menyebabkan aktiviti sel-sel badan mula merosot. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

Peringkat Ke-5: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.

Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.

Peringkat Ke-6: Gangrene Bernanah Mula Muncul di Hujung Jari Kaki

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan ini akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat yang dijangkiti. Bakteria akan merebak dalam masa sangat singkat dan keadaan menjadi semakin teruk.

Peringkat Ke-7: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!

Jangkitan bakteria yang tidak terkawal akan menyebabkan doktor terpaksa memotong kawasan yang telah terkena jangkitan tersebut. Mula-mula potong tapak kaki je dulu. Tapi, Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha... Scary sangat...

Peringkat Ke-8: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus. Jadi, bila pengaliran darah (yang pekat) terjejas, sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau boleh juga menyebabkan buta. 

Peringkat Ke-9: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah untuk memproses darah yang mengandungi banyak toksin. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang kita makan itu. Daripada masalah ini akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain. 

Nampak tak, permulaannya disebabkan benda yang kecik je, akhirnya banyak kesan buruk yang boleh berlaku. Mulanya hanya disebabkan oleh kekurangan insulin je yang tak boleh nak proses gula dalam darah, tapi akibatnya boleh menyebabkan kaki dipotong, buah pinggang bermasalah, masalah batu karang, darah tinggi dan macam-macam lagi. 

Jadi, sebelum terlambat, sebelum kena potong kaki, sebelum buah pinggang bermasalah, sebelum kena penyakit-penyakit lain, lebih baik kita bertindak awal. Seperti yang kita tahu penyebab penyakit kencing manis ni disebabkan oleh masalah insulin yang tidak mencukupi. Jadi, bagaimana untuk kita mengatasi masalah ini?

Apa produk SHAKLEE yang boleh bantu pesakit kencing manis supaya tak kena potong kaki?

Dalam Shaklee, terdapat satu produk yang sangat tinggi kandungan antioksidannya. Iaitu VIVIX. Di dalam vivix terdapat superantioksidan yang dikenali sebagai Resveratol dimana ia mampu memelihara badan daripada kerosakan DNA yang boleh menyebabkan risiko penyakit kencing manis, kanser, penyakit jantung dan sebagainya. 

VIVIX dapat membantu pesakit kencing manis dengan 4 cara ini:

1. Meningkatkan sensiviti tubuh terhadap hormon insulin.
- Rintangan insulin adalah salah satu penyumbang utama kencing manis. Vivix akan membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak dan dengan pengambilan yang berterusan dapat memberi manfaat dalam meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin yang mengarah kepada penyakit kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

2. Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

3. Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

4. Mencegah pembentukan protein AGE

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

Dah ramai pengidap kencing manis berasa lega kerana bacaan gula dalam darah mereka telah turun dengan mengamalkan vivix. Vivix bukan lah ubat, tetapi ia adalah makanan tambahan. Apabila badan kita kekurangan nutrisi/zat, organ kita tidak dapat beroperasi secara normal, jadi amat penting untuk kita mengambil makanan tambahan untuk memenuhi lompong-lompong nutrisi dan badan akan menjalankan fungsi-fungsinya dalam keadaan yang normal. 

Kita lihat apa kata mereka yang telah menggunakan vivix ni untuk menurunkan kadar gula mereka...



Sudah tiba masanya untuk kita mengubah kehidupan menjadi lebih sihat. Sekiranya anda atau orang yang anda sayang menderita kerana kencing manis ni, elok sangat kalau dihadiahkan pada diri sendiri atau mereka yang anda sayang sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. Hubungi Mia untuk mendapatkan vivix sekarang. Lebih baik mencegah sebelum keadaan menjadi parah.

-with love-
MiaZain

012-928 3726

5 comments:

  1. pykit yg biasa org dewasa dpt skg ni..akn dtg lg menakotkan smpi org muda pun blh kna

    ReplyDelete
  2. kena pandai jaga kesihatan skrng ni kan . mcm2 kita makan. hehe

    ReplyDelete
  3. info yg sgt berguna.. lepas nih boleh laa taw serb skit sementarra nak dpaatkan pengesahan dr doktor kan..:)

    ReplyDelete
  4. e.. risau betul macam2 penyakit sekarang nih.. kalau tak jaga pemakanan memang mudah kecundang nih.. mintak dijauhkan la dari segala penyakit kronik..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...