Friday, October 16, 2015
3
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kita telah masuk bulan Muharram. Baru je 2 hari lepas kita sambut 1 Muharram 1437 Hijrah. 

Bulan Muharram merupakan salah satu dari bulan-bulan yang sangat dimuliakan oleh masyarakat Arab zaman dahulu. Nama “Muharram” itu bermaksud “Yang Diharamkan”. Dipercayai nama ini berkaitan dengan pengharaman berperang pada bulan ini.

Dalam bulan Muharram ini ada satu hari yang dimuliakan juga iaitu Hari ‘Asyura. Perkataan “‘Asyura” berasal daripada perkataan Arab “‘asyarah” yang bermaksud “sepuluh”, bersempena tarikhnya yang jatuh pada 10 Muharram itu.

Terdapat pelbagai peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram, antaranya adalah: 

  1. Allah menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keengkaran dan keangkuhannya. Firman Allah dalam Surah Yunus, ayat 90 bermaksud: Dan Kami bawakan Bani Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah dari orang yang berserah diri (menurut perintah)".
  2. Mendaratnya kapal Nabi Nuh di atas bukit Judiy sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas.

Kaitan bubur asyura pada bulan Muharram

bubur asyura, kaitan bubur asyura dengan bulan Muharram

Terdapat beberapa laman web mengatakan tradisi masyarakat melayu yang membuat bubur asyura dikaitkan dengan kisah nabi Nuh a.s. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Akan tetapi, ketika zaman nabi Muhammad memang takda buat meraikan hari asyura seperti yang kita lakukan seperti sekarang ni. Jadi perlulah dijelaskan bahawa program membuat bubur tersebut tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. 

Tidaklah jadi kesalahan kepada sesiapa yang ingin memasak, menjamu atau memakan bubur yang dinamakan bubur ‘Asyura itu. Biasanya bubur ini disediakan secara beramai-ramai. Antara manfaat yang diperolehi ialah pahala bersilaturrahim, pahala bergotong-royong, pahala memberi orang makan, memberi gambaran perpaduan umat Islam kepada orang bukan Islam, dan sebagainya.

Selain tradisi membuat bubur asyura, adalah disunatkan kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Di samping melaksanakan ibadah puasa sunat pada bulan Muharram, sesuatu yang amat penting untuk diingati dan dihayati ialah peristiwa hijrah Nabi Muhammad. Justeru, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijrah.

sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menjawab persoalan anda tentang kaitan bubur asyura dengan bulan Muharram. Sekiranya ada pernyataan yang tidak tepat mengenai permasalah diatas, boleh la ditegur, sesungguhnya saya hanyalah budak baru belajar

p/s: mengidam nak makan bubur asyura yang ada daging tu. huhu... 

Wassalam

With Love
-MiaZain-

3 comments:

  1. bubur asyura mcm ni x bape nak mkn
    tp lau buat kuih mcm kuih bengkang tu sedap
    smlm baru je ada org anto..tester katanya haha
    tp mmg sedap dia buat

    ReplyDelete
  2. haaaa kena amek tau jugak kan.. ni tau kalo orang buat bubur asyura je tau makan =D

    ReplyDelete
  3. nice sharing dpt la tau serba sket sejarah bubur asyura tu ya..

    tiba2 terliuq plak..
    mmg fav ni..hat org kedah buat mmg sllunya kaw kaw sedap..
    ingat lagi arwah maktok selalu buat

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...