Sunday, July 05, 2015
2
Assalamualaikum...

perkahwinan, menyesal berkahwin

Seorang gadis yang berumur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak bercinta sebelum kahwin, tambahan dia mahukan seorang suami yg sangat warak. Jadi dia pun membuat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa sahaja yg ingin menikahinya tetapi mesti memenuhi syaratnya iaitu:
1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Akan tetapi, tiada seorang pun lelaki yang sanggup untuk menerima ketiga-tiga syarat tersebut kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya.

Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut. Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu memerhatikan jejaka tu.

"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?"

"Hmm...aku tak nampak pun dia baca Al-Quran hari ni..."

"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan, akhirnya perempuan tersebut sudah tidak tahan dengan perlakuan suaminya yang tidak mengikut syarat-syaratnya. Dia menganggap jejaka tersebut telah menipunya. Lantas, dia terus memohon cerai di mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat-syarat yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si perempuan tersebut kepada hakim.

Hakim pula bertanya kepada jejaka tersebut, "Apakah kamu masih ingat syarat-syarat nikah yang isteri kamu letakkan?"

"Ingat, Yang Arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam setiap hari, khatam Al-Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu ada buat?" 

Pemuda itu dengan selamba menjawab, "Buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Pemuda itu tidak mahu mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"

Hakim tidak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak".

Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,

"Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat Syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al-Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa. 

Pemuda itu terus menjawab, "Saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali sebelum saya tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yang membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah-olahnya dia telah membaca keseluruhan Al-Quran" sambil tersenyum lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pula, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah-olahnya dia telah beribadah sepanjang malam" 

Dia terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat.

Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia".

Hakim terangguk-angguk lalu memerintahkan si isteri bangun.

"Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."Si suami tersenyum puas.

*Semoga semua dapat mengambil pengajaran samada tersurat atau tersirat.

-With Love-
MiaZain

2 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...