Monday, October 05, 2015
4
Assalamualaikum...

Dah lama tak menulis dalam blog nie. Akibat daripada kekangan masa dan masalah kesihatan, tak dapat nak update entry setiap hari. Tapi, insyaAllah, lepas nie akan lebih konsisten untuk mengupdate dan up to date kan blog nie. hehe. 

Topik yang makin panas sekarang adalah masalah JEREBU kan. Walaupun dah lama berlaku tetapi masih lagi diperkatakan kerana masalah ini masih belum selesai. Bukan sahaja topik nie yang dikatakan panas, kita pun jadi panas hati juga kan. Disebabkan perbuatan negara lain, kita yang terpaksa kena tempiasnya. 

jerebu, masalah jerebu pada ibu hamil, cara atasi jerebu

Semakin hari semakin teruk pulak jerebunya. Hari nie dan esok, kerajaan dah umumkan cuti kepada budak-budak sekolah. Pelajar USM pun diberikan cuti untuk ke kuliah pada hari ini. Tapi, staf masih lagi perlu berkerja. hehe. 

Masalah jerebu tidak akan selesai selagi puncanya tidak ditangani dengan betul. Sekiranya punca air kita tercemar, kita masih lagi boleh mencari alternatif lain seperti mencari sumber air lain yang bersih atau menapis air tersebut. Akan tetapi sekiranya udara kita yang tercemar, kita tak boleh nak buat apa-apa selain bernafas seperti biasa dengan menyedut udara yang tercemar tu. Itulah bezanya bahaya jerebu berbanding dengan masalah pencemaran yang lain. 

Jerebu bukan saja membawa asap tetapi juga bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembakaran seperti partikel, mikrob, toksik (bahan kimia) dan alergen. Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, mata, penyakit paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan juga kematian.


Kanak-kanak, ibu hamil, orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit berkaitan pernafasan atau paru-paru adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mudah mendapat sakit ketika keadaan jerebu ni. Golongan ini antara golongan yang mempunyai imun yang rendah, jadi lebih mudah mendapat penyakit ketika jerebu. 


Bagi ibu hamil pula, pencemaran udara yang berlaku ketika jerebu boleh mengganggu pembesaran janin melalui beberapa cara:
  1. Bahan cemar dalam udara yang disedut oleh si ibu boleh masuk kedalam rahim melalui tali pusat.
  2. Pendedahan kepada pencemaran udara sebelum dilahirkan dikaitkan dengan IQ rendah pada kanak-kanak.
  3. Pendedahan kepada jerebu sebelum kelahiran dikaitkan dengan berat badan bayi yang kurang, kelahiran pramatang dan kematian bayi selepas melahirkan
  4. Ibu-ibu yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi adalah tiga kali ganda lebih berisiko mendapat bayi sumbing bibir dan lelangit. Kebiasaannya, masalah seperti ini berlaku ketika di trimister kedua kandungan, kerana ketika ini fetus sedang membentuk struktur muka dan organ lain.
Jadi, kepada golongan yang berisiko tinggi untuk mudah menhidapi penyakit ini disarankan supaya tidak menjalankan aktiviti luar. Pemakaian topeng penutup muka dan hidung juga di pakai semasa berada diluar rumah. Pastikan kawasan yang terdedah kepada udara kotor dibasuh sekerap mungkin untuk mengelakkan kegatalan dan kulit kering.

Selain itu, tingkatkan imun badan kita dengan mengambil vitamin dan sebagainya. 

jerebu, masalah jerebu pada ibu hamil, cara atasi jerebu
Tingkatkan imun anda dengan produk shaklee.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Mia di 012-9283726
Cepat hubungi Mia untuk dapatkan vitamin secara percuma. 
Cegah sebelum parah.

With Love
-Mia Zain-

4 comments:

  1. harap sangat jerebu ni makin pulih bukan makin terok.sama2 kita doa

    ReplyDelete
  2. sama-sama kita jaga kesihatan ye mia semasa cuaca yang tak elok ni :)

    ReplyDelete
  3. nampak macam makin berkurangan.. harap2nya lah kan kembali tenang..

    ReplyDelete
  4. Jerebu sudah pergi meninggalkan kita. Harapnya takkan kembali la

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...