Tuesday, August 04, 2015
12
Assalamualaikum...

Sepanjang kehidupan seorang wanita tidak akan terlepas dengan kesakitan yang dirasai pada awal atau semasa didatangi haid atau lebih dikenali sebagai senggugut. Masalah senggugut memang sangat sinonim dengan kehidupan seorang wanita. Apabila sampai masanya, masalah ini boleh membuatkan ramai wanita tidak berasa selesa akibat masalah senggugut ini. 

Kadang-kadang rasa sakitnya sangat kuat dan sehinggakan boleh mengganggu aktiviti harian kita. Walaupun ia hanya datang cuma sebulan sekali, tetapi ia cukup menyeksakan kita. Ramai diantara kita terpaksa mengambil ubat penahan sakit, tetapi ia cuma mampu bertahan untuk sementara waktu sahaja, bulan depan perkara yang sama akan berlaku juga. Akan tetapi, ada juga sesetengah wanita yang bernasib baik tidak mengalami masalah ini. 

atasi senggugut

10 Tips Mengatasi Masalah Senggugut

Disini terdapat 10 tips yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya senggugut nie. 
  1. Ubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  2. Perbaiki diet - Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  3. Kurangkan makan makanan masin
  4. Variasikan pilihan minuman - Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  5. Ambil Vitamin Tambahan - Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  6. Banyakkan makan makanan yang mengandungi lemak yang berkualiti. Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan.
  7. Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan jalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  8. Berhenti merokok.
  9. Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  10. Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
Disini, saya mencadangkan suplemen yang dapat mengatasi masalah senggugut.


tips mengatasi masalah senggugut, atasi masalah senggugut, atasi masalah PMS, atasi masalah period pain1. B-COMPLEX

  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

tips mengatasi masalah senggugut, atasi masalah senggugut, atasi masalah PMS, atasi masalah period pain
2. GLA COMPLEX
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

tips mengatasi masalah senggugut, atasi masalah senggugut, atasi masalah PMS, atasi masalah period pain
3. OSTEMATRIX
  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.



Testimoni pengguna produk shaklee untuk mengatasi masalah senggugut.
tips mengatasi masalah senggugut, atasi masalah senggugut, atasi masalah PMS, atasi masalah period pain, testimoni masalah senggugut

Jangan biarkan diri anda dibelenggu dengan masalah senggugut ni. Kadang-kadang msalah ini menyebabkan kita tidak subur dan sukar untuk mendapatkan zuriat. Cegah sebelum parah.
Macam mana nak dapatkan suplemen nie????
Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Dapatkan harga istimewa dari saya.

-With Love-
MiaZain
012-9283726

12 comments:

  1. As salam. thanks for sharing. sgt berguna kpd PD yg ada 4 org anak perempuan. Done follow here. no 58. tq

    ReplyDelete
  2. Para isteri wajib baca... Para suami kena tau juga sikit2 ya

    ReplyDelete
  3. tq for sharing...salam singgah

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing..
    lama dah x kena senggugut sebab period x mai.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. KG selalu senggugut ..dari bujang sampai dah beranak 3 ni...patut di cuba juga ni

    ReplyDelete
  6. hehe..slalu senggugut..tapi lepas jga mkn dah oke..

    ReplyDelete
  7. dulu masa anak dara, sakit gilo sengugut.. lepas beranak dah okey sikit

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah lepas lahirkan Dania 11 tahun yang lepas SA xde masalah senggugut...

    ReplyDelete
  9. kadang2 senggugut kadang2 dak.. tapi most of the time tak..
    so tak paham sebenarnya apa yang jadi dalam perut hahaha..

    ReplyDelete
  10. Assalam mia,
    iols pun dah takda masalh snggugut lepas lahirkan anak
    alhamdulillah

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...