Wednesday, July 08, 2015
2
Assalamualaikum...

Proses berpantang adalah waktu yang paling ibu-ibu tak suka kerana waktu ini ibu-ibu tidak boleh makan makanan ikut sesuka hati je. Ramai di kalangan ibu moden yang tidak mengikuti amalan berpantang seperti orang tua dulu-dulu kerana menganggapnya ia sesuatu yang remeh. Akan tetap, amalan berpantang membantu memulihkan bahagian dalaman wanita terutamanya rahim. 

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang hanya disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan hanya minum air dalam kuantiti yang sedikit. Diet sebegini mendedahkan ibu-ibu kekurangan nutrisi untuk membina semula darah yang hilang semasa proses kelahiran dan bayi menyusu juga tidak cukup imunisasi untuk melawan jangkitan penyakit.

Jadi, adalah perlu untuk ibu-ibu mengetahui makanan apa yang boleh diambil dan perlu dielakkan supaya ibu boleh melalui proses berpantang dengan sempurna dan bahagia tanpa perlu makan nasi dengan ikan kering tiap-tiap hari.

masalah ibu berpantang, makanan yang perlu dielakkan oleh ibu berpantang, makanan yang boleh diambil oleh ibu berpantang

Makanan yang harus diambil ketika berpantang

  1. Ibu berpantang perlu mengambil sebanyak 1600-1800 kalori setiap hari. Jumlah kalori ini sama seperti yang perlu diambil oleh wanita hamil kerana apabila ibu berpantang memberi penyusuan badan secara ekslusif kepada anaknya, sebanyak 500 kalori akan terbakar dalam sehari. Sekiranya ibu berpantang tidak menyusu badan dan ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori perlu diambil sebanyak 1100-1300 kalori setiap hari.
  2. Makanan berprotein tinggi seperti ikan segar dan ayam kampung tanpa lemak/kulit
  3. Cara masakan: masak pindang, halia, asam, lada hitam dengan herba dan bawang putih yang banyak
  4. Perlu mengambil air kosong yang banyak- untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan

Makanan yang harus dielakkan ketika berpantang

  1. Ikan masin/ikan kering kerana menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering dan lemah badan
  2. Ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari dan sembilang - boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim
  3. Ikan kembung, tamban, cencaru, tongkol dan makanan laut - boleh menyebabkan kegatalan dan menimbulkan reaksi alahan
  4. Air gas ,air sejuk dan sesetengah sayur sayuran seperti kangkung,timun,mangga nangka dan durian belanda.Makanan ini menyebabkan sakit tulang ,sejuk otot dan lemah sendi seperti atritis dan rheumatisme apabila sudah tua kelak.
sumber: Rapi mei 2015

Jika ibu menyusukan bayinya, ibu perlu lebih berhati-hati semasa mengambil makanan seperti ubat-ubatan herba, jamu dan alkohol kerana bahan-bahan ini akan menyerap masuk ke dalam susu ibu. Ini boleh memberi kesan sampingan pada bayi. Jadi, ibu perlu peka dengan setiap perubahan yang berlaku ke atas bayi sekiranya mengambil makanan-makanan ini. 

Seelok-elonya ambillah ubat-ubatan yang semulajadi supaya tidak memberi kesan yang buruk kepada ibu berpantang dan bayi. 

Inginkan ubat-ubatan yang semulajadi? Kembali bertenaga selepas bersalin, boleh rujuk artikel dibawah.

Sebelum tu kita tengok dulu video ibu berpantang yang serik untuk bersalin lagi sebab kena sembelit sewaktu berpantang. Sakit tau kalau kena sembelit waktu berpantang, takut nak teran kuat-kuat sebab takut jahitan terbuka. Jom kita tengok apa ibu ni buat sehinggakan dia tak sembelit lagi sewaktu proses berpantang seterusnya.



-With Love-
MiaZain

2 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...