Thursday, July 09, 2015
6
Assalamualaikum...

Kecacingan merupakan masalah biasa bagi kanak-kanak. Selalunya kanak-kanak yang berusia 2 tahun akan diberikan ubat cacing apabila membuat pemeriksaan di klinik kesihatan. Minggu depan baru nak bawa Emil ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan untuk umur 2 tahun. Tadi masa aturkan temujanji dengan nurse, dia ada cakap untuk berikan ubat cacing pada Emil. Jadi, sebelum tu, kena la cari ilmu dulu tentang masalah kecacingan ini.

Betul ke orang tua-tua cakap kalau anak suka sangat tidur dalam keadaan menonggeng, seakan-akan bersujud macam tu ada cacing? Jom kita tambah ilmu tentang masalah ini.

Masalah cacing dikalangan anak-anak, cacing kerawit, bagaimana cacing boleh masuk dalam badan, simptom-simptom anak dijangkiti cacing, Cara semulajadi mengatasi masalah kecacingan

Jenis-jenis Cacing & Kesan Sampingannya

A) Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides)
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Penghijrahan cacing:
Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

B) Cacing cemeti
Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum’ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

C) Cacing kerawit (Necator Americanus)
Cacing kerawit paling kerap berlaku dan menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Bagaimana Cacing Boleh Masuk Dalam Badan

  1. Apabila termakan telur cacing yang berada dalam makanan contohnya celah-celah sayur tu kan yang tidak dimasak dengan sempurna mungkin dari gerai yang tidak mengamalkan kebersihan
  2. Sekiranya tidak mengamalkan basuh tangan sebelum makan. Makan dengan tangan yang tidak bersih boleh menjadi punca kepada jangkitan cacing ini.
  3. Cacing juga boleh masuk melalui kulit kaki yang terdedah dengan tempat yang kotor, contohnya tidak memakai selipar/kasut semasa diluar rumah
  4. Menggunakan tandas (jenis tandas duduk) yang tidak bersih, terutama di tandas awam. 
  5. Cacing juga boleh disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan

Simptom-simpton anak telah dijangkiti cacing


  1. Pucat akibat kekurangan darah merah (anaemia)
  2. Cepat rasa lemah dan letih akibat kekurangan zat makanan.
  3. Kurang selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun ada selera makan
  4. Abdomen kelihatan kembung
  5. Kegatalan terutama di kawasan punggung, terutama pada waktu malam
  6. Perkembangan fizikal (kanak-kanak) mudah terganggu
  7. Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  8. Sakit perut, cirit-birit, lemah badan
  9. Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Sekiranya anak-anak kita mempunyai simptom-simptom seperti diatas, cepat-cepatlah kita bertindak. Tapi, tiada pula simptom anak suka duduk menonggeng, ada dalam senarai diatas kan. Itu maksudnya anak suka menonggeng bukanlah simptom kecacingan. 

Apa yang perlu anda buat sekiranya anak anda ada simptom-simptom masalah cacing?


  1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
  2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
  3. Sentiasa memastikan kuku sentiasa pendek
  4. Basuh sayur-sayuran sehingga bersih, masak betul-betul terutama daging
  5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
  6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka. Pastikan haiwan peliharaan juga dibawa ke verterinar untuk di berikan vaksin
  7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
  8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar atau ke tandas
  9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Cara Semulajadi Mengatasi Masalah Kecacingan


  1. Makan buah tomato mentah.
  2. Habbatussauda samada makan dengan cara kunyahan mentah 7-10 biji atau minyak habbatussauda 1 sudu (anak bawah 3 tahun) / 2 sudu (atas 3 tahun) , dewasa 3 sudu beri 2 kali sehari.
  3. Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
  4. Minum air kelapa.
  5. Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
  6. Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu. Bagi pada anak yang ada cacing (pastikan pesakit tiada sebarang masalah dgn nenas muda)
  7. Buah delima
  8. Biji labu (keringkan samada jemur atau bakar, kemudian makan seperti kuaci) atau boleh didapati di kedai organik yang sudah siap sedia untuk dimakan. 


Kebiasaannya pemberian ubat cacing ini diberi dalam tempoh 6 bulan hingga ke setahun sekali. Walaubagaimanapun, wanita mengandung dan kanak-kanak dibawah umur 1 tahun dilarang mengambil ubat cacing. Kadang-kadang, kita tak tahu pun yang anak kita ada cacing. Sekiranya kita tak mencegah masalah cacing ni sejak dari awal, lama-kelamaan akan menjadi lagi bahaya pada anak kita. Jadi, lebih baik mencegah dari awal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. 

-With Love-
MiaZain

6 comments:

  1. Baru tahu cacing ni ada banyak. ehee

    ReplyDelete
  2. nice info kak..selalu tak tahu pun sangat pasal cacing ni..thanks

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang baik..setakat ini anak-anak saya belum pernah ambil ubat cacing lagi..alhamdulillah tak ada nampak pula simptom-simptom yang dinyatakan di atas ni pada mereka..

    ReplyDelete
  4. nice sharing.. dapat info pasal cacing kt sini..

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang baik pasal cacing. menakutkan efek dia

    ReplyDelete
  6. Assalam mia,
    my boboboy dah makan ubat cacing :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...