Thursday, July 02, 2015
4
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari nie kita berpuasa hari yang ke 16. Dah setengah bulan dah kita berpuasa. Semakin nak habis bulan puasa ni, semakin panas pulak cuaca sekarang. Di Penang pun dah lama tak hujan. Ini adalah satu cabaran umat Islam untuk terus berpuasa. InsyaAllah pahala berganda-ganda. 

Jadi, amatlah penting untuk kita mengambil air yang mencukupi sewaktu bulan puasa nie supaya kita tak terdehidrasi. Minum air yang mencukupi sangat penting untuk kita mengekalkan kesihatan tubuh badan kerana ia membantu melancarkan sistem perkumuhan dan membuang toksin dalam badan. 

tips minum air 8 gelas di bulan puasa, cara minum 8 gelas air di bulan puasa, minum air di bulan puasa, cara minum 8 gelas air


Kita digalakkan untuk mengambil air kosong/masak sekurang-kurangnya 2-3 liter setiap hari. Kalau hari-hari yang tak berpuasa boleh la kita nak habiskan 2-3 liter sehari tu kan sebab boleh minum bila-bila waktu je. Tapi, macam mana pula kita nak habiskan 2-3 liter sehari pada hari kita berpuasa sedangkan kita hanya boleh makan dan minum dari waktu berbuka sehingga sahur sahaja?

Ok, kita boleh ikut cara macam dalam gambar di bawah nie

tips minum air 8 gelas di bulan puasa, cara minum 8 gelas air di bulan puasa, minum air di bulan puasa, cara minum 8 gelas air

Caranya adalah kita minum:
  • 1 gelas lepas azan maghrib
  • 1 gelas lepas abis solat maghrib
  • 1 gelas lepas makan
  • 1 gelas lepas solat isyak
  • 1 gelas lepas solat terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas selepas bangun dari sahur (before makan)
  • 1 gelas selepas habis makan sahur
Dengan cara nie, mungkin kita boleh minum air lebih dari 8 gelas sehari.
Selamat Berpuasa

-With Love-
MiaZain

4 comments:

  1. Owh..cenggitu rupanya..thanks ye info tu..

    ReplyDelete
  2. tak pernah terfikir pula nak minum macam ni..nak try la =)

    ReplyDelete
  3. nice sharing...slalu x cukup 8 gelas sbb perut full dgn mknn

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...