Thursday, October 08, 2015
8
Assalamualaikum...

Selalunya setiap bulan, ibu hamil perlu buat checkup samada di klinik kerajaan ataupun swasta. Dan setiap kali checkup mesti kena ambil darah kan untuk menentukan paras Hb dalam darah. Apa itu Hb? Kenapa pentingnya nak kena cek Hb untuk wanita hamil? Jom baca seterusnya...

Apa itu Hb? 

Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras hemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Haa, bayangkan kalau paras Hb kita rendah, jadi kandungan oksigen yang berada dalam darah juga kurang dan menyebabkan kepada masalah anemia. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan Hb yang rendah boleh menimbulkan pelbagai masalah. Antaranya adalah:

Kesan Hb rendah kepada ibu

  1. Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  2. Risiko tinggi untuk mengalami keguguran
  3. Mengalami kegagalan jantung
  4. Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  5. Risiko alami penyakit berjangkit dengan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan Hb ibu hamil rendah kepada bayi

  1. Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  2. Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  3. Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  4. Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  5. Mati ketika dilahirkan
Banyak lagi maklumat menarik mengenai anemia dan cara mengatasinya di SINI

Sebab tu lah nurse selalu je membebel kalau Hb kita rendah kan. Haa, siapa yang pernah kena tegur dengan nurse sebab Hb rendah. Sebenarnya bahaya kalau Hb rendah nie pada ibu tersebut dan anak dalam kandungannya. Bukan saja-saja je nurse tu nak marah-marah kan. Tapi, tahap macam mana yang dikatakan Hb rendah tu?

Paras Hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Jadi, bacaan Hb yang paling selamat adalah 11-12 g/dl. Kalau bawah daripada bacaan nie mesti nurse akan tanda dengan pen merah dalam buku checkup tu kan. 

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu hamil untuk mengembalikan paras Hb normal

Bagi ibu hamil yang mempunyai bacaan Hb yg rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan yang mempunyai tinggi kandungan zat besi. Contohnya:

  • kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
  • madu (yg asli)
  • hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
  • kerang
  • sayur bayam
  • ikan bilis
  • daging
Akan tetapi, tidak semua makanan diatas boleh kita ambil setiap hari kan. Kadang-kadang kita hanya makan dalam kuantiti yang kecil sahaja. Tidak mencukupi untuk mengembalikan paras Hb kepada keadaan yang normal. Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

Saranan saya adalah dengan mengambil multivitamin yang lengkap dengan pelbagai vitamin lain yang diperlukan oleh wanita hamil, contohnya seperti zat besi, asid folik, vitamin b dan sebagainya.  

Multivitamin Vitalea daripada shaklee lengkap dengan 28 jenis vitamin dan kritikal mineral yang sangat diperlukan tubuh. Yang paling penting Vitalea adalah vitamin semulajadi tanpa pewarna tiruan dengan kadar penyerapan yang tinggi. Tak percaya, cuba masukkan sebiji vitalea ke dalam air dan anda dapat lihat ia akan mula melarut dalam air tanpa membebaskan apa-apa warna (tiada pewarna tiruan).

anemia, masalah ibu hamil, masalah Hb rendah, cara mengatasi hb rendah, testimoni hb rendah

Maklumat lanjut mengenai vitalea boleh dibaca di SINI

Berikut adalah testimoni pengguna yang telah menggunakan produk shaklee untuk menaikkan Hb beliau. Ternyata beliau sangat berpuas hati. Sebelum ni hb nya asyik border line je, tapi lepas ambil vitalea, terus naik hb menjadi 13.5

anemia, masalah ibu hamil, masalah Hb rendah, cara mengatasi hb rendah, testimoni hb rendah

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua. Sekiranya anda mempunyai masalah Hb rendah ketika hamil, hubungi saya sekarang untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai multivitamin terbaik ini. 

With Love
-Mia Zain-
012- 928 3726

8 comments:

  1. baru2 ni peknen HB iols rendah
    sllu kena bising ngan nes kat klinik
    tp risau jugak kan leh efek pada kandungan kita
    so amik jus delima je..alhamdulilah HB normal balik :)

    ReplyDelete
  2. dulu ms mengandung tak kenal lg shaklee ni..loni dah tau

    ReplyDelete
  3. ehehe.. kena awasi sentiasa BP kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan BP (blood pressure) la siti.. tapi HB (hemoglobin).. hehehe..

      kalau kat hospital pun, selalu kalau ibu mengandung yg anemia doktor akan konfom bagi ubat menatinic.. dalam tu ada zat besi, folic acid, dan vit B complex, sama yg mia zain cakap kat atas tu..

      Delete
    2. ahaha yeke =_=" dah terbiasa bila doc check ayah sebut BP so i tot blood pressure lalala..

      Delete
  4. Baru tau perkara kritikal seperti ini wujud.. Huhu

    ReplyDelete
  5. Betul2 hb low memang akan buatkn ibu hamil rasa cepat penat, lesu letih rasa nak pitam...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...