Monday, October 19, 2015
17
Assalamualaikum...

Dalam dunia ni terdapat macam-macam warna kan. Setiap warna mempunyai keistimewaannya tersendiri dan setiap orang bebas memilih warna kesukaan mereka sendiri. Warna juga boleh melambangkan personaliti seseorang melalui warna baju yang mereka pakai setiap hari. 

Tapi, hari ni mia nak kongsikan rahsia disebalik warna pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Mia suka sangat tengok buah atau sayur yang disusun dipasar tu, nampak sangat segar dan menarik dengan pelbagai warnanya. Sebenarnya setiap warna buah dan sayur tersebut ada rahsianya. Nak tahu apa? Jom teruskan membaca... 

Warna Kuning atau Jingga
Rahsia disebalik warna buah dan sayur, sayur berwarna kuning jingga


Buah dan sayuran yang berwarna jingga atau kuning mengandungi beta karoten dan alpha karoten yang tinggi. Didalam tubuh kita, kedua zat ini diubah menjadi bentuk aktif vitamin A yang membantu menjaga kesihatan mata. Beta karoten juga antioksidan yang membantu menjaga sistem imun kanak-kanak. Buah dan sayur yang berwarna kuning dan jingga seperti keledek, limau, lobak merah, mangga ,apricot, labu air dan betik kaya dengan kandungan vitamin C. Ia juga kaya dengan potassium yang berfungsi dalam menjaga tekanan darah.

Warna Putih
Rahsia disebalik warna buah dan sayur, sayur berwarna putih
Buah-buahan yang berwarna putih seperti pisang, duku, laici, longan dan durian belanda, mengandungi tinggi serat dan vitamin C. Ia banyak mengandungi antioksidan tetapi serat yang tinggi dalam buah-buahan ini dapat menampung keperluan serat harian si kecil anda. Sayur seperti lobak putih, tauge, sawi putih, bunga kubis dan cendawan pula kaya dengan vitamin E dan C.

 Warna Merah
Rahsia disebalik warna buah dan sayur, sayur berwarna merah
Sayur dan buah berwarna merah mengandungi likopen, iaitu zat yang berfungsi dalam menjaga kesihatan sel dan mampu melindungi tubuh daripada kanser seperti kanser prostat dan kanser payudara. Warna merah pada makanan juga mengandungi antosianin yang dapat mencegah si kecil daripada terkena penyakit berjangkit. Antara buah-buahan dan sayuran berwarna merah adalah anggur merah, epal, tomato, tembikai kacang merah, bayam merah, dan kubis merah.

Warna Ungu
Rahsia disebalik warna buah dan sayur, sayur berwarna ungu

Buah atau sayur-sayuran yang berwarna ungu dapat membuatkan otak anak anda berfungsi secara optima. Ia mengandungi anthocsyanin dan proanthocyanin yang merupakan antioksidan yang mampu menjaga kesihatan jantung. Selain kedua zat itu, sayur dan buah yang berwarna ungu juga mengandung anthycianin yang membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi dan kolesterol. Buah dan sayur yang miliki warna ungu seperti blackberry, blueberry, terung, ubi ungu, plum, cranberry, anggur dan rasberry. Semakin ungu warna buah dan sayur, menandakan jumlah antioksidan yang semakin tinggi. Antioksidan pada bahan makanan yang berwarna ungu dapat mencegah kerosakan sel pada tubuh.

Warna Hijau
Rahsia disebalik warna buah dan sayur, sayur berwarna hijau
Buah-buahan dan sayuran yang berwarna hijau baik untuk kesihatan si kecil kerana ia mengandungi zat lutein dan zeaxantin. Ia dapat membantu mencegah kerosakan mata bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga. Berlainan pula dengan sayur yang berwarna hijau tua seperti brocoli, ia mempunyai indoles isothiocyanates yang dapat meningkatkan pengeluaran enzim yang berfungsi menghilangkan racun dalam tubuh selain dapat mencegah kanser. Apa yang perlu anda tahu, semakin gelap warna hijau pada sayuran yang dimakan, semakin banyak klorofil dan antioksidan di dalamnya. Antara sayuran hijau yang berkhasiat itu adalah bayam, kangkung, sawi, buncis, epal hijau, kiwi, avokado,  dan banyak lagi.


