Wednesday, July 08, 2015
2
Assalamualaikum...

Terdapat kebanyakan anak-anak suka menghisap ibu jari mereka sehinggakan ia sudah menjadi tabiat mereka setiap masa. Menghisap ibu jari merupakan suatu tindakan refleks atau tindakan luar kawal bagi mereka untuk berasa selesa dan selamat. 

tabiat anak hisap jari punca jongang, tips hentikan tabiat anak hisap ibu jari, tips keibubapaan

Bayi yang menghisap ibu jari adalah perkara biasa dan mereka akan berhenti sendiri seawal usia enam bulan sehingga tiga tahun, iaitu sebelum mencapai usia di mana gigi kekal sudah mula tumbuh. Tetapi, sekiranya ianya berterusan sehingga kanak-kanak mencecah usia lima atau enam tahun, ia akan memberi kesan pada pembentukan tulang rahang dan gigi. Pada ketika ini mekanisme atau refleks ini sudah bertukar menjadi tabiat pula dan semakin sukar untuk anda menyuruh anak berhenti menghisap jari

Sekiranya anak-anak menghisap jari secara kuat dalam tempoh yang lama iaitu melebihi empat jam dalam sehari, maka besar kemungkinan masalah gigi jongang akan berlaku. Jadi, ibu bapa haruslah mengawal tabiat anak-anak ini supaya gigi mereka kekal cantik tersusun rapi. 

Bukan itu sahaja, tabiat menghisap ibu jari akan memudaratkan kesihatan anak tersebut. Kadang-kadang kita sebagai ibu tak peka dengan kebersihan tangan anak. Jadi, apabila tangan yang kotor dimasukkan ke dalam mulut, boleh menyebabkan pelbagai penyakit, contohnya jangkitan kuman. Anak lagi mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh tangan yang kotor. 

Bagaimana cara untuk menghilangkan tabiat ini? Jom Mia kongsikan sedikit tips untuk menghentikan tabiat anak menghisap jari supaya gigi anak anda tidak jongang.

Tips Menghentikan Tabiat Anak Hisap Ibu Jari

  1. Jangan membiarkan anak anda berasa selesa apabila dia menghisap ibu jarinya
  2. Jangan sesekali marah anak atau berleter kerana tabiatnya yang suka menghisap ibu jari
  3. Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak, contohnya rasa kopi yang pahit, rasa lada sulah yang pedas, dan sebagainya
  4. Bina keyakinan kepada anak. Terangkan keburukan menghisap ibu jari.
  5. Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak sudah tidak menghisap ibu jari
  6. Libatkan anak-anak dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan tangan. Contohnya alat permainan, play dough dan sebagainya.
  7. Jangan tarik ibu jarinya kerana anak lebih cenderung untuk meneruskan tabiat tersebut
  8. Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun). 
Semoga tips yang dikongsikan berjaya membantu anda untuk menghentikan tabiat anak anda daripada menghisap jari.

-With Love-
MiaZain

2 comments:

  1. aqil kecik2 dl suka gak hisap jari...dh stahun dh x hisap jari dh.puting kosong pon x hisap

    ReplyDelete
  2. Assalam mia,
    boboboy isap puting
    time nak titon ja :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...