Friday, July 03, 2015
1
Assalamualaikum...

Sempena bulan ni Shaklee ada buat promosi vitamin B-Complex nie, jom kita kenali lebih lanjut mengenai vitamin ini. Ramai yang pandang remeh akan kepentingan vitamin ini. 

vitamin B-complex, tanda-tanda kekurangan vitamin B-complex, Kandungan B-Complex, B-complex menyebabkan kegemukan

Tahukan anda vitamin B-Complex adalah vitamin larut air. Ia mudah musnah bila kita stress, penat, terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari, dan bila kita minum banyak air. Selain itu, pengambilan gula dan kafein yang tinggi, pil perancang keluarga dan ubat penahan sakit boleh memusnahkan vitamin B-Complex yang sedia ada. Bagi mereka yang mengambil pil perancang keluarga, mereka sebenarnya memerlukan keperluan vitamin B-Complex yang tinggi.

1. Apakah tanda-tanda jika anda kekurangan vitamin B-Complex?
  • sensitif
  • terlalu defensive
  • minda yang tertutup
  • keletihan
  • mudah marah & merajuk
  • emosi yang tidak stabil
  • kemurungan
  • sembelit
  • mudah panik
  • darah gemuruh
  • kurang selera makan
  • kulit wajah nampak kusam

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti ini, cepat-cepat la ambil vitamin B-Complex.

2. Bagaimana Memilih B-Complex yang Baik?
Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama). Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar. Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)

3. Apakah kandungan B-complex shaklee? 
B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna. B1(thiamine), B2(riboflavin), B3(niasin), B5(Pantothenic acid), B6, B7(biotin), B9(folat) dan B12.  
Juga boleh didapati di dalam makanan seharian kita. Akan tetapi adakah vitamin yang terkandung di dalam makanan kita tu cukup untuk keperluan tubuh? Dengan cara masak yang bersuhu tinggi, penggunaan baja kimia dan racun serangga, kebanyakkan vitamin telah musnah sebelum masuk ke dalam mulut. 

4. Apa kelebihan dan kebaikan Bcomplex shaklee?
Ada banyak kelebihan dan kebaikan Bcomplex Shaklee. Boleh dikatakan 1001 fungsi yang bermanfaat. Diringkaskan, B-complex membantu untuk fungsi normal saraf, untuk metabolisme badan dan memberi tenaga, cegah anemia dengan membantu penghasilan sel darah merah, menggalakkan perkembangan sel yang sihat, memberi ketenangan dan elak stress, kuatkan antibodi badan, membantu pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat, membantu sintesis DNA dan sel-sel badan. 

5. Siapa yang sesuai ambil B-complex Shaklee? 
Semua golongan bermula dari umur 18 tahun ke atas sesuai mengambil B-complex Shaklee. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Mereka yang mengalami stress, keletihan dan beban kerja yang menekan juga digalakkan mengambil B-complex. Tidak lupa untuk mereka yang menjaga kecantikan wajah dan kulit terutama mereka yang mengalami tona kulit yang tidak sekata kerana B-complex membantu menggalakkan peredaran darah yang baik. 

6. Ibu hamil sesuai tak ambil B-complex shaklee? 
Ibu hamil juga amat digalakkan untuk mengmabil B-complex kerana B-complex mengandungi asid folik.  Asdi folik yang bagus adalah apabila ianya hadir bersama dengan vitamin B bukan semata-mata asid folik.

7. Adakah makan B-complex Shaklee boleh menyebabkan kegemukan?
Tidak benar. Yang sebenarnya fungsi B-complex adalah memetabolismekan karbohidrat, protin dan lemak kepada makanan. Makanan akan ditukarkan kepada tenaga. Jadi sebab itu mungkin pengguna cepat berasa lapar dan ada keinginan untuk makan. Sebenarnya bila rasa lapar, dinasihatkan untuk minum air bukan dengan makanan berat. Jika tidak minum banyak, kita akan rasa lapar kerana otak kita terima isyarat "lapar" bila sel badan kita perlukan air. Itu yang menyebabkan kita asyik fikir nak makan je. Jadi, pastikan minum air banyak-banyak, bukannya makan banyak-banyak ye. Jika ingin makan, pilih snek ringan yang berkhasiat atau makan buah-buahan. 

8. Kenapa warna urin sangat kuning selepas pengambilan B-complex Shaklee?
Warna kuning pada urin setelah pengambilan B-complex adalah perkara yang normal. Ianya disebabkan oleh kandungan riboflavin (Vitamin B2) yang menghasilkan warna kuning. Pastikan minum air yang mencukupi (tidak kurang dari 2 liter) dan warna urin akan kembali normal. 

9. Tahan berapa lama sebotol B-complex shaklee
Satu botol B-complex Shaklee mengandungi sebanyak 120 biji. Hanya 1 biji sehari dan ia tahan selama 4 bulan

10. Bagaimana cara makan B-complex shaklee
B-complex perlu dimakan 1 biji selepas makan pagi. B-complex adalah vitamin untuk meningkatkan tenaga jadi saranan pengambilan di waktu pagi amat digalakkan berbanding waktu-waktu lain. 

11. Berapa harga B-complex shaklee
1 botol Bcomplex hanya berharga RM53. Hanya RM13.25 sebulan. Berbaloi untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan berbanding kos rawatan jika ditimpa sakit. 

12. Ada tak testimoni keberkesanan B-complex Shaklee?
Berikut adalah antara komen mereka yang mengamalkan B-Complex.

Testimoni #1: B-Complex atasi masalah bibir kering  dan migrain
vitamin B-complex, tanda-tanda kekurangan vitamin B-complex, Kandungan B-Complex, B-complex menyebabkan kegemukan, testimoni vitamin B-complex

Testimoni #2: B-Complex atasi masalah sakit belakang dan masalah saraf
vitamin B-complex, tanda-tanda kekurangan vitamin B-complex, Kandungan B-Complex, B-complex menyebabkan kegemukan, testimoni vitamin B-complex

Testimoni #3: B-Complex atasi masalah sakit kepala dan mengurangkan stress
vitamin B-complex, tanda-tanda kekurangan vitamin B-complex, Kandungan B-Complex, B-complex menyebabkan kegemukan, testimoni vitamin B-complex

Testimoni #4: B-Complex mengatasi masalah stress
vitamin B-complex, tanda-tanda kekurangan vitamin B-complex, Kandungan B-Complex, B-complex menyebabkan kegemukan, testimoni vitamin B-complex

Testimoni #5: Badan bertenaga, muka makin berseri, tenang dengan mengambil B-Complex
vitamin B-complex, tanda-tanda kekurangan vitamin B-complex, Kandungan B-Complex, B-complex menyebabkan kegemukan, testimoni vitamin B-complex


13. Macam mana cara nk beli B-Complex Shaklee?
Untuk mendapatkan B-Complex Shaklee boleh hubungi 

Salmiah Md Zain (ID 1081104) - Pengedar Shaklee Pulau Pinang
FB: Salmiah Md Zain
Page: Mia Zain
No Tel: 012-928 3726

Jom dapatkan sekarang, sementara masih ada promosi. Nak tahu apa promosinya, sms/whatsapp saya sekarang. 

-With Love-
MiaZain

1 comments:

  1. Best info! Semoga segala soalan yang bermain di fikiran orang yang masih berkira-kira untuk mengambil B-Complex terjawab dengan jelas.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...