Cuba bayangkan terdapat banyak khasiat dan vitamin yang terdapat dalam setiap buah dan sayur ni. Tapi, selalunya berapa banyak sangat sayur yang kita makan dalam sehari? 

Mungkin 2-3 sudu je sehari kan kita makan sayur, ataupun tak makan sayur langsung hari ni. Jadi, macam mana kita nak dapatkan khasiat dan nutrisi yang bagus untuk badan kita?

Lagi satu, sayur yang dijual cantik-cantik je, gemuk-gemuk je, takde pun yang lubang-lubang dimakan ulat kan. Kenapa? 
Sebab sayur atau buah-buahan tersebut telah disiram dengan baja dan racun perosak, sehinggakan ulat pun tak makan sayur dan buah tersebut. 

Jadi, cukup ke kalau kita hanya makan 2-3 sudu sayur sahaja yang mengandungi racun perosak pulak tu untuk menampung keperluan nutrisi badan kita?
Mestilah tak cukup kan. Jadi, apa yang perlu kita buat?

Kita kenalah topup dengan makanan tambahan yang dijamin selamat terbukti dan berkesan.
Pilihan saya, tentunya multivitamin Vita-Lea dari Shaklee. Dengan pengambilan vitamin ini mia rasa badan lebih bertenaga, nak buat kerja pun senang, dan kurang rasa penat, letih dan mengantuk. Sangat berbaloi kerana dengan hanya beberapa sen sehari, mia dapat kesihatan yang baik. 

Jom cukupkan nutrisi anda dengan menghubungi mia melalui whatsapp di 012-9283726. Segala pertanyaan anda akan ter jawab. 

With Love
-MiaZain-  

17 comments:

  1. terima kasih ~ boleh rancang hari2 nak makan buah warna apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan zaf... Esok hijau, lusa ungu, camtu kan

      Delete
  2. wah ada rahsianya juga ya..akak pakai belasah jer..hihihi

    ReplyDelete
  3. suka suka entry cem ni.. lagi2 ehehe.. khasiat2 buah..
    yang ijau tu yg berat sket nak makan tu ahaha memilih =D

    ReplyDelete
  4. Bagus ada entri macam ni... Baru tahu info ni

    ReplyDelete
  5. kekurangan buah dan sayur berwarna ungu.. asyik hijau je dok belasah.. :D

    ReplyDelete
  6. sangat berguna info ni..sy bukan ambik tahu sangat..makan je hoho

    ReplyDelete
  7. Follow sini 126. Jemput singgah http://akuyangpostkauyangpanas.blogspot.my/2016/04/giveaway-blogger-utara-bernilai-rm500.html

    ReplyDelete
  8. Skrg ni family saya dah mula suka sayuran yg lain warna selain hijau.. cth kobis ungu..terbaik utk kesihatan. buat salad makan setiap pagi..

    ReplyDelete
  9. suka tengok bila peti ais penuh dgn pelbagai jenis buah. warna warni gitu..hihi. btw sy dh follow blog awk #131. sudi2 la singgah blog sy ye http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my Salam perkenalan. thanks :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..done follow sini :) ...tajuk nye menarik perhatian yaya.. hihi...

    sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

    Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

    http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

    tq ^_^

    ReplyDelete
  11. nice.. xpernah tahu pulak ada rahsia yang macam ni.. ^^

    singgah + follow sini... ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  12. Saya jarang makan sayur / buah warna purple. Thanks info

    ReplyDelete
  13. Nice info sis. Kalau buahnya dipotong kecik2 dan berwarna warni pula memang anak suka makan. Tapi diaorang nak yang takde biji je . =)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...