Monday, August 08, 2016

Di dalam alat tulis mengandungi bahan kimia yang merbahaya yang dikenali sebagai plumbum. Kadar plumbum paling tinggi terutamanya berada di dalam cat air, krayon, pensil warna & pensil. Kanak-kanak yang menggunakan cat air atau krayon untuk mewarna lebih tinggi risiko untuk diserapi plumbum sekiranya tangan mereka tidak dibersihkan dengan sempurna sebelum makan. 


Plumbum adalah sejenis galian atau logam lembut, berat dan berwarna kelabu kebiru-biruan. Selalunya plumbum digunakan untuk membuat batang paip, bahan bumbung, tembikar, sebagai bahan campuran dalam minyak petrol, gas, asid bateri dan lain-lain. Kita tak boleh lihat plumbum dengan mata kasar kerana ia berbentuk debu-debu halus. Plumbum boleh berada dimana-mana samada di udara, air atau dalam makanan.

Kesan buruk akan berlaku sekiranya anak-anak kita terdedah kepada plumbum. Plumbum boleh merosakkan otak, mengganggu sistem saraf kanak-kanak, bermasalah dalam tingkah laku dan pembelajaran, pertumbuhan menjadi perlahan, dan mengalami masalah pendengaran dan sakit kepala.


Pada paras plumbum yang rendah pun, kanak-kanak ini boleh mengalami masalah tidak mampu menguasai perbendaharaan kata dan nahu. Mereka juga tidak dapat mengimbangkan gerakan tangan dan mata. 

Jadi, kita sebagai ibu bapa haruslah berhati-hati semasa membeli alat tulis. Pilihla alat yang selamat digunakan. Sentiasa memeriksa kandungan yang terdapat didalam alat tulis yang ingin dibeli. Pastikan juga kita sentiasa mengawasi anak-anak kecil yang menggunakan pensil warna supaya tidak memasukkannya kedalam mulut. Pastikan tangan anak-anak dibersihkan terlebih dahulu & bebas dari plumbum setelah selesai melakukan aktiviti mewarna dan sebelum makan.

MiaZain

012-928 3726
Your Health & Beauty Consultant

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...