Tuesday, February 02, 2016
14
Assalamualaikum semua…

Dah lama tak bersiaran disini, InsyaAllah akan lebih istiqomah untuk menyebarkan kebaikan kepada semua.

Kali ni nak berkongsi dengan pembaca semua tentang kanser ovari. Teringat dulu waktu Mia kena masuk ward sebab keguguran hujung tahun lepas, sempat juga berborak-borak dengan pesakit katil sebelah. Di ward tersebut memang dikhaskan kepada pesakit-pesakit yang berkaitan dengan wanita je. Macam-macam jenis penyakit kalau nak dikaitkan dengan wanita ni. Dan pesakit sebelah katil ni baru je lepas buat operation buang sebelah ovarinya sebab kanser ovarinya telah pecah dan berlaku pendarahan yang banyak. Seram tau kita yang mendengarnya.

Kanser ovari, bahaya kanser ovari, simptom kanser ovari, cara merawat kanser ovari
Perbezaan ovari normal dan tidak normal

Mengapa Kanser Ovari Sangat Bahaya?

Ovari adalah dua organ kecil, berbentuk bujur dan merupakan sebahagian daripada organ reproduktif wanita yang menghasilkan telur ovum. Kanser ovari bermakna sel kanser membiak di kawasan ovari tersebut. Apabila sel kanser telah membiak, kebarangkalian untuk kita kehilangan ovari adalah sangat tinggi. Dan ini boleh menyebabkan seseorang wanita tersebut sukar untuk hamil.

Kanser ovari ni boleh berlaku tanpa kita sedar kerana simptom-simptom dan tanda-tandanya agak mengelirukan kerana kebanyakan simptom-simptomnya lebih kurang sama dengan masalah wanita yang lain. Jadi, sukar untuk kita mengesan kanser ovari pada peringkat awal. Kadang-kadang bila dah sampai ke tahap ketiga atau keempat barulah kanser ovari dapat dikesan dan waktu tu dah terlambat untuk merawatnya. Kemungkinan sel-sel kansernya telah merebak ke organ yang lain.

Sesetengah pesakit kanser ovari juga akan mengalami pembengkakkan dibahagian perut disebabkan oleh penggumpulan cecair/lendir. Akan tetapi, pesakit mungkin menyangka diri mereka semakin gemuk dan seterusnya tidak menyedari kehadiran kanser ovari tersebut.

Simptom Kanser Ovari

Antara simptom-simptom yang dialami oleh pesakit kanser ovari adalah:
  • Kembung perut atau pembengkakan pada perut
  • Hilang selera makan
  • Sering merasa kenyang
  • Ketidakselesaan atau sakit di bahagian abdomen
  • Loya serta cirit birit
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Pendarahan yang tidak normal
  • Turun atau naik berat badan tanpa sebab
  • Kerap kencing
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan bersama suami

Tanda-tanda ini kadang-kadang boleh mengelirukan kita dengan penyakit yang lain. Jadi, sekiranya berlaku sesuatu diluar kebiasaan, cepat-cepatlah buat pemeriksaan dengan doktor.

Jadi, cara yang paling selamat untuk mengetahui kita mengidap penyakit kanser ovari, boleh lakukan pemeriksaan ujian darah CA-125. Sekiranya bacaan terlalu tinggi, maka pemeriksaan ultrasound dan CT scan boleh mengesahkannya. 

Cadangan Suplemen Untuk Pesakit Kanser Ovari

Selalunya pesakit kanser ovari perlu menjalani rawatan kimoterapi untuk menghapuskan sel-sel kanser tersebut. Dan sekiranya telah merebak ke organ yang lain, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser tersebut. Di samping itu, sebagai ikhtiar anda boleh amalkan GLA Complex Shaklee dan Vitamin ACE.

Kanser ovari, bahaya kanser ovari, simptom kanser ovari, cara merawat kanser ovari

GLA Complex Shaklee
Vitamin GLA ini berfungsi untuk menstabilkan kandungan hormon yang diperlukan oleh badan.

Vitamin ACE
Vitamin ACE terdiri daripada Caratomax (Vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E. Ketiga-tiga jenis vitamin ini merupakan antioksidan yang mampu membunuh hormon yang menyebabkan kanser berlaku. Dengan pengambilan antioksidan ini, kanser tersebut tidak akan membesar atau merebak ke tempat lain.

VIVIX adalah SUPLEMEN TERBAIK
Vivix juga merupakan salah satu alternatif lain sekiranya anda tidak suka telan pill, anda boleh mengamalkan vivix si tonik ajaib yang merupakan antioksidan yang paling berkesan untuk merawat penyakit kronik seperti kanser ovari.

Vivix adalah suplemen yang kaya dengan resveratrol yang mampu menghalang sel-sel yang tidak normal daripada terus berkembang dan merebak ke bahagian lain.   


Kanser ovari, bahaya kanser ovari, simptom kanser ovari, cara merawat kanser ovari

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang mengalami kanser ovari dan dapat membuka mata semua kaum wanita tentang bahayanya kanser ovari ini. Hanya kita sendiri tahu akan perubahan yang berlaku pada diri kita sendiri. Sekiranya terdapat simptom-simptom kanser ovari yang pada diri anda, cepat-cepatlah untuk membuat pemeriksaan dengan doktor. Cegah adalah lebih baik sebelum ia menjadi parah. 

MiaZain
012-928 3726

14 comments:

  1. semoga dijauhkan dari penyakit seperti ini. Cegah sebelum parah. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. seramnyaaa nauzubillah.. moga jauhla benda2 macam ni..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian info.

    ReplyDelete
  4. bahayanya, zamn sekrang semua penyakit ada..huhu..

    ReplyDelete
  5. Done join GA n follow

    Salam perkenalan

    Kindly follow me back http://azirafreesia.blogspot.my/2016/03/giveaway-blogger-utara-bernilai-rm500.html?m=1

    ReplyDelete
  6. tq for info.. bagus ni kekadang leka..


    Yanie dah join: Giveaway Bernilai RM500?? wow!!

    http://www.yanieyusuf.com/2016/04/giveaway-blogger-utara-bernilai-rm500.html

    ReplyDelete
  7. sebagai wanita, mmg ini penyakit yg plg ditakuti

    btw,
    follower ke #140

    http://spitoutkata.blogspot.my/2016/04/giveaway-blogger-utara-bernilai-rm500.html

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan dari ROse.... Ros singgah sini dan follow.. terima kasih untuk info ni..

    ReplyDelete
  9. hai.. salam kenalan..
    saya follow sini no.166
    jom follow me back..
    www.tengkubutang.com

    kalau minat kucen, follow sini sekali ye
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...